Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Short weekend at Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim. Sambungan long weekend pada minggu lepas.  Sehari selepas cuti krismas, mak long masih bercuti. Tapi papa Rayyan still kena kerja. Jadi kami balik ke Ipoh pada keesokkan harinya, yakni pada hari Sabtu bersamaan 27 December 2014. Selain melawat bonda dan ayahanda mertua serta berkumpul adik beradik di Ipoh, kami juga turut memenuhi undangan walimah saudara sebelah hubby di Sungai Siput pada hari Ahadnya. Cuaca agak mendung sewaktu ketibaan kami ke rumah kenduri. Dari dalam kereta mak mertua dan pak mertua ada menyebut nama seseorang. Mak long pun pandang seimbas lalu, mungkin kenalan mereka. Masa dah keluar kereta, cuba diamati betul-betul  siapakah hamba Allah ini waktu semua sedang bersalam-salaman. Macam kenal tapi tak mungkinlah. Sempat juga beliau bertanya samada mak long faham ke idak dialek yang mereka semua sedang perbualkan. Memang idok le faham, teman anak jati Penang heheh. Sewaktu di meja makan, mak long bertanya kat hubby, yang tadi tu

Rayyan got his toys and me - new Pin Shawl :)

Assalamualaikum w.b.t. Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Segala suka duka, baik yang telah dicoretkan mahupun yang tersimpan kemas di dalam hati akan menjadi kenangan yang akan jauh ditinggalkan di belakang. Kedatangan 2015, tidak tahu bagaimanakah perjalanannya. Namun tidak mengapa, kita sentiasa ada Allah bersama kita, selama kita masih lagi meletakkan Dia di tempat yang tertinggi di dalam jiwa. Mukadimah. Hehe... Yang nak diceritakan sebenarnya ialah aktiviti  cuti Krismas yang lepas. Selesai bersarapan roti bakar dengan telur separuh masak (menu favourite kami sekeluarga sejak akhir-akhir ni) kami pun bertolak ke GM Klang, dekat Klang (mesti la Klang :P). Niat nak mencari beg Rayyan, dah setahun pakai utk dibawa ke rumah Ibu Nor setiap hari sampai comot benor dah. Selain tu nak cari juga mainan-mainan baru untuk Rayyan. Mainan pun dah banyak yang dah patah dan tercabut. Memang betui2 main anak mak long nih hehe. Kalau yang belum tahu apa GM Klang ni

Plain Heavy Chiffon Shawl : We all love them :)

Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini datang office, kawasan car park agak lengang. Ada le beberapa bijik kereta. On the way ke office, pathway suram dan sunyi. Sepertinya memahami, dah ujong tahun. Udah-udah la kejer hehe. Kalau diikutkan hati memang nak je cuti lagi. Tapi tak apalah. Lagi pun mak long substitute colleague mak long yang ke umrah. Semalam agak teruja juga, ada reporter from Utusan Malaysia datang nak buat coverage tentang dua postgraduate programme under faculty mak long nih. Teruja la siapkan dokumen sampai tak lunch ngehehe. Interviewnya, tak sampai pun 15 minit. Pukul 3 petang baru terasa lapar. Tak lama lepastu supplier shawl mak long pun sampai untuk hantar stok terkini. Syukur alhamdulillah, ada 20 helai semalam. 10 helai dah licin. Tinggal lagi 10 helai. Customer yang dah pernah beli mesti repeat beli shawl heavy chiffon ni. Semalam, ada seorang customer baru, bila dia cuba satu, terus dia amik dua helai. Senang nak pakai katanya and tak perlu susah2

Halagel Softgel

Bismillahirrahmanirrahim. Bila sebut Halagel, mesti terbayang garam. Tidak terfikir pulak Halagel ada juga produce product-product kesihatan lain. Yang boleh terjumpa ni ialah masa mak long tengah search for Virgin Coconut Oil (VCO). Dulu sebelum kawen, rajin gak la consume VCO ni. Rata-rata harga VCO ni mesti RM39 (60 capsules) and campur pos dah jadi la RM40 +++. Yang bestnya VCO Halagel ni RM27 (60 capsules). Nak dijadikan cerita sekarang tengah promo, so dapat harga RM25 sahaja! Ini memang terbaik :) Kebetulan pula, stok Omega pun dah takde (plus budget agak tight juga this month), Halagel ada juga product Omega 3 Fish Oil. Just imagine the price is only RM19 (for 500 mg). Apo lagi borong lah heheh... Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang manfaat produk ni, boleh visit the website Saya sangat suka! Hehe...

