Saturday, February 28, 2009

Santai BBQ

Al-kisahnya, Jumaat malam yg lepas - 27 Feb, opis saya anjurkan majlis Santai BBQ. Selain merapatkan silaturahim, majlis ni sesaje lah dibuat bagi menambahkan lagi aktiviti kelab kami. Oh ya lupa pulak nak cakap, opis saya ni ada satu kelab pekerja. Jadi, sebagai salah seorang ahli jawatan kuasa kelab, saya pun pun turut sama bergotong royong membuat persiapan BBQ. Lepas solat Jemaat, kami pun beramai-ramai turun ke surau cuci ayam, potong halia, kunyit, serai, bawang dan macam2 lagi lah bahan2 utk buat BBQ tu. Ni kira first time la belajo buat bahan untuk perap ayam BBQ tu. Bahan2nya sama macam nak buat rendang jer hihi. Cuma tambah sos steak, apa ntah nama specific dia.Lupa plak. Pastu tambah madu. Dalam pukul 5.40 ptg, balik umah utk solat sat pastu 6.30 pm sambung balik masak nasik goreng cina. Tapi bukan sy la..kihkih. Tlg basuh bekas ja :P

Kemudian, 8 lebih semua orang dah berkumpul depan stadium baru. Bakar ayam kat sana. Satay pun ada. Kelakar juga dgr ada org ckp "Sedap la satay ni, macam Hj. Samuri". Kihkih, memang la pun, kami tlg bako je. Mula-mulanya plan nak buat BBQ tu tepi swimming pool. Tapi bahaya pulak, sebab budak2 kecik ramai. Takut ada yg basuh tgn plak dlm tu. Pastu ada gak la beberapa org student datang. Dia ingat ada org jual satay kot. Maklum lah stadium tu depan dgn food court. Isk isk..macam-macam....

Monday, February 23, 2009

Restoration

Woke up this morning with an empty feeling. 7.30 am. Still on my bed. Seriously I dun feel like going to office. Just want to be alone today. It's time to restore some energy and spirit. And the most important thing is to THINK. It's a great time to think and pick out things to learn. And today, I've learnt that I have to set a limit. Some people don't realize they have crossed the line. Seem like I have to change my approach now . It's enough.

You guys may think I'm kind of person who let my emotion rules my head. I keep bothering all those small-small things that came accrosed my life. Sounds like I have so many enemies out there. Well, I'm just a human ++ a woman. I swear these people don't even know what is my feeling towards them. Probably they don't even notice that they have hurt me. I hope you can see all this in a different light. This is just an inner feeling. I'm still 'the bubbly and adorable girl next door' (wakakaka..hampeh). I treat people with full of respect. Of course I expect the same thing from them. So do you rite? Okay, let's forget about it. Hehe I have enough membebel here. I'm okay, slowly this feeling heals.

P/S: Yehaa...tonite I want to play badminton. Lama betul tak bersukan. Hopefully I can get rid-off the lazy and negative ion inside me. I wish I could smash away all those bad feelings.

Sunday, February 22, 2009

Pis!

Saya jarang menulih blog time2 peak hour kat opis. Biasanya time hujung2 dekat nak balik umah ada la. Tapi tatau la kenapa arini rasa macam 'pis' tapi 'off' maka jadilah pissed-off. So kena lah luahkan juga agar rasa lega. Thank you my blog, u're always there to listen. Hehe. Kalau blog ni boleh bercakap sure dia cakap "menyampah la! sikit-sikit nak menulis". Apa salahnye kan, as long as cara meluahkan perasaan tu betul.

Pertama sekali, anda semua bengang tak kalau email anda tak dijawap? Email sekerat pun tak leh nak jawap? Tak faham betul.. VIP sgt ke?

Kedua, anda selalu dapat panggilan telefon, tanpa memperkenalkan nama, si pemanggil meminta anda sambungkan ke bahagian so and so. Sekali dua takpe la, ini berkali-kali pulak. Si pemanggil ni tak terpikir ke orang yang dia call ni boleh jadi Presiden ke Perdana Menteri ke ape ke. Tak tanya dulu dah, terus je mintak sambung. Piss with off betui la. Memang la benda ni small matter jer, bukan susah pun, boleh je kasi nombor yg nak dihubungi tu. Cuma tak suke la..org ni mcm tak sekolah.

