Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Weekend @ Shah Alam

Pagi ini terasa beratnye nk membukak mata (actually it happens everyday huhu). Musim hujan yang berterusan menyebabkan keenakan tidur itu sungguh menikmatkan hoho! Pagi ni mak long dah berjanji akan ke umah nenek di S.A. Biasalah, bersopping barang2 keperluan rumah. Mak long pun boleh la tumpang sekaki tgk barang2 mak long. Dlm byk2 Giant, rasanya Giant S. Alam ni la paling best sekali. Banyak benda boleh ditengok. Bukan setakat di dalam Giant, malah kt luar nyer pun banyak baju dan tudung terkini di pasaran..haih rambang mata dibuatnye. Tapi...sabar, mak long dah sopping sakan bulan lepas. Bln ni kena lah berjimat sikit. Sepanjang perjalanan ke Giant dan masa kat rumah nenek, macam-macam perkara dibualkan. Mak long dan nenek memang rapat sejak kecil. Al-maklum lah cucu sulong. Soal yang dibincangkan tak terkecuali dari menyentuh tentang jodoh dan usia yang semakin menginjak naik. Syukur, mak long punyai keluarga yang amat memahami diri mak long. Tidak pernah mereka memberi tekanan dal

Test Bed

Sudah tiga hari 10 zulhijjah meninggalkan kita. Alhamdulillah syukur, mak long sempat menyambutnya bersama keluarga tersayang di kampung halaman. Sehari selepas raya mak long bertolak semula ke cyber bersama hakim, adik mak long yang sorang ni. Dialah peneman yang setia setiap kali mak long memandu pulang ke kampung atau pulang ke cyber. Nak dijadikan cerita, sewaktu memandu di lorong paling kanan masa nak balik cyber tu, entah macam mana seketul batu terpelanting dari arah sebelah (menghala ke utara). Ketenggggg! Terkena la kat windscreen keter mak long. Bayangkan lah tengah memotong masa tu, sah-sah la tengah laju. 'Allahuakbar', itu yang mampu terkeluar dari mulut mak long. Mujur lah tangan masih steady memegang stereng. Tidak lah besar mana batu tu agaknye sbb lubangnye pun tak besar. Betul2 depan mata mak long. Sedikit cacat tapi tak mengapalah, mak long pujuk hati ini. Innalillah...semua ini kehendakNya. Keesokan harinya, sewaktu membelek update2 terkini di wall FB, terny

Ladies Day Out

Semalam mak long gi servis keter kat Damansara. Biasanya servis kt penang je dah alang-alang tempat servis dekat dgn rumah. Tapi kereta mak long dah rasa berat semacam dah. Memang kene servis siap-siap sblm balik raya haji ni. Lepas keter siap, mak long pun gi la OU dgn dua orang Q hehe...Qamarina and Qaisara. Qaisara dah setahun, dah boleh jalan. Dan yang paling mak long notice sekali, dia memang peramah! Haha..tak tau ikut perangai sape nih. Mama dia tak?:P Kalau kat tempat servis tu abis sumer orang ditegurnya. Lepastu kalau tgh jalan-jalan tu, dia nampak orang duduk2 pun dia leh benti nk tegur orang tu. Tegur in her own way la sambil lambai2. Seronok tgk perangai dia..tak sabar nak tunggu dia boleh bercakap pulak.

Cuti Kecemasan!

Mak long bercuti kecemasan arini sebab kurang sihat. Seharian berkurung di rumah. Daripada sekadar baring-baring kosong di atas katil, mak long ringan-ringankan diri untuk membuka buku yang mak long baru beli kat MPH minggu lepas. Sampai dah naik tepu kepala mak long membaca. Tapi seronok juga. Makin banyak membaca makin terasa banyak karat dan daki di hati ini :(. Banyak lagi nk go thru ni. Nanti dah abis baca mak long buat rumusah..cewah kalau rajin ler. Apa-apa pun, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang diberi petunjuk. Amin.

Mak Long Azarenka in Action!