Blouse Muslimah : Perfect Outfit for Outing a.k.a Nursing

Butterfly Farm @ Teluk Bahang, Penang Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah percutian kami sekeluarga minggu lepas sangat best. 13 December 2014, mak long dah plan nak bawak Rayyan ke Taman Rama-Rama kat Teluk Bahang. Since dia dah kenal apa itu "butterfly" dan siap boleh buat gaya macam mana butterfly terbang, mak long rasa menarik juga ni kalau bawak dia ke sana. Pagi sabtu tu kami sekeluarga pun bertolak la ke Penang. Jalan di pulau ni macam biasa la sentiasa sesak, banyak kenderaan dan lama juga menunggu nak lepas beberapa traffic light. Sampai ke Teluk Bahang cuaca pun dah panas. Tapi nasib baik juga lah Taman Rama-Rama ni redup dengan pokok-pokok. Yang pastinya outfit mesti sesuai lah. Mak long macam biasa la kalau aktiviti cenggini memang suka pakai blouse muslimah. Material cottonnya yang sejuk membuatkan mak long rasa macam pakai t.shirt je hehe... Kali ini mak long pakai blouse Jameela sebab blouse ini selalunya berzip di hadapan bagi memudahkan Ra

Heavy Chiffon Shawl

Assalamualaikum. Just to update stock. New and hot from oven hehe. Heavy Chiffon Shawl yang menjadi kesukaan ramai. Kenapa shawl ni best? Sebab kain nya mudah dibentuk. Kira jadi muncung la kat atas tu. Tak de la sikit-sikit kena betulkan sbb "terkelepek" tetiba. Lepastu, saiznya lebar dan paling penting melitupi bahagian dada. Potongan shawl ini berbentuk "D" ala-ala halfmoon gitu. Jadi bila pakai, ia telah siap terbentuk di bahagian belakang seperti bentuk bulan separa penuh hehe. Mak long bagi 5 bintang! Kemas, terletak dan sedap di pakai :) Lagi satu, kalau rasa nak free shawl ni, boleh masuk contest tau kat page Mamayu Collections Memang kacang sangat la contest nih. Rugi kalau tak join, mana tau rezeki dapat free shawl hehe. Tarikh tutup: 20 December 2014

Simple Fried Rice for My Baby

Assalamualaikum w.b.t! Hello December. Hello World. Hari ni mak long nak share simple recipe of nasik goreng yang mak long buat untuk Rayyan. Mama papa makan nasik goreng, Rayyan pun mesti la nak makan juga kan. Oleh kerana mak long ni hantu pedas, so memang bahaya sikit la nak share dengan Rayyan. Here's the simple recipe for your baby small tummy: Isi ayam yang dipotong kecil Baby carrot dicincang halus Bawang merah, bawang putih dan halia yang siap diblender Sebijik telur Garam secukup rasa Sedikit mentega untuk menumis Nasik putih Cara: Hehe..ala macam buat nasik goreng lah 1. Tumis bahan "blender" sampai naik bau 2. Masukkan ayam dan carrot 3. Agak2 dah ayam dan carrot dah masak masukkan nasik dan goreng sehingga semua bahan telah digaul sama rata 4. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam nasik goreng 5. Perasakan dengan garam Dah siap! Insya Allah, anak akan suka sebab konon-konon makan macam orang besar la kan

Nursing Mommies & "Accessories"

