Maal Hijrah 1430 kali ini saya sambut bersama rombongan "Cik Mah dan Cik Lan" di Johor :). Bersempenaan wedding sis yang berlangsung pada 28 Dec 2008 di Kulai, Johor, kami sekeluarga serta sanak saudara membuat kunjungan balas dengan sebijik bas dari Penang ke Johor pada 27 Dec 2008 tu. Utara Selatan maa! Tapi saya dan bro naik di Cyberjaya. Perjalanan dari Cyber ke Johor lebih kurang 5 jam, tapi kami terpaksa ambil exit Senai instead of Kulai sebab Kulai jem! Mana taknya, kenduri Mawi pun jatuh pada hari yg sama. Alhamdulillah, kenduri di Johor pun berjalan lancar. Kali ini buat kat rumah. Memang seronok juga dapat tengok adat negeri lain. Saya rasa highlight of the event ialah selepas bersanding dan majlis tepung tawar pengantin akan baling gula-gula kepada tetamu. Kemudian baling duit syiling pulak. Org lain sibuk2 sambut duit dan gula2 tu, saya sibuk berlindung! Sakit woo…org lain dapat kumpul 80 sen, 60 sen..saya cuma sempat tangkap 10 sen je..isk isk.. takpelah, asalkan...