Saturday, February 20, 2010

Old folks punya cerita...

Pagi tadi mak long ada program CSR dengan sebuah rumah old folks kat PJ. Another charity program by Alumni. Old folks home tu namanya Phyllis Caring Home, memang terletak betui2 tengah bandar PJ. Setibanya kami di sana, lebih kurang pukul 10 pagi kami pun disambut oleh seorang pembantu, katanya owner tempat tu dah keluar. Rasa kekok juga, time masuk2 tu ada la 2 org warga tua yg agak frenly. The rest macam pelik jer nampak kami. Tapi memang kesian, most of them look hopeless. Tak nampak ceria langsung except 2 org yg mak long ckp tadi. Mak long pun tak reti macam mana nk buat diorang ceria sebab diorang mcm tak interested pun nk bercakap huhu.

Ok, tinggalkan diorang ni dulu. Yang frenly sorang tu, namanya Pakcik Lam, tak tanya nama penuh. Dgn pelat utaranya, hampir tak sangka dia ni berbangsa cina. Katanya dia berasal dari Lenggong, Perak. Dah 6 thn dok situ. Yang sorang lagi, auntie, rasanya dah tahap grandma dah berbangsa india. Dia ni mmg peramah sangat. Dia suruh kami duduk dekat2 dia and dia kata "that's better" hehe. Adui..lepas tu dia tanya "Do you know me?" Kami pun dgn serba salah cakap la "Don't know" takkan nk kelentong lak. Tapi yang menyebabkan kami rasa lagi bersalah tu dia leh tanya lagi " You don't know me?" Seolah-olah mcm dia ni somebody yang kita patut kenal. Tiba2, terus dia menyanyi lagu "Glory..glory..halaluya...bla bla...brother john" Aduih! Lagu tu mcm familiar, fikir2 balik tu lagu Man U kekekkke. Cuma lirik jer lain. Kami pun pening juga time tu sebab dia ckp English campur tamil. Dia ada tanya, kami datang dari mana. Kami ckp Cyberjaya. Dia kata dia tak tau. Pastu kami kata dekat Putrajaya tempat Prime Minister, dia ckp " I think I know.." Hehe. Tapi pastu dia tanya lagi kami datang dari mana. Masa tu mmg kompem, grandma ni dah amnesia dah! Kat bawah ni gambar kitorang dgn dia.


Actually one of our plan is to have breakfast with them. Memang dah siap bungkus nasik goreng untuk makan bersama-sama. Bila kami ajak makan diorang kata dah makan, next makan is on 12 pm. Old folks lain2 tu mcm dh tertido-tido time sebab mcm boring kot. So, cancel plan nk mkn tu (padahal lapoonyer) and we decide to leave la since takdak apa lagi nk dibuat. Sebelum tu kami pun ada la kasi sedikit sumbangan 3 in 1 punya drinks sebab katanya diorang ni mmg suka la minum benda2 tu. Pukul 11 pagi, kami pun balik. Mak long dan member2 lain pun singgah Amcorp Mall, pekena brekpes kat situ sebab dh lapar sgt! Anyway, it's a new experience bagi mak long...

Time nak balik dah ni...

P/S: Photos from Zul's cam

Thursday, February 11, 2010

Backdated posting

Ini cerita sudah lama. Tapi mak long nak post gak hehe. Actually this was during a farewell party for Ms.Yim and mak long on 15th of January 2010. Dianjurkan oleh our previous department's staff club. Ms. Yim was my second boss. She's one in a million. Seorang boss yang sangat caring dan understanding. Kami berdua diraikan dalam majlis ni, which was held at Restaurant Village View at Kajang. Terasa dihargai! Thanks kawan-kawan for organizing this.

Mak long and Ms. Yim

With some of my colleagues

Yea yea dapat hadiah! Disampaikan oleh En Omar

P/S: Photos by Taufiz A. Ghani (TAG). Adakah mak long telah gemuk?