Hihi..semalam mak long main tenis dgn G.S. As usual mak long memang tak la pandai main, banyak yang tersasar tapi mak long memang jenis suke belajar benda-benda baru ni. Bak kata Kak Maz, mujur mak long ni nak jugak mender2 camni. Mak long kata, alahai..orang ingat mak long ni macam mana lah yer? Banyak andaian yang orang buat terhadap mak long. Terlalu baik, terlalu lembut, terlalu muda dan cantik (Huh statement camni pun ada. Ini bukan kes perasan tau, mmg ada yg kata)....berapa byk 'ter' daa...mudahnya manusia membuat andaian sebelum mereka benar-benar mengenali mak long. Anyway, it's their choice. Mak long tak dapat nak puaskan hati semua orang. Mak long tak rugi apa-apa hihi...Selagi kata-kata dan andaian itu yg baik-baik, mak long aminkan jer... Anyway, memang lots of fun la that morning. After going thru all the hard times, G.S is happier and merrier again. Wish this moment will last, but it's just so impossible. Hidup ini pasti diuji, baik dgn kesusahan, mahupun

Happy Birthday Ayah & Qaisara...

Ayah dan Qaisara share the same month of birthday. Happy birthday to both of two important people in mak long's life. Qaisara's birthday falls on 17th of October and ayah on 23rd October. Mak long sentiasa doakan yang terbaik untuk ayah dan qaisara. Mak long loves both of you and everyone else in the family. Rasa nak balik kampung lah..tapi lambat lagi..kena tunggu raya haji hukhuk. Mak long dgn qaisara masa beraya kat Shah Alam, Syawal 1431

I'm sorry :(

Masya Allah..the longest ever..mak long has left this blog alone :( It's been four month! So sorry! Something happened in mak long's life which mak long could not say anything about it. There's a time where mak long felt so blessed and there's a time where mak long felt so confused and down. Afterall, it's a meaningful lesson which mak long learnt. But mak long will never give up the hope to Allah. He knows the best.

Musim kenduri kendara

Assalamualaikum...hello semua! Mak long ngantuk ni, tapi saja la tetiba rasa nk update plak. Sekarang musim cuti sekolah, so byk la ye org naik pelamin. Tahniah kepada semua pengantin baru. Tatau bile plak giliran mak long nak sampai hehe. Arini mak long gi kenduri one of my best buddies masa kat FIT dulu iaitu Kak Ain kat Menara TM. Syukur Alhamdulillah akhirnya Kak Ain ketemu dengan jodohnya. Memang sama padan, cocok sekali. Kak Ain yang berbusana serba putih begitu anggun bagaikan seorang puteri. Tema hari tu pun macam ala-ala garden wedding juga dengan roses bouquets yang segar jadi hiasannya. Simple but nice. I like!

We are the champion!

Setelah tiga hari berhempas pulas, akhirnya GLU sampai ke penutupnya. Sungguh tak disangka MMU sekali lagi menjadi juara keseluruhan, setelah kejayaan pertama pada tahun 2008. Tahniah kepada semua! Alhamdulillah, waktu opening ceremony dan closing ceremony, tugas mak long berjalan lancar. Mak long lega la kt situ. Tentang game pulak, khususnya badminton, sememangnya tak sangka juga jadi juara sebab hari pertama perlawanan kami dikalahkan oleh Uniten. Mak long ngan cik Jah mmg bungkus je la mlm tu hehe, dikerjakan oleh akak2 Uniten. Hari kedua, setelah UTP secara mengejut mengalahkan Uniten, MMU mula mengatur strategi yang besar kemungkinan boleh merubah nasib kami pada hari itu. Ternyata percaturan yang dibuat tidak sia-sia. Mak long yang tak pernah2 main mix, tetiba digandingkan dgn Mr. Beh yang akhirnya menyumbang kpd kemenangan pasukan. Actually mak long tak ler menyumbang sgt pon, Mr. Beh tu yang byk men-smash. Keje mak long, dok depan net and cuba matikan bola. Tapi ntah la, tak p

Pantasnya!

Assalamualaikum & hello semua! Hampir sebulan, sekali lagi mak long membiarkan blog ni sunyi tanpa penghuni. Tapi sebenarnya hari-hari mak long melawat blog ni tau. Cuma tak tahu macam mana nak mulakan je. Terlalu banyak cerita cuma tak tertulis jer.Insya Allah, lepas ni mak long try update selalu ye. Lagi pun mak long dah ada new best fren skang. Kecil dan comel berwarna merah. Boleh la mak long update blog memalam. Tu pun kalau tak letih la kan hihi. Minggu ni memang jadual pack betui. Tahun ni MMU akan menjadi tuan rumah utk acara Government Link Universities Games (GLU 2010). Mak long dan G.S memang awal-awal dah kena book jadi AJK. Mak long kena jaga bahagian protokol iaitu waktu opening dan closing ceremony. Hopefully semuanya berjalan lancar. Nampak mudah tapi kalau silap sket org akan ingat selamanya. Selain daripada tu, ada tugasan besar yang perlu digalas. Apa lagi kalau bukan badminton. Seram juga ni. Apa-apa pun, berjuang dulu sebelum menyerah. Esok malam MMU vs Uniten.