Assalamualaikum w.b.t. Didoakan semua pembaca yang sudi singgah blog mak long hari ini sihat dan sejahtera. Alhamdulillah mak long dan keluarga pun sihat. Cuma si kecil, masih selsema dan batuk. Syafakallah Rayyan. Semoga anak mama sembuh dan sihat seperti sediakala.  Hari ini mak long nak cerita sikit tentang "passion". Dengan passion manusia boleh menggapai apa saja impiannya. Manusia sanggup melabur ribuan ringgit untuk mendapatkannya. Setiap orang ada passion masing-masing kan. Macam mak long my passion is always in "girly things" (sekarang mommy things) hehe. Lumrah wanita, ingin kelihatan cantik, bergaya, trendy dan kalau boleh nak beli semua benda lah yang asalkan bagi nampak cantik dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Hari-hari masuk Facebook, sentiasa tertinjau-tinjau page mana yang ada update baju baru, shawl baru, dress baru dan segala-galanya yang baru.  AKAN TETAPI.... KECIWA kerana semua baju yang cantik-cantik tu, terutamanya dr

Supplement for Health

Assalamualaikum & Bismillah. Wah tetiba aktif plak blog mak long dengan new post :) Alhamdulillah, ada sedikit masa yang lapang untuk mencoret. Hari ni nak cerita tentang supplement. Rata-rata sekarang memang orang cerita pasal Shaklee. Mak long pun akhirnya terjebak gak la dalam mengambil supplement Shaklee ni since awal tahun ini. Masa mengandung dulu, memang selalu dengar tentang supplement ni, tapi mak long tak ambil pun. Just makan vitamin yang mama mak long belikan dan juga yang klinik kesihatan supply.  Kebetulan, rakan opis mak long - Kak Masuhaila Amir memang buat business Shaklee ni, so everything mak long consult dengan dia la. First try, mak long ambil Omega Guard. Motif utama sebenarnya untuk menggalak perkembangan minda terutamanya utk Rayyan, yang boleh dapat melalui sesi breastfeeding kepadanya. Lepastu, terpengaruh lagi beli pulak Alfafa Complex sebab dikatakan vitamin ini dapat membantu menambah susu ibu di samping bertindak seperti 'kacip fatimah

Lempeng Favourite Rayyan

Assalamualaikum. Ape kabar? Tengah free ni boleh la update blog sikit kan. Sejak Rayyan dah boleh makan macam-macam ni kan, (err tidak la macam2 sangat yer) memang seronok dan senang la sikit mak long nak bawak jenjalan. Dulu setiap kali nak kuar, mesti bangun awal utk masak bubur nasik. Sekarang, apa mama dan papa dia makan, dia pon boleh share sekali. Dalam banyak-banyak makanan, yang paling mak long perasan Rayyan suka makan ialah lempeng pisang. Berbeza dengan cekodok walaupun lebih kurang sama resepi, tapi lempeng memang menjadi kegemaran dia. Haa, mommy2 kalau ada pisang ranum terlebih tatau buat apa, buat ajer lempeng. Tak payah nak fikir nak buat bentuk bulat lawa2 macam cekodok pisang kan. Mak long suka buat inovasi sikit, just tambah kan sedikit cheese dalam adunan. Ada la rasa masin-masin sikit gitew. Jangan kata Rayyan, papa dia pon suka makan :) Nak2 ada yang bahagian hangit sikit tu kan, rasa crunchy dan rapuh. Tp janga la hangit sangat, nanti tak sedap pulak.

Dan semuanya telah berlalu...

Assalamualaikum w.b.t, Err..dah berapa bulan ye tak buat entry. Last post bulan April yang lepas? Ngeee..boleh tahan la juga ye. Kalau nak cerita satu-satu memang tak tertulis. Semuanya telah berlalu begitu pantas. So do Rayyan. Pejam celik, anak bujang mak long ini dah pun berjalan, berlari, dah pandai panggil mama, papa, dah kenal cat, lori, car, cicak dan sekarang start ikut apa yang kita cakap macam "sampai dah....", "ok jom...." dan yang paling best "mama....uk uk..."...hihihi..Oh Rayyan, how fast u've grown up. Dah 1 tahun 3 bulan dah.  Dalam tempoh empat bulan tu juga Rayyan dah dapat dua orang mak sedara sekaligus in August. Pak Cu Hakim dah pun menamatkan zaman bujang dengan rakan sekampusnya. Cik Ja pula dengan rakan seopisnya. Alhamdulillah. Last two weeks, Rayyan was infected by HFMD. Tak tahu di mana dan bila. Yang pasti bermula bila Rayyan tak baik-baik demam. Hampir 5 hari demamnya. Pada hari ke lima Rayyan menangis tak berh

