Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Heavy Chiffon Shawl : Perfect for travelling too :)

Assalamualaikum. Bismillah.  Isnin lepas mak long kena outstation ke Penang. Ahaks, ini la dia program yang sepatutnya berlangsung bulan lepas tapi asyik tertunda. Memandangkan flight yang begitu awal pagi, boss mak long pada mulanya kesian nak suruh mak long pergi (lucky to have boss yang baik macam ni). Tapi disebabkan staff yang dia assign tak dapat pergi, boss terpaksa juga lah suruh mak long ikut dia. Mak long okay aje, In Sha Allah, positifkan diri. Rayyan dah besar dan mudah diuruskan oleh papanya sendirian. Since flight awal, kul 6.30 am driver akan datang pick-up, kena la bangun kol 5 am. Rayyan pun bangun la kalau dia sedar mama dia takde di sisi hihi. Alhamdulillah perjalan ke air-port smooth. Sampai pun just nice ajer walaupun saspen gak la tengok kereta banyak berduyun-duyun. Pukul 9.30 am kami pun touch down di bumi Pulau Mutiara ku yang tercinta. Sempat la breakfast roti canai jap kat kedai mamak sebelum ke Eastin Hotel (Owh how I miss makan roti canai kat

Alif Ba Ta

Assalamualaikum w.b.t. Bismillah. Weekend baru ni kami sekeluarga tak kemana-mana. Hari sabtu lepas lunch tu rasanya kami semua tertido sampai la ke petang. Letih bebenor, entah kenapa. Plannya nak ajak papa Rayyan pasang wallpaper dekat bilik tetamu. Tapi tak menjadi. Hehe.. Waktu mak long tengah siapkan dinner terdengar suara Rayyan ikut papa dia sebut "Alif...Ba...Ta...Tsa..." Allahuakbar! Hanya Allah yang tahu perasaan mak long ketika itu. Sebutan yang jelas dan terang. Macam tak percaya, Rayyan kah itu? Malam itu, selepas selesai dinner dan solat Isya, mak long pun keluarkan buku Bijak Alif Ba Ta untuk Rayyan. Plannya nak tunggu Rayyan masuk 2 tahun baru nak bagi buku tu kat dia sebab kertas dia tu tak sesuai untuk budak bawah 2 tahun. Mudah terkoyak berbanding dengan kamus bergambar yang satu lagi tu. Tapi setelah mendengar suara dia tu, mak long rasa dah tak sabar lagi nak suruh dia belajar mengaji hehe. Buku from Iman Kids Store Isi kandu

Sale Clearance Gudang

Assalamualaikum. Huiyoo..heheh mak long nak share sikit. Page Mamayu Collections akan buat sale besar-besaran ala-ala jualan gudang untuk jubah dress. Dari harga asal RM179 kini jadi RM129. Rugi kalau tak grab peluang macam ni. Nak shopping kena ada strategi, tunggu hujung-hujung tahun atau awal tahun time ramai dapat bonus. Mesti banyak online seller buat sale. Time ni la nak borong dua-tiga helai. Kalau dulu dapat sehelai, sekarang paling minimum pun dapat dua. Best..best..hehe

Reinvention : I don't know what to name it

Assalamualaikum. Hehe..ini pun project weekend jugak. Sebenarnya mak long lupa pulak ape ke nama resepi nih. Actually mak long invent sikit dari resepi Chef Hanieliza. Resepi asal, ada buah gajus. Tapi, kat dapur memang takde la buah gajus, kecuali kalau orang bagi time balik haji atau umrah hehe. Tak kisah la nama ape kan, yang penting sodap. Okay resepi ni untuk makan 2 orang. Tapi sekali makan jer la hehe. Kalau nak byk, just double kan ler bahan-bahan kat bawah ni. Bahan 1. Ayam dipotong2 kecil. Nak senang beli jer chicken fillet yg isi je tuh 2. 5 tangkai cili kering dipotong-potong 3. Bawang putih, bawang merah, dan halia (yang ini mak long memang dh siap blend buat stok, so mak long just masukkan sesenduk jer) 4.Sedikit tepung jagung 5. Garam 6. 3 sudu sos tiram 7. 1 sudu besar sos cili 8. 2 sudu besar sos tomato 9. Sedikit air 10. 2 sudu besar kicap manis 11. Capsicum hijau dan merah 12. Sedikit gula Cara 1. Gaul ayam dengan garam dan t