Mak Long and Life After

Salam dan syukur alhamdulillah. Hari ini mak long masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah. Alangkah bertuahnya orang yang dikurniakan usia yang panjang dan bijak pula dia mengisi setiap ruang dan kesempatan itu dengan pelbagai kebaikan. Ah, terasa kerdilnya diri ini. Terlalu banyak lopongnya. Kepada semua yang mengenali diri ini, mak long mohon maaf sekiranya tak dapat memberi yang terbaik. Terima kasih atas ingatan semua pada hari ini terutamanya untuk mama dan ayah, ngah, hakim dan faiz, tak lupa juga qaisara. Walau sesukar mana pun hari-hari yang mak long lalui, mereka sentiasa ada di sisi. Syukur, keluarga ini adalah satu nikmat yang tiada galang gantinya untuk mak long. Semalam mak long berada di Damansara, pre-celebration di Nando's, sekali dgn celebration mother's day untuk ngah. Happy mother day ngah! Untuk mama juga, awai2 dh wish dh. Pada G.S dan semua kengkawan, tima kasih juga ye. Antara perkara yang membahagiakan dlm hidup ini ialah apabila diri ini dihargai dan di

Thank you in Advance

Assalamualaikum. Salam pagi jumaat yang penuh barakah. Alangkah indahnya alam di pagi hari. Andai hati penuh gundah dan resah sekalipun, kedinginan dan ketenangan alam bisa melenturkan segalanya. Entah kenapa, mak long memang suka suasana pagi. Terasa aura yang begitu luar biasa menyapa lembut di pipi. Bagai ada kerinduan yang menggamit... Cukuplah tu. Pagi ni mak long dapat kejutan dari ngah ngan faiz. Nak tau apa? Hehe..dapat hadiah birthday in advance. Tima kasih, yea dapat perfume! Memang ada terniat nak beli perfume sebab perfume dah habis. Tapi tak pernah tercakap dgn sapa pun. Macam tau-tau plak ye diorang ni. Alhamdulillah rezeki jgn ditolak kekeke.

Letting go

The hardest part in our life is...TO LET GO. Living and complimenting each other for years and being apart FOREVER is a tragedy. Ecewah, amacam bleh tahan tak mak long berfalsafah? Hehe. Sebenarnya nk citer satu benda sedih ni :( Semalam mak long dah let go kan gigi geraham mak long. A year ago, mak long pernah cerita dlm blog ni gigi tu berlubang and doc tampal la utk sementara waktu. Selama tu tak penah sakit, so buat derk je la. And semalam dah tak tahan le. Asyik mengganggu kenikmatan mak long utk menjamu selera so kena la gi klenet kt Dengkil tu. Lama rasanya tak merasa kena cabut gigi and this one mmg kaw-kaw punya sebab geraham belakang. Doktor kena make sure tak sakit, and betul2 kebas sblm dia cabut gigi tu keluar. Bila dh kebas, jeng jeng....mula la proses menarik gigi tu. Ntah ape la dia pakai tak berani nk tgk. Dia tarik2 tak kuar..tarik2 tak kuar..wadus...the moment dia ckp "ok" and "kumur" tu la saat paling melegakan hehe. Rupanya not that bad! Tapi gi

Satisfied

Seronok rasanya kalau dapat menjamu tetamu. Tetamu..datangnya membawa rahmat, perginya membawa bersama dosa-dosa kita yang lalu. Dah lama mak long berniat nak meraikan sahabat2 mak long yakni Geng Sukun, tapi barulah berkesempatan weekend lepas. Mak long tidak lah pandai sangat masak, tapi boleh la sikit2. Idea masak-masak ni bermula daripada aktiviti makan sukun goreng kat umah Cik Jah beberapa bulan lepas. Kemudian mak long pulak volunteer nak buat makan tengah hari. Sabtu lepas mak long pun buat lah Nasik Daging, menu special dari utara. Seawal 9 pagi mak long dah siap-siap and pukul 12.30 pm, just nice everything dah sedia. Kak Maz pulak bawak Apple Crumble dia yg nyummy tuh. Lama juga berborak sampai lah kol 3 petang. Anyway, tima kasih Aj, Cik Jah & Kak Maz and kids sebab datang. Ni la main course aritu. Nak baca lebih2 boleh lawat blog Aj . Baik punya promo hihi. After that on Sunday, we got some job at Kelab Komuniti Cyber. Aj is the camerawoman in the making. Good work, tq