Sunday, February 7, 2010

Demam

Baru minggu lepas mak long ckp dgn ngah dah lama tak demam. Tp memang betui, rasa mcm dh lama sangat. Dengan takdir Allah, semalam lepas balik dari main badminton dlm kol 3 ptg mak long tido. Ye lah kan pagi2 Ahad kol 8 dah terpacak dkt court badminton FCM. Konon2nya mcm nak kaver balik la tido tuh hehe. Bangun-bangun jer dari tido, terus rasa lemah semacam. Badan pun seram sejuk. Tekak perit usah la dicerita. Badan pun dah panas, memang sah la demam. So hari ni mak long EL. Bangun pagi tadi macam terhoyong hayang sebab kepala berat. Ni dah reda sket lepas makan bubur. Badan rasa kebah. Hopefulyy esok dah ok, meeting berderet2 sedang menanti...

Saturday, February 6, 2010

Heyya...

Salam and hi everyone! Lama rasanya tak berblogging. Tak berkesempatan hehe. Sepanjang minggu lepas mak long tinggal di Damansara. Temankan ngah dan qaisara sebab faiz training kat Singapore seminggu. Mencabar jugak ye, bangun awal2 pagi, hantarkan qaisara ke rumah pengasuh, then gerak bersama-sama ngah ke Cyber. Petang pulak, sebelum kul 6 mesti kena gerak dah demi mengelakkan jem (tp jem jugak!). Sepanjang perjalanan tu mak long selalu terfikir, inilah rupanya perjalanan untuk mencari sesuap nasi. Kena tempuh kesesakan lalu lintas, mengadap ragam manusia, nak nak pulak hujan lebat. Insaf! Alangkah beruntungnya mak long kerja di Cyber ni.

Oh ya, oleh kerana tak sempat posting minggu lepas, ni mak long nak citer la sket. Pada 28 Jan lepas, seminggu selepas event hi-tea tu mak long bertolak ke Tanjung Keling, Melaka untuk bershooting. Ecewah dah mcm artis lak ye. Tapi idak ler begitu, sebenarnya ada program CSR (Corporate Social Responsibility) dengan TV3 iaitu rancangan Bersamamu. Sapa yang tgk TV3 tahu la rancangannyer mcm mana. Ye lah kan, selain aktiviti yang fun, yang kurang bernasib baik tidak kita lupakan. Program ni bertujuan untuk memberi sumbangan kepada insan-insan yang memerlukan. Jadinya, keluarga yang terpilih tu ialah Nor Hisyam, telah berusia 26 tahun tp fizikalnya masih mcm umur 5 thn kerana dilahirkan tak cukup umur dan ada penyakit urat saraf. Kami pun memberi bantuan setakat termampu dan yang paling bermakna sekali ialah beliau turut diberikan stroller sebab dia ni memang tak boleh berjalan, cakap pun tak boleh dan semuanya bergantung atas bantuan mak ayah dia jer.

Ni la dia adik Nor Hisyam, 26 tahun hanya mampu terbaring

Sepanjang program tu, nasib baik lah mak long cool jer. Bukan apa, kadang2 tgk citer sedih boleh tersebak, inikan dalam situasi yang real. Mak long setuju dengan one of the Alumni committee yang join program tu Zack, dia kata dia tak faham kenapa kita pergi tempat macam tu kita nak buat sedih2? Tu macam berpura-pura. Baik buat biasa jer. Dan lebih baik kita ceriakan keluarga tu. Tapi apa dia cakap tu memang betul. Pakcik Jamil ayah kepada Nor Hisyam tu sendiri pun macam terhibur. Apa-apapun, mak long doakan semoga adik Nor Hisyam tabah, especially keluarga dia. Moga Allah sentiasa memberkati mereka dan kalau ada sesapa yang berminat nak beri bantuan boleh la bagitahu mak long. Insya Allah, mak long akan beri contact number family tu. Tu jer coretan mak long minggu nih. Hingga ketemu lagi :)

Bergambo bersama Pakcik Jamil sebelum balik

P/S: Saksikan Nor Hisyam di rancangan Bersamamu di TV3, 10 February 2010,kol 10 pm. Mana tau kot ada terselit muka mak long hehe.