Homemade Recipe for 8 Month's Rayyan

Assalamualaikum w.b.t, Huii lama nyer tak update blog. Hari ini mak long nak share resepi homemade untuk litle Rayyan yang dah 8 bulan 24 hari hehe. Hari tu update dia ada sebatang gigi, now dah ada 2 gigi di bawah dan 1 di atas, tengah nak tumbuh. Okay resepi ni sesuai untuk baby berusia 7 bulan ke atas. This is where mak long start to introduce Rayyan to cheese and butter.  Bubur Nasi with Cheese Bahan-bahan:  1/4 cawan beras 5-6 ketul stok ayam yang telah difrozen/isi ayam yang segar 1 slices cheese 2 batang celery 1 biji tomato Semua bahan direbus, akhir sekali bila beras dah kembang and jadi bubur, baru masukkan cheese dan sayur-sayuran. Kemudian, blend halus. Boleh tahan sedap jugak la menu nih sebab dia ada mix of flavors of masam from tomato, masin from cheese.  Yang dalam kiub-kiub tu sayur-sayuran optional la kalau takde celery. Tapi celery memang menaikkan aroma yang sedap untuk hidangan nih. Boleh makan untuk lunch dan dinner. Resepi

His first tooth

Assalamualaikum & Bismillah. Rayyan dah ada gigi tau! Finally his first tooth appeared somewhere two or three weeks ago or perhaps earlier. Cumanya mak long baru la perasan dalam tempoh 2-3 minggu lepas macam ada something keras dan tajam kt gusi bawah. Last week baru la gigi comel dia tu menunjukkan dirinya. Alahai, cute sungguh hehe. Weekend lepas macam biasa, aktiviti shopping kt Giant Bangi. Beli barang dapur sikit. Lepastu singgah ke Shaftbury Square untuk membeli minuman 'currently in favourite list' mak long dan papa Rayyan - Chatime. Sedap weih! Malamnyer, aktiviti membuat puree untuk dibekalkan ke rumah Ibu Rayyan on the next day. Haa yang dalam mangkuk with brownish color ialah bubur nasik with kurma + kismis. Yang bertingkat-tingkat tu ice cube tray yang mak long citer beli kt Mr. D.I.Y tu. Yang ijau tu  brokoli, yang putih bunga kobis dan yang oren tu semestinya baby carrot. Sebenarnya ada satu penutup ice-cube tu kaler biru, tapi papa Rayyan pulak

Fun with Puree-ing

Assalamualaikum... Wah lama pulak rasanya tak tengok blog. Quite busy with some works at office and also mak long 'little-little' business kat FB hehe. Actually last two weeks mak long were having fun with making frozen homemade puree to Rayyan. After months of googling and picking up infos on puree, mak long want to share few tips and simple recipies here. For new mommies, this is some info on what you need to know before preparing your little darling's homemade foods. (Note: This preparation is more towards preparing foods to bring to your baby-sitter's house). 1) Knowledge Ini yang paling penting. This could be basic info tentang apa yang boleh diberi/tidak boleh diberi kepada bayi mengikut usia mereka. Jadi, rujuklah kepada carta pemakanan bayi. Boleh type kt google 'Baby first solid food' dan keluar la chart. Source Here 2) Equipments Takde la equipments apa sangat, just benda-benda yang memang dah sedia ada kt rumah kita. Since per

