Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Rayyan turns to five months

Assalamualaikum... Hehe I'm back! Seronok baca blog orang, baru lah rasa nak mengupdate blog sendiri pulak. Ye tak? Hujung-hujung tahun macam ni tak berapa banyak sangat kerja dah kat office. All those major things banyak yang dah disetelkan, syukur alhamdulillah atas segala pertolonganMu. Lunch time pun dah jarang keluar, so ni la masanya nk update blog. Hari ni mak long nak cerita pasal Rayyan yang dah masuk lima bulan. Hari Isnin lepas bawak dia ke klinik untuk suntikan imunisasi dos ke tiga. Erk saspen juga, tapi dia okay, macam masa cucuk 3 bulan aritu pun dia tak menangis. Alhamdulillah, dia juga tak demam, mak long doakan  kesihatannya sentiasa berpanjangan dengan izin Allah. Walaupun berat dia tak naik banyak, yang penting dia sihat, BMI masih normal. Orang tua-tua kata budak tengah lasak. Yang tu memang mak long setuju. Memang kena sentiasa pantau, walaupun dia belum boleh merangkak, tapi dah boleh menyusur ke depan ke belakang dan boleh bergolek-golek dari hujung

Assalamualaikum Dunia...

28 Julai 2013, jam 4.48 petang dia lahir ke dunia. Tangisannya diringi azan yang berkumandang dari radio di Operation Theatre Hospital Seberang Jaya. Pada ketika itu mak long tahu penantian itu sudah berakhir. Meluap-luap perasaan ingin melihat si kecil itu namun mak long diminta bersabar dahulu oleh nurse. Mak long terlelap sejenak sehinggalah dikejutkan oleh suara lembut memintak mak long membuka mata melihat dan mengucup beliau. Allahuakbar, comelnya si dia, mirip ayahnya dan memang satu 'geng' dgn ayahnya pun hehe. Beliau dibawa keluar ke wad bersalin kerana degupan jantungnya agak tinggi dan mak long sekali lagi tertidur dan dipersiapkan untuk di bawa masuk ke wad. Kini, dia - Rayyan Syahmi sudah berusia 4 bulan. Seperti baru semalam segalanya berlaku. 27 Julai 2013, ketika itu Ramadhan berbaki 12 hari lagi. Pada hari itu, sewaktu bangun bersahur, Rayyan sudah memberi isyarat yang dia ingin keluar melihat dunia. Setelah kekerapan contraction semakin menjadi-jadi, mak