Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

The Learning Curve - Bye 2011!

Liku-liku kisah 2011 sudah hampir ke penghujungnya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua insan istimewa yang berada di sisi mak long selama ini. Seperti tahun-tahun yang lalu, mak long akan baca balik semua posting yang mak long tulis dan tahun 2011 adalah tahun yang paling sikit mak long update blog hihihi. Walaupun begitu, 2011 sebenarnya sarat dengan perjalanan yang mak long tidak pernah sangka :) Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. PerancanganNya adalah yang terbaik. Tahun 2011 memberi ruang kepada mak long melalui 'fasa pertama' dalam detik hidup seorang wanita...cewah..Errr...nanti la mak long story mory..belum sampai masanye lagi hihihi.... Tahun 2011 juga mengajar mak long supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk terutamanya dalam soal kepercayaan. Watak manusia berbeza-beza dan adakalanya sangat sukar difahami. Ada sedikit kesal dalam soal ini tapi sabar dan redha menjadi penawar hati. Apa-apa pun, 2012 akan menyusul tiba d

Feeling good...

Assalamualaikum. Salam hari sabtu. Petang ni mak long rasa segar sangat. Muka rasa lembut dan bersih jer. Al-maklum la, baru lepas facial pagi tadi. Kali terakhir buat facial bln 1 thn ini. The longest period ever in my life huhu. Actually mak long mengalami masalah kenaikan jerawat and ruam yang serius kt muka since bln 2 aritu. Tapi problem ni on and off. Ada kala dia okay, adakala ia tumbuh mcm demam campak kt muka. Ramai juga yang tegur kenapa muka jadi macam tu. Mak long cakap allergic. Ntah la mak long pun tatau, whether because of the food taken (definitely one of them are sambal belacan) atau produk skin care yang mak long baru cuba pada awal thn ini. Bila dah ramai tegur, mak long pun rasa macam low self confident tau :( Rasa malu nak berdepan dengan orang because the changes are so obvious. Honestly I miss my good old days where people were asking of my secret of beautiful skin (cewah, puji sket hikhikhik). That time mak long was a diehard fan of The Body Shop punya skincare

Happy Birthday Qaisara!

Mak long nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-2 to my sweetheart Qaisara. Though you may not read this now, who knows kan one day Qaisara terjumpa blog mak long ni and see my wish here hehe..cewah berangan pulak! This is the cute lil girl... Gambar ni mak long ambil semalam masa dia tgh leka tgk kartun kat dlm Restoren Upin dan Ipin kat Shah Alam. Mak long doakan qaisara akan menjadi anak yang solehah, bijak, cute, charming dan bahagia dunia dan akhirat. We all love you very much! Earlier than that, mak long baru jer selesai minggu konvokesyen MMU utk kali yg ke-12. Syukur, tak ada banyak masalah walaupun penat. Mungkin ada orang lain yg lebih penat tp sememangnyer konvo amat memenatkan hehe. Sehari selepas konvo mak long pun ambil la cuti. Dek kerana ramai sangat yang calling2 mak long masa cuti tu, maka mak long pegi la gak opis menengokkan hal-ehwal yang kene tengok tu. So sempat la mak long dgn ajleaa beli bunga rose kepada kak maz. Saja buat sarprise kat die hehe...dah lama pla

Posting baru :)

Assalamualaikum..hey hey..mak long is back again! Sorry and sorry again, especially to my dearie Nurul who'd been requesting mak long to post mak long's raya story. Bulan syawal telah berlalu pergi, namun blog ni masih lagi tak berhapdet jugak. Sowwy ehh hehe. Now here I come, bringing all my writing passion in the Pieces of Me.. cewah... Last posting bulan Julai. Ya, bulan Julai yang sepatutnya berlaku sesuatu telah berlaku sesuatu yang lain. Begitulah yang dikatakan kehidupan, kita hanya mampu merancang namun kuasa penentu tetap di tanganNya. Walaupun pada awalnya sukar untuk menerima, namun lama kelamaan mak long mampu menarik nafas lega, akur dgn perancangan Allah yang maha sempurna. Subhanallah! (Errkk kan dah kata, kalu dah mula menulis tu berjela-jela pulak mukadimahnye hehe) Bulan Ogos menyapa dengan seribu kerahmatan. Ramadhan, syukur ya Rabbi kerana diberi kesempatan lagi menikmati bulan barakah itu walaupun kadangkala lafaz syukur itu hanya lahir secara zahir dan ti

It's just a tiny layer...

