Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Simple Fried Rice for My Baby

Assalamualaikum w.b.t! Hello December. Hello World. Hari ni mak long nak share simple recipe of nasik goreng yang mak long buat untuk Rayyan. Mama papa makan nasik goreng, Rayyan pun mesti la nak makan juga kan. Oleh kerana mak long ni hantu pedas, so memang bahaya sikit la nak share dengan Rayyan. Here's the simple recipe for your baby small tummy: Isi ayam yang dipotong kecil Baby carrot dicincang halus Bawang merah, bawang putih dan halia yang siap diblender Sebijik telur Garam secukup rasa Sedikit mentega untuk menumis Nasik putih Cara: Hehe..ala macam buat nasik goreng lah 1. Tumis bahan "blender" sampai naik bau 2. Masukkan ayam dan carrot 3. Agak2 dah ayam dan carrot dah masak masukkan nasik dan goreng sehingga semua bahan telah digaul sama rata 4. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam nasik goreng 5. Perasakan dengan garam Dah siap! Insya Allah, anak akan suka sebab konon-konon makan macam orang besar la kan

Nursing Mommies & "Accessories"

Assalamualaikum w.b.t. Didoakan semua pembaca yang sudi singgah blog mak long hari ini sihat dan sejahtera. Alhamdulillah mak long dan keluarga pun sihat. Cuma si kecil, masih selsema dan batuk. Syafakallah Rayyan. Semoga anak mama sembuh dan sihat seperti sediakala.  Hari ini mak long nak cerita sikit tentang "passion". Dengan passion manusia boleh menggapai apa saja impiannya. Manusia sanggup melabur ribuan ringgit untuk mendapatkannya. Setiap orang ada passion masing-masing kan. Macam mak long my passion is always in "girly things" (sekarang mommy things) hehe. Lumrah wanita, ingin kelihatan cantik, bergaya, trendy dan kalau boleh nak beli semua benda lah yang asalkan bagi nampak cantik dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Hari-hari masuk Facebook, sentiasa tertinjau-tinjau page mana yang ada update baju baru, shawl baru, dress baru dan segala-galanya yang baru.  AKAN TETAPI.... KECIWA kerana semua baju yang cantik-cantik tu, terutamanya dr

Supplement for Health

Assalamualaikum & Bismillah. Wah tetiba aktif plak blog mak long dengan new post :) Alhamdulillah, ada sedikit masa yang lapang untuk mencoret. Hari ni nak cerita tentang supplement. Rata-rata sekarang memang orang cerita pasal Shaklee. Mak long pun akhirnya terjebak gak la dalam mengambil supplement Shaklee ni since awal tahun ini. Masa mengandung dulu, memang selalu dengar tentang supplement ni, tapi mak long tak ambil pun. Just makan vitamin yang mama mak long belikan dan juga yang klinik kesihatan supply.  Kebetulan, rakan opis mak long - Kak Masuhaila Amir memang buat business Shaklee ni, so everything mak long consult dengan dia la. First try, mak long ambil Omega Guard. Motif utama sebenarnya untuk menggalak perkembangan minda terutamanya utk Rayyan, yang boleh dapat melalui sesi breastfeeding kepadanya. Lepastu, terpengaruh lagi beli pulak Alfafa Complex sebab dikatakan vitamin ini dapat membantu menambah susu ibu di samping bertindak seperti 'kacip fatimah

Lempeng Favourite Rayyan

Assalamualaikum. Ape kabar? Tengah free ni boleh la update blog sikit kan. Sejak Rayyan dah boleh makan macam-macam ni kan, (err tidak la macam2 sangat yer) memang seronok dan senang la sikit mak long nak bawak jenjalan. Dulu setiap kali nak kuar, mesti bangun awal utk masak bubur nasik. Sekarang, apa mama dan papa dia makan, dia pon boleh share sekali. Dalam banyak-banyak makanan, yang paling mak long perasan Rayyan suka makan ialah lempeng pisang. Berbeza dengan cekodok walaupun lebih kurang sama resepi, tapi lempeng memang menjadi kegemaran dia. Haa, mommy2 kalau ada pisang ranum terlebih tatau buat apa, buat ajer lempeng. Tak payah nak fikir nak buat bentuk bulat lawa2 macam cekodok pisang kan. Mak long suka buat inovasi sikit, just tambah kan sedikit cheese dalam adunan. Ada la rasa masin-masin sikit gitew. Jangan kata Rayyan, papa dia pon suka makan :) Nak2 ada yang bahagian hangit sikit tu kan, rasa crunchy dan rapuh. Tp janga la hangit sangat, nanti tak sedap pulak.

Dan semuanya telah berlalu...

Assalamualaikum w.b.t, Err..dah berapa bulan ye tak buat entry. Last post bulan April yang lepas? Ngeee..boleh tahan la juga ye. Kalau nak cerita satu-satu memang tak tertulis. Semuanya telah berlalu begitu pantas. So do Rayyan. Pejam celik, anak bujang mak long ini dah pun berjalan, berlari, dah pandai panggil mama, papa, dah kenal cat, lori, car, cicak dan sekarang start ikut apa yang kita cakap macam "sampai dah....", "ok jom...." dan yang paling best "mama....uk uk..."...hihihi..Oh Rayyan, how fast u've grown up. Dah 1 tahun 3 bulan dah.  Dalam tempoh empat bulan tu juga Rayyan dah dapat dua orang mak sedara sekaligus in August. Pak Cu Hakim dah pun menamatkan zaman bujang dengan rakan sekampusnya. Cik Ja pula dengan rakan seopisnya. Alhamdulillah. Last two weeks, Rayyan was infected by HFMD. Tak tahu di mana dan bila. Yang pasti bermula bila Rayyan tak baik-baik demam. Hampir 5 hari demamnya. Pada hari ke lima Rayyan menangis tak berh