Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

KAPSUL "AJAIB" UNTUK YANG TAK RAJIN MAKAN SUPPLEMENT

Bismillahirrahmanirrahim. Hehe ni cerita apa pulak ni? Kapsul ajaib? Hehe, ni la dia rangkaian produk Camellya Gold iaitu supplement dari serbuk mutiara asli. Memang ajaib sangatlah sebab kapsul ni hanya perlu makan 1-2 BIJI JER SEMINGGU tapi hasilnya Masya Allah...kesihatan secara total luaran dan dalaman. APA YANG "AJAIB" SANGAT KAPSUL NI? ✔ Kapsul ini adalah serbuk mutiara asli yang sangat pure dari grade AAA yang terbaik dari Sabah. Makan sikit saja dah cukup! ✔ Kulit semakin cerah dan glowing dari dalam ✔ Merawat kulit yang bermasalah seperti jerawat dan sensitif ✔ Kulit bertambah lembab dan halus ✔ Sel-sel kulit akan diperbaharui ✔ Sumber kalsium yang baik untuk tulang dan sendi ✔ Mengurangkan masalah keguguran rambut ✔ Menyingkirkan toksin beracun dari badan Harga : RM80 sebotol Tapi anda akan jimat banyak jika anda mengambil Set Ekslusive Camellya Gold, malah akan memberikan kesan yang optimum.Set A Combo Merdeka memberi penjimatan yang sangat b

Istimewanya Camellya Gold Beauty Care di mataku

Assalamualaikum w.b.t. Hari tu mak long dah share kan apakan intipati kandungan yang terdapat dalam Camellya Gold Beauty Care ni dan apa pula fungsi setiap bahan yang digunakan itu. Hari ni mak long nak cerita kebaikan dan kelebihan jika kita  menggunakan set ini secara konsisten dan berterusan. DEEP ACTION CLEANSER 6OMLS Keistimewaan: Melembutkan Menghaluskan dan melicinkan kulit muka Membantu menghilangkan jerawat dan kedutan kulit Kulit lebih berseri dan bermaya Wangian yang sangat segar dari extract rose oil Khasiat yang sangat berkualiti dari extract sireh  WHITENING & MOISTURIZING TONER Keistimewaan: Menutup liang-liang roma muka yg terbuka Menapis kotoran. Menjadikan tekstur kulit Licin Menghilangkan bekas jerawat dan sel-sel kulit muka yang telah mati Menyegarkan kulit muka Wangian lembut dari extract tea tree dan double apple stem cell DAY PERFECTION CREAM SPF 30 Keistimewaan : Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB. Mengurangka

Wajah anjal seawal 7 hari!

Serius wajah memang rasa anjal dan pipi rasa gebu-gebu gitu. Bila senyum kat cermin, mudah je nak sapu blusher sebab “apple of the cheeks” tu timbul hikhik. Bak kata orang putih nampak elastic dan “feeling plumper” gitu. Bukan sembang kosong, memang dah rasa sendiri kan. Hari demi hari boleh rasa perubahannya. See my fuller face and fresh look giteww Kalau akak-akak dan juga adik-adik ada masalah Wajah nampak tua sebelum usia Garis halus dah makin jelas kelihatan Kulit kusam macam tak pernah cuci muka setahun In Sha Allah, mak long ingin sharekan khasiat dan manfaat bahan-bahan organic yang terkandung di dalam Set Camellya Gold Beauty Care 4 in 1 ini. Oh btw, kenapa ia dipanggil set 4 in 1? Ini kerana dalam set ini ada empat item iaitu 1. Deep Action Facial Cleanser 2. Whitening & Moisturizing Toner 3. Day Perfection Cream (SPF 30) 4. Night Cream Treatment Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam set ini: Phyto Cell Tec Extract Alp Rose (Ektrak bunga m
Subhanallah. 4 bulan tanpa sebarang post. Jarang sungguh menjenguk ke blog kerana mak long lebih banyak buat posting di FB. Banyak benda dalam kepala yang nak ditulis tapi tak terluah, cewah. Anyway, mak long nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi menjengah ke blog mak long yang serba kekurangan ini. Memang sangat sibuk masa Ramadhan yang lalu. Shawl jualan mak long memang mendapat permintaan yang ramai. Harga yang amat berpatutan, beli satu memang tak cukup nak bergaya. Kebanyakan customer memang akan beli lebih time nak raya tu. Dalam tempoh itu juga mak long ada venture into a new beauty product. Bermula sebagai pengguna tetapi lepastu upgrade diri menjadi Agen untuk product Camellya Gold Beauty Care. Alhamdulillah, last month mak long diumumkan sebagai Top Agent of the month kerana berjaya memecah target yang telah ditetapkan oleh HQ. Apa itu Camellya Gold Beauty Care? Mesti ramai yang belum pernah mendengar tentang set penjagaan wajah yang sangat ist

Oh macam-macam heheh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t Masya Allah, lamanya tak berupdate blog ini. There're lots of things going on di sepanjang pertengahan bulan Feb hingga lah ke saat ini. Daripada business expansion (amboi kemain lagi term), work, personal dan memacam lagi lah hehe. Biarlah hanya gambar yang berbicara...hihi. Mohon aminkan ya, doa yang baik-baik untuk mak long. P/S: Bulan ini adalah bulan menuntut ilmu. Lama tak jadi student :)

Me, Flu, Cough & Instant Shawl hehe (tak berkaitan).