Bismillahirrahmanirrahim... Telah nipiskah kesabaranku sehingga ujian yang kecil pun membuatkan aku mengeluh begitu sekali? Rapuh sangatkah nilai diri ini sehingga bebanan yang tak seberapa itu meruntun seluruh jiwa? Astagfirullah...kerdilnya diri ini di sisiMU! Intro setelah lama menyepi (AGAIN!). Sekadar berbicara dengan diri sendiri yang terlalu banyak kelemahannya. Oh ya, lupakan sejenak semua itu. Ni ha mak long nak citer. Dah sebulan mak long kat department baru. Pindah lagi heheh. Tapi bagus juga, di samping buat kerja-kerja rutin, dapat juga belajar banyak perkara baru :) Yang bestnya tu, di department baru ni, malah department2 lain yang berdekatan, banyak pulak soalan2 yang tak berapa nak dijangka akan keluar. Isk isk..soalan apakah itu? Biarlah rahsia buat masa ni...mulut manusia memang tak buleh ditutup. Dasat betul. As always, mak long 'iye' kan jer heheh. Tengahari tadi Qaisara datang dgn mama dan ayahnye lunch dgn mak long. Qaisara dah nak masuk 2 thn. Dah boleh

Syukur

Alhamdulillah, syukur tak terhingga kepadaNya. After working hard for the past three months, akhirnya grand event for alumni terlaksana juga pada hari ni. Majlis menjunjung dan menjalin kasih goin to be remembered forever! Hilang penat lelah when invitees gave good remarks for the event. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga untuk majlis ini. Actually this event also left a personal memory to mak long when mak long's lecturer still remember mak long. He's now holding a high level post in a firm in the country. Terharunya masa tu. Actually dulu masa belajar mak long ada ler gi jumpe dia bertanya itu ini, al maklum la subjek kegemaran. Lepas dah jumpe tu, mak long rasa macam mak long ada tinggal barang kt opis dia. Patah balik, abih seluruh bilik opis tu kitorang cari tapi tak jumpe. Mana taknye sebenarnya mak long tak bawak pun barang tu ke opis dia..hihihi. Sbb tu dia ingat kot, student dia yg pelupa nih :P At this moment terasa lenguh sungguh kaki mak long ni.

:)

Spices of Life

Bagaikan tidak sedar, bulan februari berlalu dengan begitu pantas. Macam macam yang berlaku dlm masa sebulan ni. Macam tak percaya je, dalam sekelip mata mak long ada satu kumpulan baru yang dinamakan "The Fruits" hehe. Kumpulan ni tertubuh bila mana seorang rakan mak long - Elyna meminta bantuan mak long dan beberapa sahabat iaitu kak maz, ct dan iskandar terlibat dengan research projectnya yg berkaitan dgn performing art. Last minute punya request, so preparation pun on da spot. But it was very fun and happening..hehe. The Fruits with the 'You Raise Me Up' performance End of february, mak long punye office buat family day at PD. We were having the family day at the legend water chalet. This place is dem cool, perfect spot for honeymoon hehe. This time round mak long borrowed ngah and qaisara from faiz for the two days. Sonok tul qaisara dpt mandi swimming pool dgn mak long aritu hehe. Qaisara and mama die during the sukaneka Mak long and Qaisara at the Water Chalet

Kau Ilhamku...

Owh .. kering kering kering . Sangat kering tak tau macam mana nk mulakan ... kojer yang paling mak long lemah sekali bila kene buat teks ucapan . Mane la ilham ni pegi ye..hehe..So take a break, tulis blog jap . Ngantuk pun ye gak . Haa .. camner cuti CNY bebaru ni ? Tak sunyi negara kita ni kan daripada cerita jem bila tibanya public holiday. Malah kat dalam tv siap melaporkan kesesakan yang berlaku kali ni luar biasa sesaknye . Hmm .. bagi mak long sama jer . Setakat berbelas jam on the road dah common kot bagi rakyat Malaysia nih huhu . Penat memikirkan .. Semalam mak long MC. Ramai yang ingatkan sebab jem hehe . Oh tidak , mak long memang dah demam dari sejak kat kampung lagi . Dah lama tak demam , rasa lemah sungguh badan . Alangkah tak berdayanyer rasa masa tu . Tido pun tak lena . Celik 2 mata baru kol 10 mlm , celik lagi kol 2, kol 3 dan seterusnya sampai la ke subuh . Tekak yang p

2011

Salam sumer! Maafkan mak long, lama sungguh tak update blog ni. Dah sampai masuk tahun 2011 dah pun, isk isk. Anyway, selamat tahun baru ya kepada semua pembaca blog ni. Mak long masih lagi mak long yang sama hehe. Belum ada apa-apa perkembangan terkini yg menarik nak dikabo kan :) Oh ya, actually posting ni sekadar nk merumuskan liku -liku perjalanan hidup mak long di sekitar tahun 2010. Bagi mak long tahun 2010 adalah tahun yang penuh dgn 'ujian emosi'. Banyak peristiwa yang benar-benar menguji kekuatan emosi mak long dan alhamdulillah mak long masih kuat sehingga hari ini dengan izinNya. Tahun 2010 aritu mak long akhiri dengan percutian bersama keluarga di bandaraya Melaka. Sekali sekala berjalan-jalan ke sana sbg pelancong seronok juga ye hihi. Tahun 2011, usia mak long mencecah ke angka 30. Fuh...cantik nombor tu hehe. Walaupun kita selalu mendengar org kata age is just a number, tapi apakah kita benar-benar sudah memafaatkannya? Bertambahnye usia seharusnya bertambah la i