Saturday, December 25, 2010

Weekend @ Shah Alam

Pagi ini terasa beratnye nk membukak mata (actually it happens everyday huhu). Musim hujan yang berterusan menyebabkan keenakan tidur itu sungguh menikmatkan hoho! Pagi ni mak long dah berjanji akan ke umah nenek di S.A. Biasalah, bersopping barang2 keperluan rumah. Mak long pun boleh la tumpang sekaki tgk barang2 mak long. Dlm byk2 Giant, rasanya Giant S. Alam ni la paling best sekali. Banyak benda boleh ditengok. Bukan setakat di dalam Giant, malah kt luar nyer pun banyak baju dan tudung terkini di pasaran..haih rambang mata dibuatnye. Tapi...sabar, mak long dah sopping sakan bulan lepas. Bln ni kena lah berjimat sikit.

Sepanjang perjalanan ke Giant dan masa kat rumah nenek, macam-macam perkara dibualkan. Mak long dan nenek memang rapat sejak kecil. Al-maklum lah cucu sulong. Soal yang dibincangkan tak terkecuali dari menyentuh tentang jodoh dan usia yang semakin menginjak naik. Syukur, mak long punyai keluarga yang amat memahami diri mak long. Tidak pernah mereka memberi tekanan dalam soal ini. Beliau sempat juga berkongsi beberapa petua orang dahulu kala yang memang sangat berguna dlm kehidupan. Kepada kengkawan yang masih ada atuk dan nenek, ibu dan ayah, banyak-banyak la bertanya petua-petua mereka ini. Kadangkala, perkaranya kecil saja, tapi melihat dari perspektif mereka membuatkan perkara itu menjadi sungguh bermakna dan istimewa.

Hampir pukul 3 petang, mak long meminta diri untuk berangkat pulang. Takut kalau2 petang nanti ujan lebat. Insya Allah, minggu depan mak long akan ke sana lagi. Beg duit nenek tertinggal dlm beg mak long! Hihi...