Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Sedih :(

Bila mana sesuatu yang dirancang tak menjadi, tambah-tambah pulak nampak macam kesalahan kita..tentunya rasa sedih dan keciwa. Sedih betul arini. Nampaknya this Monday kena bersiap sedia untuk soal jawap. Untung sabut timbul...

Di kala mata terasa berat...

Entah apa nak tulis ya? Sebenarnya saya tengah mengantuk ni. Tengahari tadi tapau ikan bako dekat 'Busteng' @ Bas Stand. Kenyang..mata pun layu. Blog ni pun dah lama tak berupdate. Hmm..balik kampung tak last CNY? Saya dan adik-adik balik ke Penang. Pertama kali pulang bersama adik ipaq hehe. Pertama kali juga mengenakan seat belt untuk penumpang di belakang. Tak selesa dibuatnya. Rasa macam 'kejang' dan 'kaku' semacam, tak leh nak gerak-gerak sangat. Saya tak tahu lah orang lain pakai ke tak. Nampak macam tak jer. Adakah saya yg skema sangat? Tapi menurut sumber-sumber yang dipercayai, memang ada penguatkuasaan di beberapa tempat dan saman-saman dikeluarkan. Namun, penguatkuasaan ini masih samar-samar lagi kerana pihak yang terlibat sendiri masih keliru dalam mengeluarkan saman. Dari aspek keselamatan, saya bersetuju. Tapi dari aspek sikap pengguna jalan raya yang biadap dan mementingkan diri sendiri, buatlah undang-undang apa pun bukannya diorang peduli pun. B

Rojak Story

Leading the choir team..keke Sedar tak sedar bulan January dh pun sampai setengah.Bulan yang sangat sibuk bagi saya. Semua benda datang bertimpa-timpa. Kekadang saya tertanya, keja kat tempat lain sibuk macam ni ke tak ekk? Apa buleh buat, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni, kena lah bersyukur dengan apa yang ada buat masa ni. Kalau silap langkah, makan pasir lah setiap bulan. Anyway, dah melalut nampaknya. Sebenarnya bukan nak story pasal rojak kat sini. Cuma posting kali ni a mix of different stories that happened beberapa hari kebelakangan ni. My Office Family Day Minggu lepas 10-11 January 2009 was my office's family day. A small scale one. Tak ramai dapat join since masing2 ada kekangan yang tak dapat dielakkan. Lokasinya bertempat di Teratak Riverview. Ni kiranya revisit lah, since saya dah pegi last year. Ala...yang main pelampung sampai tertelan air sungai tuh! Tak ingat takper lah..hehe. Kali ni memang saya tak main pelampung tu dah. Mama dah pesan, jangan main ai

Gloomy or Bloomy 2009?

Kedatangan tahun ini sekali lagi menimbulkan seribu tanda tanya di kepala saya. Apakah tahun ini menjanjikan perubahan2 yang memberansangkan atau sama saja seperti tahun2 yang lepas? Harapnya janganlah sampai begitu. Sekurang-kurangnya, ada lah sedikit pembaharuan yang akan menjengah. Banyak perkara yang sedang ligat bermain di fikiran saya. Yang ingin saya buat. Nak kata azam tahun baru, hmm..boleh lah dikatakan. Insya Allah saya akan usahakan sampai berjaya. Seronok juga melihat beberapa orang teman yang mendapat 'habuan' tahun baru dengan tawaran2 pekerjaan yang menarik. Ada juga yang sedang berkira-kira untuk menamatkan zaman solo. Saya doakan semoga kalian semua sukses walau apa pun pilihan yang anda buat! Tidak kurang juga yang agak tidak bersemangat dgn kedatangan tahun baru ini. Bak kata org putih 'demotivated'. Saya doakan semoga semangat kalian kembali pulih. Saya juga tidak terlepas dari berperasaan begitu. Susah nak cakap la. Tak reti nak cakap macam mana. B