Assalamualaikum w.b.t Hampir seminggu mak long batuk dan selesema. Masih lagi. Bermula dari Rayyan yang selesema kemudian jangkit kt papa dia. Last sekali baru mak long, dan yang pastinya yang paling lama la nak baik hehe. Kira dah sehabis bertahan la tu kan antibodi, akhirnya orang terakhir yang kena.  Since dari Jumaat lepas, Rayyan demam on and off. Bulan ini Rayyan dah cukup 1 tahun 6 bulan. Mak long dan papa Rayyan dah plan  nak bawak dia cucuk la dan sambung dengan cuti Thaipusam (wow 4 hari cuti straight). Keadaan Rayyan yang kejap demam, kejap okay memang sukar diramalkan samada plan tu akan berjalan lancar ke tidak. Masa kami gi klinik Marissa kat Dengkil, Doctor pun nasihatkan tangguhkan dulu kalau dia demam kerana dikhuatiri demam dia akan berlarutan. Mak long tanya gak la kt Doc if Klinik Marissa ada buat suntikan tu? Doc kata, suntikan tu hanya boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan dan yang sewaktu dengannya. Antara yang beliau cadangkan Hospital Az-Zahrah.

Heavy Chiffon Shawl : Perfect for travelling too :)

Assalamualaikum. Bismillah.  Isnin lepas mak long kena outstation ke Penang. Ahaks, ini la dia program yang sepatutnya berlangsung bulan lepas tapi asyik tertunda. Memandangkan flight yang begitu awal pagi, boss mak long pada mulanya kesian nak suruh mak long pergi (lucky to have boss yang baik macam ni). Tapi disebabkan staff yang dia assign tak dapat pergi, boss terpaksa juga lah suruh mak long ikut dia. Mak long okay aje, In Sha Allah, positifkan diri. Rayyan dah besar dan mudah diuruskan oleh papanya sendirian. Since flight awal, kul 6.30 am driver akan datang pick-up, kena la bangun kol 5 am. Rayyan pun bangun la kalau dia sedar mama dia takde di sisi hihi. Alhamdulillah perjalan ke air-port smooth. Sampai pun just nice ajer walaupun saspen gak la tengok kereta banyak berduyun-duyun. Pukul 9.30 am kami pun touch down di bumi Pulau Mutiara ku yang tercinta. Sempat la breakfast roti canai jap kat kedai mamak sebelum ke Eastin Hotel (Owh how I miss makan roti canai kat

Alif Ba Ta

Assalamualaikum w.b.t. Bismillah. Weekend baru ni kami sekeluarga tak kemana-mana. Hari sabtu lepas lunch tu rasanya kami semua tertido sampai la ke petang. Letih bebenor, entah kenapa. Plannya nak ajak papa Rayyan pasang wallpaper dekat bilik tetamu. Tapi tak menjadi. Hehe.. Waktu mak long tengah siapkan dinner terdengar suara Rayyan ikut papa dia sebut "Alif...Ba...Ta...Tsa..." Allahuakbar! Hanya Allah yang tahu perasaan mak long ketika itu. Sebutan yang jelas dan terang. Macam tak percaya, Rayyan kah itu? Malam itu, selepas selesai dinner dan solat Isya, mak long pun keluarkan buku Bijak Alif Ba Ta untuk Rayyan. Plannya nak tunggu Rayyan masuk 2 tahun baru nak bagi buku tu kat dia sebab kertas dia tu tak sesuai untuk budak bawah 2 tahun. Mudah terkoyak berbanding dengan kamus bergambar yang satu lagi tu. Tapi setelah mendengar suara dia tu, mak long rasa dah tak sabar lagi nak suruh dia belajar mengaji hehe. Buku from Iman Kids Store Isi kandu

Sale Clearance Gudang

Assalamualaikum. Huiyoo..heheh mak long nak share sikit. Page Mamayu Collections akan buat sale besar-besaran ala-ala jualan gudang untuk jubah dress. Dari harga asal RM179 kini jadi RM129. Rugi kalau tak grab peluang macam ni. Nak shopping kena ada strategi, tunggu hujung-hujung tahun atau awal tahun time ramai dapat bonus. Mesti banyak online seller buat sale. Time ni la nak borong dua-tiga helai. Kalau dulu dapat sehelai, sekarang paling minimum pun dapat dua. Best..best..hehe

