Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Miss them so much!

Bismillahirrahmanirrahim... Arini mak long puasa, so ada masa la nak update blog ni. Lama sebenarnya nk update tapi tak berkesempatan...huhu. Lagi dua minggu ayahanda dan bonda mak long yang tercinta akan pulang dari Tanah Suci Mekah. Tak sabar rasanya nak peluk mereka berdua. Rindu sangat.Walaupun ada juga kadang2 mereka call, sms, tapi tak sama lah...tak boleh nak gayut lama-lama macam selalu hehe.. Parents mak long berangkat ke Mekah pada 15 Oct 2012 yang lalu dari Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas. Kebetulan juga, itu adalah tarikh ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 34 and that's so sweet :) Malam sebelum tu lagi kami semua dah berangkat hantar diorang, dan malam itu jugalah last kami berjumpa. Keesokan harinya, memang cuma dapat lambai dari luar bas. Sayu sangat terasa masa tu. Terasa seperti mereka semua itu pergi berjuang ke jalan Allah yang entah mungkin dapat ketemu lagi atau tidak. Hakikatnya  mereka adalah tetamu Allah, walau berat hati ini sewaktu melihat mer

No title...

Esok bakal berakhirnya bulan Syawal bagi tahun 1433 H. Kali pertama beraya sebagai seorang isteri..ngee..Rata-rata kalau berjumpa dengan orang, pasti soalan yang akan ditanya, balik mana dulu? Stended la kot ye soalan untuk orang yang baru mendirikan rumah tangga. Tahun ini raya pertama mak long ialah di Penang dahulu. Tapi dua hari sebelum raya mak long dan hubby dah balik ke Ipoh untuk berbuka puasa bersama mak dan abah. Sehari sebelum raya barulah bertolak ke Penang. Kebetulan tahun ini, Ngah sekeluarga pun beraya di Penang. Meriah sungguh rasanya. Namun di sebalik kegembiraan menyambut syawal itu, kami sekeluarga merasa begitu kehilangan apabila mak saudara mak long yang mak long panggil mak chaq telah kembali ke rahmatullah, sehari selepas majlis persandingan mak long pada bulan 3 yang lepas.  Lazimnya selepas solat sunat aidilfitri, kami sekeluarga akan berkunjung ke rumah arwah selepas ketiadaan tok dan tok wan mak long. Di situlah tempat kami semua berkumpul. Tapi kini

Dejavu di Cyberjaya

Butterfly terbanglah tinggi... Setinggi anganku untuk meraihmu... Hohoho layan...memula tak layan, akhirnya layan. Tambah-tambah dah ada 'geng' layan sekaki (sapo laei, hubby mak long tu la). Ya itulah dia penangan citer Dejavu di Kinabalu. Entah apa endingnya, hari ni last episod. Hihi sonok juga la ada citer ni petang-petang, tidak la rasa lama sangat menunggu waktu nk berbuka tu. Selalunya dalam pukul 6 lebih mak long dh siap masak. Kemudian baring-baring aje melepaskan kepenatan di sofa.Takut tetido je.. Yaa, seperti biasa, bila bukak blog mesti mak long rasa nak meluahkan rancangan nak masak apa arini. Tapi arini tak mau citer pasal menu makan, but nak citer rancangan nak buat 'Banana Milk Shake with Ice Cream'. Wawawa...kt rumah ada beberapa bijik pisang berangan, ada ice cream kaler rainbow2, susu segar, esen vanilla takde tp ada esen choclate & ais cube. Yes, complete. So buleh la try buat petang nanti..Aduh...terliur..terliur... Credit pic t

Semangat memasak!

Haa..semalam berjaya buat nasik lemak dan sambal sotong kering..nyummy2...sesetengah orang buat kuah kering, tapi mak long lebihkan kuah sebabnya buleh simpan sampai sahur utk dipanaskan nanti. Disebabkan takde timun, mak long buat sayur kubis yang kecik-kecik tu (ntah apa namanya) dengan tomoto ceri dan pecahkan telur di dalamnye. Huu...berselera sekali. Hubby mak long pun licinnye pinggan dia..hehe.. Hmm..malam ni nak masak sayur pucuk lemak dan daging burger bersambal. Haih entah kenapa asik citer pasal masak jer nih..hihihi..maapkan la mak long ni ye..ok la, adiosss...nk cari resepi yg best2 jap..hihi..