Hadapi dengan senyuman

Assalamualaikum. Salam hari jumaat. Tetiba mood untuk berblogging kembali :) Mungkin pagi jumaat yang penuh keberkatan ini menyalakan kembali semangat mak long untuk menulis. Alhamdulillah. Pagi ini mak long sampai awal di opis. Semalam dah berjanji dengan Cik Jah dan Kak Maz utk bersarapan bersama. Bro As pun ade sama tadi. Cik Aj pula tak join sebab katanya dah siap masak nasik pagi tadi. Bertuah sungguh siapa yang dapat memiliki gadis kecil molek ini. Rajin memasak. (Ops, cik Jah, sukun goreng you not bad juga!) Setelah selamat menhabiskan sekeping roti canai dan teh o suam, mak long agak teruja dengan status cik Aj di YM yg meminta mak long msg die dgn segera. Tanpa berfikir apa2, mak long lantas merisik apakah gerangan ceritanya. Innalillah, seharusnya pagi yang mulia sebegini kita disimbahi dengan berita2 yg menyenangkan namun siapalah mak long untuk memilih kisah yang indah-indah belaka. Tiada apa yg mampu mak long ucapkan, moga Allah beri saja petunjuk kepada orang yang suka me

Dry

My inspiration is running completely dry...tak tahu ler kenapa mak long dah jadi malas pulak nk mengupdate blog. It's just not me. Actually mak long has a lot of activities held recently but the mood to write is not here. Everytime mak long open this blog, the only feeling there is 'emptiness'. Biarlah dulu...one day mak long will come here again...Insya Allah..

Mak long blogging again!

Assalamualaikum. Bertemu lagi. Mak long tidak dapat melarikan diri dari hakikat yang mak long memang suka menulis, meluah apa yang difikirkan dan dirasai. Akhirnya, mak long kembali setelah sebulan menyepi dari blog ini. Blog ini adalah secebis daripada diri mak long. Setiap kisah yang dicoretkan di sini ada nilainya pada mak long. Sebulan, begitu pantas berlalu. Setiap daripada hari-hari yang dilalui itu ada kisahnya yang tersendiri. Ada hari jatuh dan bangunnya seorang wanita. Setiap cebisan yang jatuh itu ada harganya. Harga yang begitu mahal, tak ternilai dek emas atau permata. Hanya syukur yang mak long dapat ucapkan kepada Pencipta mak long. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui. Apa yang mak long nak coretkan di sini ialah luahan hati mak long kepada sebuah kaum yang sepatutnya menjaga dan menjadi pemimpin kepada kaum hawa, tak lain tak bukan iaitu kaum Adam. Tulisan ini bukan untuk menyakiti sesiapa, tak ada kena mengena pun dengan 'penyepian' mak long dari arena blog ni he

Temporary Outdated

Hello frens and fans (err ade ke..:P). Sorry for leaving this blog unattended. Lots of things has came accrossed Mak long's life lately, pluss mak long's old PC at home, where all mak long ideas are bred there HAS GONE. It's about time mak long guess. Mak long has lost everything kept there, not mentioning all the precious photos, copy of thesis and lots of other things. So sad to tell...:( Only time will tell when mak long will write again...byee....

Old folks punya cerita...

