Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Short weekend at Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim. Sambungan long weekend pada minggu lepas.  Sehari selepas cuti krismas, mak long masih bercuti. Tapi papa Rayyan still kena kerja. Jadi kami balik ke Ipoh pada keesokkan harinya, yakni pada hari Sabtu bersamaan 27 December 2014. Selain melawat bonda dan ayahanda mertua serta berkumpul adik beradik di Ipoh, kami juga turut memenuhi undangan walimah saudara sebelah hubby di Sungai Siput pada hari Ahadnya. Cuaca agak mendung sewaktu ketibaan kami ke rumah kenduri. Dari dalam kereta mak mertua dan pak mertua ada menyebut nama seseorang. Mak long pun pandang seimbas lalu, mungkin kenalan mereka. Masa dah keluar kereta, cuba diamati betul-betul  siapakah hamba Allah ini waktu semua sedang bersalam-salaman. Macam kenal tapi tak mungkinlah. Sempat juga beliau bertanya samada mak long faham ke idak dialek yang mereka semua sedang perbualkan. Memang idok le faham, teman anak jati Penang heheh. Sewaktu di meja makan, mak long bertanya kat hubby, yang tadi tu

Rayyan got his toys and me - new Pin Shawl :)

Assalamualaikum w.b.t. Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Segala suka duka, baik yang telah dicoretkan mahupun yang tersimpan kemas di dalam hati akan menjadi kenangan yang akan jauh ditinggalkan di belakang. Kedatangan 2015, tidak tahu bagaimanakah perjalanannya. Namun tidak mengapa, kita sentiasa ada Allah bersama kita, selama kita masih lagi meletakkan Dia di tempat yang tertinggi di dalam jiwa. Mukadimah. Hehe... Yang nak diceritakan sebenarnya ialah aktiviti  cuti Krismas yang lepas. Selesai bersarapan roti bakar dengan telur separuh masak (menu favourite kami sekeluarga sejak akhir-akhir ni) kami pun bertolak ke GM Klang, dekat Klang (mesti la Klang :P). Niat nak mencari beg Rayyan, dah setahun pakai utk dibawa ke rumah Ibu Nor setiap hari sampai comot benor dah. Selain tu nak cari juga mainan-mainan baru untuk Rayyan. Mainan pun dah banyak yang dah patah dan tercabut. Memang betui2 main anak mak long nih hehe. Kalau yang belum tahu apa GM Klang ni

Plain Heavy Chiffon Shawl : We all love them :)

Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini datang office, kawasan car park agak lengang. Ada le beberapa bijik kereta. On the way ke office, pathway suram dan sunyi. Sepertinya memahami, dah ujong tahun. Udah-udah la kejer hehe. Kalau diikutkan hati memang nak je cuti lagi. Tapi tak apalah. Lagi pun mak long substitute colleague mak long yang ke umrah. Semalam agak teruja juga, ada reporter from Utusan Malaysia datang nak buat coverage tentang dua postgraduate programme under faculty mak long nih. Teruja la siapkan dokumen sampai tak lunch ngehehe. Interviewnya, tak sampai pun 15 minit. Pukul 3 petang baru terasa lapar. Tak lama lepastu supplier shawl mak long pun sampai untuk hantar stok terkini. Syukur alhamdulillah, ada 20 helai semalam. 10 helai dah licin. Tinggal lagi 10 helai. Customer yang dah pernah beli mesti repeat beli shawl heavy chiffon ni. Semalam, ada seorang customer baru, bila dia cuba satu, terus dia amik dua helai. Senang nak pakai katanya and tak perlu susah2

Halagel Softgel

Bismillahirrahmanirrahim. Bila sebut Halagel, mesti terbayang garam. Tidak terfikir pulak Halagel ada juga produce product-product kesihatan lain. Yang boleh terjumpa ni ialah masa mak long tengah search for Virgin Coconut Oil (VCO). Dulu sebelum kawen, rajin gak la consume VCO ni. Rata-rata harga VCO ni mesti RM39 (60 capsules) and campur pos dah jadi la RM40 +++. Yang bestnya VCO Halagel ni RM27 (60 capsules). Nak dijadikan cerita sekarang tengah promo, so dapat harga RM25 sahaja! Ini memang terbaik :) Kebetulan pula, stok Omega pun dah takde (plus budget agak tight juga this month), Halagel ada juga product Omega 3 Fish Oil. Just imagine the price is only RM19 (for 500 mg). Apo lagi borong lah heheh... Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang manfaat produk ni, boleh visit the website Saya sangat suka! Hehe...

Blouse Muslimah : Perfect Outfit for Outing a.k.a Nursing

Butterfly Farm @ Teluk Bahang, Penang Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah percutian kami sekeluarga minggu lepas sangat best. 13 December 2014, mak long dah plan nak bawak Rayyan ke Taman Rama-Rama kat Teluk Bahang. Since dia dah kenal apa itu "butterfly" dan siap boleh buat gaya macam mana butterfly terbang, mak long rasa menarik juga ni kalau bawak dia ke sana. Pagi sabtu tu kami sekeluarga pun bertolak la ke Penang. Jalan di pulau ni macam biasa la sentiasa sesak, banyak kenderaan dan lama juga menunggu nak lepas beberapa traffic light. Sampai ke Teluk Bahang cuaca pun dah panas. Tapi nasib baik juga lah Taman Rama-Rama ni redup dengan pokok-pokok. Yang pastinya outfit mesti sesuai lah. Mak long macam biasa la kalau aktiviti cenggini memang suka pakai blouse muslimah. Material cottonnya yang sejuk membuatkan mak long rasa macam pakai t.shirt je hehe... Kali ini mak long pakai blouse Jameela sebab blouse ini selalunya berzip di hadapan bagi memudahkan Ra

Heavy Chiffon Shawl

Assalamualaikum. Just to update stock. New and hot from oven hehe. Heavy Chiffon Shawl yang menjadi kesukaan ramai. Kenapa shawl ni best? Sebab kain nya mudah dibentuk. Kira jadi muncung la kat atas tu. Tak de la sikit-sikit kena betulkan sbb "terkelepek" tetiba. Lepastu, saiznya lebar dan paling penting melitupi bahagian dada. Potongan shawl ini berbentuk "D" ala-ala halfmoon gitu. Jadi bila pakai, ia telah siap terbentuk di bahagian belakang seperti bentuk bulan separa penuh hehe. Mak long bagi 5 bintang! Kemas, terletak dan sedap di pakai :) Lagi satu, kalau rasa nak free shawl ni, boleh masuk contest tau kat page Mamayu Collections Memang kacang sangat la contest nih. Rugi kalau tak join, mana tau rezeki dapat free shawl hehe. Tarikh tutup: 20 December 2014