Thursday, November 19, 2009

2012: An end to the world

Bayangkan jika dunia memang benar-benar telah sampai ke penghujungnya. Manusia lari bertempiaran, bangunan yang dulunya megah mencakar langit jatuh menyembah bumi, bumi pula terbelah dan menelan segala yang ada di atasnya. Lautan bergelora lantas tsunami melanda ke seluruh pelusuk alam. Haih ngeri. Tu baru gambaran yang dapat dibayangkan oleh akal fikiran manusia yang terhad ni. Kalau dah jadi betul-betul macam mana la agaknya. Kat mana kita pada masa tu? Al-Quran dah lama memberi peringatan kepada manusia tentang kedatangan hari kiamat yang maha dasyat ini. Cuma kita lah, kejap-kejap ingat, kadang-kadang terlupa (peringatan untuk diri sendiri).

Heh, mukadimah panjang plak ye. Sebenarnya semalam saya dgn kekawan opis gi tgk la citer 2012 yang dikatakan sangat hebat tuh. Actually it was our second attempt to watch the movie sebab kali pertama pergi mmg tiket sold out. Maklom la last minute punya plan. Tayangan start pukul 9.20 pm dan berakhir hampir kol 12 pm. Overall, saya kasi 4 bintang, worth to watch lah. Mula-mula masa awal-awal tu cam saintifik sket la sebab hero tengah dok mengesan pergerakan kerak bumi and whatsover. Tapi lepas tu kira memang suspen la dari awal sampai abis. Ada elemen-elemen kekeluargaan yang mmg agak touching. Bergenang gak ler air mata (tapi kontrol beb). Ada gak la part yang tak logik, tp layan je la hehhe. Ok la, tak nak citer panjang2. Tgk dan ratelah sendiri.

Tuesday, November 17, 2009

Tak sabar nak balik!

Sebenarnya mak long dah plan nak balik weekend ni (Ehem..tukar kata ganti diri japs). Balik awal ke kampung sebab nak tolong jaga Qaisara lah :) Tok telefon mak long aritu tanya sama ada mak long boleh ambil cuti tak. Tok dah tak boleh nak bercuti, sebab aritu dah cuti lama. Tapi mak long ada meeting penting Isnin depan. Memang kena attend juga sebab ni penentu hala tuju career mak long, cewah :P Ish dalam kepala mak long ni kan macam2 benda mak long pk bila balik Penang nanti. Nak gi facial lah, nak beli handbag, nak beli baju, nak beli lipstick. Tapi sempat ker hehe. Apa-apa pun tak sabarnya rasa nak balik. Nak tgk Qaisara dah besar ke belum huhu.

Saturday, November 14, 2009

Inspiration of the day

Lift Your Head Up High
And Scream Out To The World
I Know I Am Someone
And Let The Truth Unfurl
No One Can Hurt You Now
Because You Know What's True
Yes, I Believe In Me
So You Believe In You

Source: Wanna Be Starting Something Lyrics - Michael Jackson

Alfie Boy :)

Hari ni Nini jemput saya ke majlis cukur jambul Alfie boy dia :) Pukul 2.30 pm saya dah sampai. Dalam keadaan ingat2 lupa, saya sms la Famila nak tanya nombor rumah Nini. Bukan apa, rasa macam betui dah tapi takut plak sebab siap ada khemah. Takut tersalah pergi kenduri orang. Tapi memang betui lah hehe. Alfie dah besar, nak masuk 4 bulan. Hampir sejam lepas tu baru lah famila sampai. Ini lah gambar kami bertiga + 1 the latest. Sorang dah jadi mak orang. Sorang lagi bakal. Yang sorang lagi...KIV...hehe.

Friday, November 13, 2009

Bercanda di tepi tasik

Bulan ni, genap sepurnama saya tak jejak kaki ke Melaka. Haiiih kalau dulu, setiap minggu mesti ke sana. Tapi kali ini pergi pun sebab nak attend talk on Life Skills. Hmm agak keciwa sebab langsung not up to the expectation. Tak apalah, consider as jalan-jalan ke Melaka sambil melawat-lawat sahabat2 yang dah lama tak jumpa. Tengah hari tu, saya dan beberapa orang sahabat pergi lah makan di tepi tasik kat area2 zoo & taman buaya Ayer Keroh. Selama ni memang tak pernah tahu ada tasik yang sangat cantik kat situ. Cuaca tengahari yang tak begitu panas mengundang perasaan yang damai dan tenang tatkala menyusuri kawasan tasik tu. Tambahan pulak dapat pekena lauk-lauk kampung kat situ. Aahhh..nikmatnya. Nasib baik tak mengantuk time drive pulang ke Cyber.
 
Joyfully Designed By F.A.D.