Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Miss them so much!

Bismillahirrahmanirrahim...
Arini mak long puasa, so ada masa la nak update blog ni. Lama sebenarnya nk update tapi tak berkesempatan...huhu. Lagi dua minggu ayahanda dan bonda mak long yang tercinta akan pulang dari Tanah Suci Mekah. Tak sabar rasanya nak peluk mereka berdua. Rindu sangat.Walaupun ada juga kadang2 mereka call, sms, tapi tak sama lah...tak boleh nak gayut lama-lama macam selalu hehe..
Parents mak long berangkat ke Mekah pada 15 Oct 2012 yang lalu dari Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas. Kebetulan juga, itu adalah tarikh ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 34 and that's so sweet :) Malam sebelum tu lagi kami semua dah berangkat hantar diorang, dan malam itu jugalah last kami berjumpa. Keesokan harinya, memang cuma dapat lambai dari luar bas. Sayu sangat terasa masa tu. Terasa seperti mereka semua itu pergi berjuang ke jalan Allah yang entah mungkin dapat ketemu lagi atau tidak. Hakikatnya  mereka adalah tetamu Allah, walau berat hati ini sewaktu melihat mereka ber…