Reinvention : I don't know what to name it

Assalamualaikum. Hehe..ini pun project weekend jugak. Sebenarnya mak long lupa pulak ape ke nama resepi nih. Actually mak long invent sikit dari resepi Chef Hanieliza. Resepi asal, ada buah gajus. Tapi, kat dapur memang takde la buah gajus, kecuali kalau orang bagi time balik haji atau umrah hehe. Tak kisah la nama ape kan, yang penting sodap. Okay resepi ni untuk makan 2 orang. Tapi sekali makan jer la hehe. Kalau nak byk, just double kan ler bahan-bahan kat bawah ni. Bahan 1. Ayam dipotong2 kecil. Nak senang beli jer chicken fillet yg isi je tuh 2. 5 tangkai cili kering dipotong-potong 3. Bawang putih, bawang merah, dan halia (yang ini mak long memang dh siap blend buat stok, so mak long just masukkan sesenduk jer) 4.Sedikit tepung jagung 5. Garam 6. 3 sudu sos tiram 7. 1 sudu besar sos cili 8. 2 sudu besar sos tomato 9. Sedikit air 10. 2 sudu besar kicap manis 11. Capsicum hijau dan merah 12. Sedikit gula Cara 1. Gaul ayam dengan garam dan t

Puding Jagung Creamy

Bismillahirrahmanirrahim. Project weekend. Ni hubby mak long la yang cadangkan untuk buat Puding Jagung. Resepi ni actually menggunakan agar-agar. Kebanyakkan resepi mak long tengok langsung tak guna agar-agar, lebih ke tepung kastard. So ni version mak long punya yer. Bahan: 1 peket agar-agar tali 1 tin jagung cream 1 tin susu cair 5 cawan air 8-10 sudu besar gula 4 sudu besar tepung kastad 1 biji telur 1 sudu teh esen vanila (optional) Secubit garam Cara-caranya: 1. Tepung kastad, telur dan susu cair disatukan. Pukul hingga sebati. Ketepikan 2. Masak agar-agar dengan air serta gula sehingga mendidih 3. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu cair, tepung kastard dan telur tadi. 4. Masukkan jagung. Kacau dalm 5-7 minit. 5. Tuangkan ke dalam bekas kesukaan anda. 6. Biarkan sehingga wap dan kepanasan berkurang, kemudian masukkan dalam peti ais untuk disejukkan sehingga keras. Rasanya? Memang mervellous. Hehe. Nak dijadikan c

Puding Cocktail

Puding Coctail Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang dijanjikan hehe..taraaaaa ni dia puding cocktail mak long!  Nampak macam sama je macam agar-agar laici, tapi tak sama yer..acuan je sama. Kihkih. Puding coctail agak berwarna-warni dengan buah-buahan yang lain dan rasanya berlemak sebab ada tepung kastard dan telur. Okay, meh sini mak long share resepinya. Bahan: 1 peket agar-agar tali 1 tin susu cair 1 tin buah-buahan cocktail (buah dan air diasingkan) 5-6 sudu besar gula 5 cawan air 1 biji telur (dibuang pusatnya untuk elakkan hanyir) 1 sudu makan tepung kastard Cara:  1. Masukkan telur dan tepung kastard ke dalam satu bekas, pukul sehingga kembang dan tiada ketulan-ketulan tepung. Ketepikan. 2. Masak agar-agar dengan air serta gula sehingga mendidih 3. Setelah agar-agar hancur, tapis dan masukkan semula dalam periuk tadi (kalau pakai agar-agar serbuk tak payah la tapis dh) 4. Perlahankan api dan masukkan susu cair 5. Setelah dikacau sebati,

Plain Heavy Chiffon and Lace Dress Combo Package

Salam semua. Nak promo sikit hehe..Peluang terbaik untuk bulan January 2015. Sekali sekala reward diri anda, for the past one year. Hehe. Boleh tinggal kan komen kat sini atau WhatsApp mak long 013-3973420 kalau berminat yea. Seleksi jubah dan shawl boleh tengok di page mak long at Mamayu Collections .

New "Madness"

Agar-agar Laici Assalamualaikum. Salam Maulidur Rasul. Salam 2015. Hehe..sejak akhir-akhir ni mak long asyik google tentang puding dan agar-agar. Rasanya dah lama betul tak buat all these type of pencuci mulut. Actually percubaan pertama mak long nak buat Agar-agar Oreo dan Coklat gagal sebab rasanya bahan tak tepat. So buat la dulu agar-agar laici yang simple. Jadi, tak sah kalau tak tulis resepi (penting untuk rujukan semula kekeke). Bahan: 1 peket agar-agar tali 1 tin susu cair 1 tin laici (buah dan air laici diasingkan) 5-6 sudu besar gula 5 cawan air Cara:  1. Masak agar-agar dengan air serta gula sehingga mendidih 2. Setelah agar-agar hancur dan nampak sedikit keping-kepingan, tapis dan masukkan semula dalam periuk tadi (kalau pakai agar-agar serbuk tak payah la tapis dh) 3. Perlahankan api dan masukkan susu cair 4. Setelah dikacau sebati, masukkan pula air laici  5. Akhir sekali masukkan buah laici, kacau dan tutup api. Buah laici tad