Pagi tadi mak long ada program CSR dengan sebuah rumah old folks kat PJ. Another charity program by Alumni. Old folks home tu namanya Phyllis Caring Home, memang terletak betui2 tengah bandar PJ. Setibanya kami di sana, lebih kurang pukul 10 pagi kami pun disambut oleh seorang pembantu, katanya owner tempat tu dah keluar. Rasa kekok juga, time masuk2 tu ada la 2 org warga tua yg agak frenly. The rest macam pelik jer nampak kami. Tapi memang kesian, most of them look hopeless. Tak nampak ceria langsung except 2 org yg mak long ckp tadi. Mak long pun tak reti macam mana nk buat diorang ceria sebab diorang mcm tak interested pun nk bercakap huhu. Ok, tinggalkan diorang ni dulu. Yang frenly sorang tu, namanya Pakcik Lam, tak tanya nama penuh. Dgn pelat utaranya, hampir tak sangka dia ni berbangsa cina. Katanya dia berasal dari Lenggong, Perak. Dah 6 thn dok situ. Yang sorang lagi, auntie, rasanya dah tahap grandma dah berbangsa india. Dia ni mmg peramah sangat. Dia suruh kami duduk dekat2

Backdated posting

Ini cerita sudah lama. Tapi mak long nak post gak hehe . Actually this was during a farewell party for Ms. Yim and mak long on 15 th of January 2010. Dianjurkan oleh our previous department's staff club. Ms. Yim was my second boss. She's one in a million. Seorang boss yang sangat caring dan understanding. Kami berdua diraikan dalam majlis ni , which was held at Restaurant Village View at Kajang . Terasa dihargai ! Thanks kawan - kawan for organizing this. Mak long and Ms. Yim With some of my colleagues Yea yea dapat hadiah! Disampaikan oleh En Omar P/S: Photos by Taufiz A. Ghani (TAG). Adakah mak long telah gemuk?

Demam

Baru minggu lepas mak long ckp dgn ngah dah lama tak demam. Tp memang betui, rasa mcm dh lama sangat. Dengan takdir Allah, semalam lepas balik dari main badminton dlm kol 3 ptg mak long tido. Ye lah kan pagi2 Ahad kol 8 dah terpacak dkt court badminton FCM. Konon2nya mcm nak kaver balik la tido tuh hehe. Bangun-bangun jer dari tido, terus rasa lemah semacam. Badan pun seram sejuk. Tekak perit usah la dicerita. Badan pun dah panas, memang sah la demam. So hari ni mak long EL. Bangun pagi tadi macam terhoyong hayang sebab kepala berat. Ni dah reda sket lepas makan bubur. Badan rasa kebah. Hopefulyy esok dah ok, meeting berderet2 sedang menanti...

Heyya...

Salam and hi everyone! Lama rasanya tak berblogging. Tak berkesempatan hehe. Sepanjang minggu lepas mak long tinggal di Damansara. Temankan ngah dan qaisara sebab faiz training kat Singapore seminggu. Mencabar jugak ye, bangun awal2 pagi, hantarkan qaisara ke rumah pengasuh, then gerak bersama-sama ngah ke Cyber. Petang pulak, sebelum kul 6 mesti kena gerak dah demi mengelakkan jem (tp jem jugak!). Sepanjang perjalanan tu mak long selalu terfikir, inilah rupanya perjalanan untuk mencari sesuap nasi. Kena tempuh kesesakan lalu lintas, mengadap ragam manusia, nak nak pulak hujan lebat. Insaf! Alangkah beruntungnya mak long kerja di Cyber ni. Oh ya, oleh kerana tak sempat posting minggu lepas, ni mak long nak citer la sket. Pada 28 Jan lepas, seminggu selepas event hi-tea tu mak long bertolak ke Tanjung Keling, Melaka untuk bershooting. Ecewah dah mcm artis lak ye. Tapi idak ler begitu, sebenarnya ada program CSR (Corporate Social Responsibility) dengan TV3 iaitu rancangan Bersamamu. Sapa

Syukur..lega

'Hari-hari pulang lewat' dari opis sudah berlalu, temporarily I shoud say. Lega mak long! Majlis hi-tea tu berlangsung dengan jayanya. Audience bagaikan terpukau dengan aura Dato Shazz. He's the man of the day! Sesi soal-jawab menjadi begitu rancak apabila para peserta tidak henti-henti mengambil peluang untuk bertanya kepada beliau. Memang selayaknya beliau telah dinobatkan sebagai CEO of the year (2009) for Telco companies. Dengan gaya bersahaja melontarkan suara, kadangkala diselit dgn jenaka...audience mmg tak kering gusi especially why he has a long hair...hehe. Tips yang dikongsi untuk menjadi 'leader in branding' seharusnya menjadi inspirasi kepada mana-mana individu yang ingin berjaya dalam bidang bisnes. Syukur, mak long memang lega sangat. Semuanya berjalan lancar. Ucapan tahniah dari pihak atasan, kawan-kawan dan para peserta yang hadir bagaikan penawar segala penat lelah. Sedikit sebanyak mak long dah buktikan pada 'mereka-meraka' yang dulunya pe