Puding Jagung Creamy

Bismillahirrahmanirrahim. Project weekend. Ni hubby mak long la yang cadangkan untuk buat Puding Jagung. Resepi ni actually menggunakan agar-agar. Kebanyakkan resepi mak long tengok langsung tak guna agar-agar, lebih ke tepung kastard. So ni version mak long punya yer. Bahan: 1 peket agar-agar tali 1 tin jagung cream 1 tin susu cair 5 cawan air 8-10 sudu besar gula 4 sudu besar tepung kastad 1 biji telur 1 sudu teh esen vanila (optional) Secubit garam Cara-caranya: 1. Tepung kastad, telur dan susu cair disatukan. Pukul hingga sebati. Ketepikan 2. Masak agar-agar dengan air serta gula sehingga mendidih 3. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu cair, tepung kastard dan telur tadi. 4. Masukkan jagung. Kacau dalm 5-7 minit. 5. Tuangkan ke dalam bekas kesukaan anda. 6. Biarkan sehingga wap dan kepanasan berkurang, kemudian masukkan dalam peti ais untuk disejukkan sehingga keras. Rasanya? Memang mervellous. Hehe. Nak dijadikan c

Puding Cocktail

Puding Coctail Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang dijanjikan hehe..taraaaaa ni dia puding cocktail mak long!  Nampak macam sama je macam agar-agar laici, tapi tak sama yer..acuan je sama. Kihkih. Puding coctail agak berwarna-warni dengan buah-buahan yang lain dan rasanya berlemak sebab ada tepung kastard dan telur. Okay, meh sini mak long share resepinya. Bahan: 1 peket agar-agar tali 1 tin susu cair 1 tin buah-buahan cocktail (buah dan air diasingkan) 5-6 sudu besar gula 5 cawan air 1 biji telur (dibuang pusatnya untuk elakkan hanyir) 1 sudu makan tepung kastard Cara:  1. Masukkan telur dan tepung kastard ke dalam satu bekas, pukul sehingga kembang dan tiada ketulan-ketulan tepung. Ketepikan. 2. Masak agar-agar dengan air serta gula sehingga mendidih 3. Setelah agar-agar hancur, tapis dan masukkan semula dalam periuk tadi (kalau pakai agar-agar serbuk tak payah la tapis dh) 4. Perlahankan api dan masukkan susu cair 5. Setelah dikacau sebati,

Plain Heavy Chiffon and Lace Dress Combo Package

Salam semua. Nak promo sikit hehe..Peluang terbaik untuk bulan January 2015. Sekali sekala reward diri anda, for the past one year. Hehe. Boleh tinggal kan komen kat sini atau WhatsApp mak long 013-3973420 kalau berminat yea. Seleksi jubah dan shawl boleh tengok di page mak long at Mamayu Collections .

New "Madness"

Agar-agar Laici Assalamualaikum. Salam Maulidur Rasul. Salam 2015. Hehe..sejak akhir-akhir ni mak long asyik google tentang puding dan agar-agar. Rasanya dah lama betul tak buat all these type of pencuci mulut. Actually percubaan pertama mak long nak buat Agar-agar Oreo dan Coklat gagal sebab rasanya bahan tak tepat. So buat la dulu agar-agar laici yang simple. Jadi, tak sah kalau tak tulis resepi (penting untuk rujukan semula kekeke). Bahan: 1 peket agar-agar tali 1 tin susu cair 1 tin laici (buah dan air laici diasingkan) 5-6 sudu besar gula 5 cawan air Cara:  1. Masak agar-agar dengan air serta gula sehingga mendidih 2. Setelah agar-agar hancur dan nampak sedikit keping-kepingan, tapis dan masukkan semula dalam periuk tadi (kalau pakai agar-agar serbuk tak payah la tapis dh) 3. Perlahankan api dan masukkan susu cair 4. Setelah dikacau sebati, masukkan pula air laici  5. Akhir sekali masukkan buah laici, kacau dan tutup api. Buah laici tad