P/S: Budi bahasa budaya kita

Wednesday, February 18, 2009

Karom

I'm pretty tired today. Half of the day was spent in a hall with people from P&G . Gotta assisted them for a competition, which then promised job employment for the winners. Interesting. Just got to know the company's product worth billion of dollars and the salary they paid to their employees were among the highest in the country. Just imagine, fresh grads with zero experience, at all, receive RM3600 per month as the starting. In two years time, they already had half of million in their account (provided that they don't touch the money la). Isk isk..my eyes start to show this sign $$$$$ hehehe...just kidding. So lucky la these students..company yang dtg cari diorang...

Balik opis, dah dekat kol 4. Semayang, buat keja sikit, gedebak gedebuk dah pukul 5 ptg. Dah tak leh pegi dah. Kebetulan opis sy sedang buat pertandingan karom. Join la sekejap tgk budak-budak opis main. Diorang ajak main. Sy cakap tak reti. Memang tak reti pun. Pujuk punya pujuk, last2 saya setuju gak la main. Time tu la baru nak belajar. Yang seronoknya, menang pulak tuh! Budak-budak ni cakap saya ada 'mukjizat' hehe..merepek2 la diorang nih..

Monday, February 16, 2009

Selamat Hari Lahir Mama!

Today, 17th of February is my mama's 52th birthday. Semalam dah wish. Pagi ni wish lagik..hikhik. Mama dan ayah cuti hari ini, gi jalan-jalan la tu. Wish I could be there too! Again, Happy Birthday Mama..I love you..always and forever.

Sunday, February 15, 2009

Minggu Libur....

Saya mintak maaf, lama sungguh tak update blog ni. Isk..tak sangka juga ye, ada yg siap bawak sepanduk sambil berkata "We want update..We want update". Bawak bersabar..hehe. Walaupun saya tak sibuk sangat, tak tahu nak menulis apa. Cuma minggu ni saya rasa saya banyak betul aktiviti hiburan dan santai. Bermula dari Rabu lepas, saya dapat jemputan berkaraoke di sebuah pusat membeli belah terkemuka di area Putrajaya nih :P (macam artis la pulok!) Kunun-kunun nak nyanyi 5 lagu je, last2 minute tambah jadi 10 lagu. Menjelang lagu yang ke sepuluh, suara pun dah tak berapa nk keluar. Apa-apa pun aktiviti ni memang buleh merelease tension, sampai lupa esok kena kerja!


Jumaat malam saya kembali ke zaman World War II, era Hitler. "Valkryrie", lakonan terbaru Tom Cruise. Agak sarat dengan strategi dan konspirasi untuk menghapuskan Hitler, boleh la layan. Tak banyak sangat aksi peperangan. Saya bagi 3 bintang setengah :) Tapi recommended la for those yang interested nak menonton...Boleh tgk tom cruise hilang sebelah mata and tangan kudung..huhu


And today...gi facial. Tiap kali pegi facial, mesti org kat tempat facial tu tanya "Bila nk buang skin tag?" Isk..hari ni sy memberanikan diri untuk membuang 'skin tag' kat muka. Ini bukan tag yg kita dok tag-tag org kat blog tau! Skin tag ni dlm bahasa melayu nya 'ketua'. Err...biasanya mat salleh byk ler skin tag ni, bintik2 coklat kat muka. Mcm kes saya ni baru nak menjadi, walaupun saya bukan minah salleh. Kalau rajin, try la google mcm mane rupa tag tuh. Jadi, sblm saya betul-betul yakin nk buang tag tu, macam-macam soalan saya tanya. Yang paling penting, buang tag tu guna apa saya tanya. Jawabnya "Gunting!" Aahhh sudah..betul ke ni. Katanya gunting kecik je, tak menyakitkan pun. Kemudian saya tanya lagi. Lepas ni lekat parut tak? Dia kata tak, cuma kena beli cream "vitaplex' untuk menutup kembali ruangan yang terbuka tu. Dah banyak soalan sangat, saya pun merelakanlah muka saya dioperasikan oleh pekerja kedai facial tu. Sakit juga, tapi boleh ler tahan...heheh. Nak lawo punya pasal...huhuhu...Ok, mulai 5 hari dari sekarang saya akan pakai cream tu malam-malam. Harap-harap tiada ler apa-apa yg tak diingini berlaku..kalau tak sy kena pakai topeng mcm tom cruise nih..huhuhu...