Another hectic week

Mak long dah ngantuk sangat nih! Tapi jam baru menunjukkan pukul 11.12 malam. Sedang mencari sedikit 'feel' untuk membuat teks ucapan utk VVIP berucap minggu depan. Bercakap pasal minggu depan nih, mak long betul-betul berdebar nih. Harapan mak long ramai la yang akan datang ke majlis hi-tea bersama pemimpin "An Evening with Our Leaders" anjuran office mak long dan Yayasan Universiti Multimedia (YUM). Dengan masa yang sangat suntuk ni, segalanya nampak agak begitu impossible tapi Insya Allah, mudah-mudahan segala usaha keras ini akan membuahkan kejayaan. Haa ni mak long nak promo sikit, kepada sesiapa yang berkelapangan Khamis depan, jemputlah datang ke: Majlis : An Evening with our Leaders Tarikh: 21 Januari 2010 (Khamis) Tempat: FCM Theatre, Multimedia University, Cyberjaya Campus Kemuncak kepada majlis tersebut ialah sesi perkongsian pengalaman dan aspirasi oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi di negara kita ni - Dato' Sri Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Ekse

Agaknyalah...

Pagi tadi sewaktu pulang dari menge'pow' mesin ATM mak long nampaklah seorang mamat ni sedang bersembang dengan seorang staff. Mamat ni, x pernah mak long lihat di kampus. Beliau bercakap english sambil dicampur-campur dengan perkataan melayu. So, pendek kata mamat ni bukan org malaysia hehe. Bebaru ni kan negara kita digempar dgn kisah 'pak hitam' yang menjadi 'rebutan' anak gadis tempatan akibat kepingin wang ringgit and etc lah kan. Entahlah, automatic benda tu terlintas kat fikiran mak long bila nampak dia. Dalam dia rancak dok bersembang dgn staff tu, tetiba dia boleh berhenti bersembang dan berjalan seiring mak long. Memang sebelum tu mak long ada senyum kat staff tu, ye lah dh kenai, takkan nk buat derk ja. Alih2 si mamat ni pulak yg mengikut kita. Dia pun mulalah kenalkan diri dia. Mr. I: Hi, are you a staff here? Mak long: Yes. Mr. I: Where are you working? Mak long: At SOSC Mr. I: I used to go there but I didn't see you before. Mak long: I just tra

Beyond imagination

Dalam kesibukan dan keletihan minggu lepas, sempat juga mak long menonton citer Avatar kat Alamanda dengan kengkawan opis. Citer ni dah lama tayang, tp mak long baru ada kesempatan nak tengok. Masa awal-awal tgk citer tu, blurr sket sebab masuk lambat! Biasalah kan dh gi reramai ni...but ok la after that can slowly absorb the story's plot. Mak long ada baca review dari pelbagai pihak and mak long rasa statement ni mmg kena dengan perasaan mak long lepas tgk citer tu; "Avatar is the most beautiful film I've seen in years" - David Denby, The New Yorker Mak long rasa maybe korang semua dah tgk citer tu and of course ada pandangan masing2. Bagi mak long la, memang suka sangat citer ni. Not only because of the special effect or new generation technology yg digunakan tp the message yang nak disampaikan dan antara yang paling ketara sekali ialah 'cinta' dapat merubah segalanya hehe. I'm not so good in this 'love thing' so I cannot comment much here :P

First week of 2010

Minggu pertama tahun 2010 mak long penuh dengan training badminton. Dan, hari ini adalah kemuncaknya yang mana mak long mewakili univ dlm frenly game bersama TM Selangor. Walaupun dlm game petama mak long dan partner leading the game tp nasib tak menyebelahi kami apabila pasukan lawan hanya menang tipis kemudiannya. Time game kedua pulak, dah hancuss hehe. Pihak lawan dah start psycho dengan buat bunyi cam nak gertak orang. Diorang dah leading dari awal, so memang tak sempat nak kejar. Walaupun kalah, it's an exclusively new experience utk mak long. Pertama kali bergelar 'player badminton' untuk tournament. Banyak lagi kelemahan dan pengalaman yang perlu ditimba :)