Good bye holidays

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum. Belek-belek kalendar, ahh..dah takde any public holiday starting from February to April. Bulan March ada cuti sekolah, tapi tak berkaitan hehe. Rupanya sudah 2 minggu kami pulang ke Cyber setelah bercuti di Sungai Siput selama 5 hari. Puas la opah dan atok melayan karenah Rayyan kat sana. Sebelum balik ke Sungai Siput, bawak Rayyan ke klinik untuk suntikan 6 bulan. Curious jugak nak tahu dah berapa berat dia since dia dh start makan. Lepas timbang, baru tau berat dia dh jadi 7.9 kg, naik 0.5 dari bulan lepas. Okay la tu, Alhamdulillah. Haa..actually Rayyan dah start makan masa umur dia 5 months pluss. Ngeee...mana taknya, bila tengok orang makan, dia pun macam terliur nak makan. Kesian betul. Lepas consult dengan mak tok dan ibu yang jaga Rayyan, kami semua pun sepakat la bagi Rayyan start makan eventhough tak cukup 6 bulan lagi. Since then, mak long pun rajin la menggoogle info-info tetang baby first solid foods, jadual pemakana

Short weekend at Penang

Bismillahirrahmanirrahim. Hari Jumaat lepas, bersempena cuti umum Thaipusam, Rayyan balik ke Penang bersama mak long dan papa Rayyan. He was only 2 month old when he left Penang for the first time. Sehari sebelum balik ke Penang, Rayyan demam. Suhu mencecah 37.4, risau juga mak long nak bawak travel. Tapi bila keep on 'jelum' (bahasa orang penang) dengan air, keesokkan harinya suhu Rayyan pun turun. Tapi mak long dan papanya tetap bawa Rayyan ke klinik Alhamdulillah dia dh beransur pulih. Dalam kereta Rayyan main-main kejap je, banyak tido. Mak long tetap basahkan kepala dia di sepanjang perjalanan 4 jam itu. Alhamdulillah jalan tak jem, cuma ada la empat lima enam kereta yang bikin onar di lebuh raya. Kereta smart, tapi IQ drivernya tak berapa smart..huhu. Mak ngah, pak ngah dan kakak Qaisara pun dah ada kt Penang waktu kami bertiga sampai. Disebabkan Rayyan demam, dia macam tak berapa aktif sangat. Tapi tetap tunjuk la skill duduk dan merangkak dia tu kt mak tok dan

Weekend's Progress

Alolo senget sikit..keep up your spirit Rayyan! Dalam beberapa hari kebelakangan ni mak long perasan Rayyan dok cuba menyengetkan badannya lepas dia merangkak. Owh, rupanya Rayyan cuba nak duduk. Aik, kalau nak diikutkan Rayyan belum betul-betul boleh merangkak, tapi dia dah nak duduk pulak. Yang bestnya tu, dia datang dekat mak long kemudian dia pusing membelakangkan mak long. Ingatkan dia nak buat apa tetiba u-turn pulak kan. Kemudian dia terus duduk. Wah, kiranya macam mencari tempat utk bersandar sebab tak stabil lagi nak duduk hihi..bijak bijak. Mak long cuba letakkan dia betul-betul macam posisi orang duduk dan tengok apa dia nak buat. Haa..boleh la juga dia bertahan. Dah siap ambil bola dan pegang, tapi tak lama..pastu tumbang hikhik..takpa takpa, cuba lagi my dear. Watching you grow is one of the most beautiful moment in my life. Love you dearly, muahh!

Azam 2014

Bismillahirrahmanirrahim. Tengok tajuk macam sangat cliche, so overly familiar hehe. Tapi takpa lah, it's just a title, what's more important is what I'm going to do in my 2014's resolution. Hari ni mak long nak citer pasal coffee. Coffee has always been one of my favourite drinks. Bermacam-macam brand mak long dah cuba and among the best is Radix tapi dah lama mak long tak minum since pregnant last year. Yang kedua mak long suka Old Town White Coffee (of kos yang sejuk la). Yang tu walaupun pregnant, tetap minum. Alhamdulillah baby dalam perut tiada apa-apa reaksi yang pelik. So, keep on minum, dan selalu kacau hubby pepagi ajak cari kopi tu time weekend. Masa dalam pantang, cuba-cuba minum kopi keluaran FAMA Premix Coffee with Habbatus Sauda'. Tgk effect pada baby, alhamdulillah tiada apa. Nak kata baby tak boleh tido, time tak minum kopi pun masa dalam pantang dulu dia tetap bangun malam-malam utk menyusu. Dah habis tempoh berpantang, bertambah lagi kole