Pssst..pssst..helo, anybody here?

Mak long is here...hehe..tetiba rasa nk memblogging pulak hari ni. Assalamualaikum, apa khabar kawan-kawan di luar sana? Harap semuanya sihat wala'fiat terutamanya dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Selamat berpuasa mak long ucapkan dan mak long mohon maaf di atas segala salah silap mak long ya.  Hari ini dah masuk hari ke-3 dah pun. Mak long balik ke kampung dengan hubby sabtu lepas dan balik semula ke Cyberjaya semalam. Ngam-ngam sampai, so tapau nasik arab Saba' le jawapnya hihi. Biasala, on the way tu ada tempat2 yang jem sbb construction dan ada juga disebabkan accident. Nauzubillah. Apa-apa pun syukur walaupun lewat sampai, perjalanan kami selamat. Haa....ramai tanya camner kehidupan selepas berkahwin? Hehe biasalah, dari seorang sekarang dah jadi dua orang. Setelah 3 bulan menjadi weekend husband-wife, syukur Alhamdulillah hubby mak long dah dapat kerja di sini, so dapatlah duduk sesama. Masa mula-mula tu rasa lamaaa sangat, tapi pejam-celik pejam-celik

10 hari lagi!

10 hari lagi? Kenapa? Ada apa? Errr...jawapannya ada di bawah..hehe.. Assalamualaikum & Bismillah. Ingat tak dulu mak long ada tulis tentang sesuatu yang mak long akan ceritakan bila sampai masanya nanti? Alhamdulillah, masanya telah pun tiba. Insya Allah, dalam tempoh 10 hari lagi mak long akan diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati hehe. Sebenarnya berita tentang ini, mak long percaya ramai yang dah tahu sejak tiga minggu lalu sewaktu mak long membuat jemputan di Facebook. Ada yang sudah menjangkakan, dan tidak kurang juga yang tidak menyangka. Well biasa la, mak long kan low profile..cewah. Pengembaraan hidup yang panjang dan berliku ini akhirnya menemukan dua insan yang tidak pernah sama sekali menduga perancangan Rabbnya. Sunggguh indah dan sempurna perjalanannya. Hanya syukur yang mak long dapat ucapkan di atas segalanya. Fasa hidup baru akan bermula tidak lama lagi. Sebagai hamba yang penuh dengan kekurangan, mak long berharap akan petunjuk dan pertolonganNya agar lalua

Oh tak sabarnye...

Wah, dah 15 Januari dah rupanya. Cepat sungguh masa berlalu. Hmm..tak sabarnya nk tunggu weekend ni. mak long nak balik kampung. Rindu sungguh rasanya. Nak sambung cuti straight seminggu masa raya cina nanti. Cuti cuti juga, tapi banyak urusan nk diselesaikan. Ya Allah, permudahkanlah. Sebenarnya, minggu pertama 2012 mak long tidaklah sebest mana. Hmm..soal masa depan dan kerjaya. Ntahlah, mungkin akan rombakan, mungkin juga tidak. Jika ada memang besarlah effectnya. Sedikit sebanyak menjejaskan juga mood mak long kebelakangan ini tp Alhamdulillah, masih boleh dikawal. Sebelum apa-apa berlaku, eloklah mak long sediakan payung sebelum hujan. It's about time.Mak long harap sangat doa-doa daripada kalian agar mak long dimurahkan rezeki. Minggu ni juga adik lelaki mak long yang sorang tu akan bercuti di kampung. Lama sungguh sungguh tak jumpe pak cu hakim ni. Mak long dh order something surprise untuk dia sempena birthdaynya pada 19 Jan ini. Hihi..harapnya dia tak bukak la lg blog mak