Sebenarnya mak long dah plan nak balik weekend ni (Ehem..tukar kata ganti diri japs). Balik awal ke kampung sebab nak tolong jaga Qaisara lah :) Tok telefon mak long aritu tanya sama ada mak long boleh ambil cuti tak. Tok dah tak boleh nak bercuti, sebab aritu dah cuti lama. Tapi mak long ada meeting penting Isnin depan. Memang kena attend juga sebab ni penentu hala tuju career mak long, cewah :P Ish dalam kepala mak long ni kan macam2 benda mak long pk bila balik Penang nanti. Nak gi facial lah, nak beli handbag, nak beli baju, nak beli lipstick. Tapi sempat ker hehe. Apa-apa pun tak sabarnya rasa nak balik. Nak tgk Qaisara dah besar ke belum huhu.
Comments