Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Syukur..lega

'Hari-hari pulang lewat' dari opis sudah berlalu, temporarily I shoud say. Lega mak long! Majlis hi-tea tu berlangsung dengan jayanya. Audience bagaikan terpukau dengan aura Dato Shazz. He's the man of the day! Sesi soal-jawab menjadi begitu rancak apabila para peserta tidak henti-henti mengambil peluang untuk bertanya kepada beliau. Memang selayaknya beliau telah dinobatkan sebagai CEO of the year (2009) for Telco companies. Dengan gaya bersahaja melontarkan suara, kadangkala diselit dgn jenaka...audience mmg tak kering gusi especially why he has a long hair...hehe. Tips yang dikongsi untuk menjadi 'leader in branding' seharusnya menjadi inspirasi kepada mana-mana individu yang ingin berjaya dalam bidang bisnes. Syukur, mak long memang lega sangat. Semuanya berjalan lancar. Ucapan tahniah dari pihak atasan, kawan-kawan dan para peserta yang hadir bagaikan penawar segala penat lelah. Sedikit sebanyak mak long dah buktikan pada 'mereka-meraka' yang dulunya pe

Another hectic week

Mak long dah ngantuk sangat nih! Tapi jam baru menunjukkan pukul 11.12 malam. Sedang mencari sedikit 'feel' untuk membuat teks ucapan utk VVIP berucap minggu depan. Bercakap pasal minggu depan nih, mak long betul-betul berdebar nih. Harapan mak long ramai la yang akan datang ke majlis hi-tea bersama pemimpin "An Evening with Our Leaders" anjuran office mak long dan Yayasan Universiti Multimedia (YUM). Dengan masa yang sangat suntuk ni, segalanya nampak agak begitu impossible tapi Insya Allah, mudah-mudahan segala usaha keras ini akan membuahkan kejayaan. Haa ni mak long nak promo sikit, kepada sesiapa yang berkelapangan Khamis depan, jemputlah datang ke: Majlis : An Evening with our Leaders Tarikh: 21 Januari 2010 (Khamis) Tempat: FCM Theatre, Multimedia University, Cyberjaya Campus Kemuncak kepada majlis tersebut ialah sesi perkongsian pengalaman dan aspirasi oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi di negara kita ni - Dato' Sri Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Ekse

Agaknyalah...

Pagi tadi sewaktu pulang dari menge'pow' mesin ATM mak long nampaklah seorang mamat ni sedang bersembang dengan seorang staff. Mamat ni, x pernah mak long lihat di kampus. Beliau bercakap english sambil dicampur-campur dengan perkataan melayu. So, pendek kata mamat ni bukan org malaysia hehe. Bebaru ni kan negara kita digempar dgn kisah 'pak hitam' yang menjadi 'rebutan' anak gadis tempatan akibat kepingin wang ringgit and etc lah kan. Entahlah, automatic benda tu terlintas kat fikiran mak long bila nampak dia. Dalam dia rancak dok bersembang dgn staff tu, tetiba dia boleh berhenti bersembang dan berjalan seiring mak long. Memang sebelum tu mak long ada senyum kat staff tu, ye lah dh kenai, takkan nk buat derk ja. Alih2 si mamat ni pulak yg mengikut kita. Dia pun mulalah kenalkan diri dia. Mr. I: Hi, are you a staff here? Mak long: Yes. Mr. I: Where are you working? Mak long: At SOSC Mr. I: I used to go there but I didn't see you before. Mak long: I just tra

Beyond imagination

Dalam kesibukan dan keletihan minggu lepas, sempat juga mak long menonton citer Avatar kat Alamanda dengan kengkawan opis. Citer ni dah lama tayang, tp mak long baru ada kesempatan nak tengok. Masa awal-awal tgk citer tu, blurr sket sebab masuk lambat! Biasalah kan dh gi reramai ni...but ok la after that can slowly absorb the story's plot. Mak long ada baca review dari pelbagai pihak and mak long rasa statement ni mmg kena dengan perasaan mak long lepas tgk citer tu; "Avatar is the most beautiful film I've seen in years" - David Denby, The New Yorker Mak long rasa maybe korang semua dah tgk citer tu and of course ada pandangan masing2. Bagi mak long la, memang suka sangat citer ni. Not only because of the special effect or new generation technology yg digunakan tp the message yang nak disampaikan dan antara yang paling ketara sekali ialah 'cinta' dapat merubah segalanya hehe. I'm not so good in this 'love thing' so I cannot comment much here :P

First week of 2010

Minggu pertama tahun 2010 mak long penuh dengan training badminton. Dan, hari ini adalah kemuncaknya yang mana mak long mewakili univ dlm frenly game bersama TM Selangor. Walaupun dlm game petama mak long dan partner leading the game tp nasib tak menyebelahi kami apabila pasukan lawan hanya menang tipis kemudiannya. Time game kedua pulak, dah hancuss hehe. Pihak lawan dah start psycho dengan buat bunyi cam nak gertak orang. Diorang dah leading dari awal, so memang tak sempat nak kejar. Walaupun kalah, it's an exclusively new experience utk mak long. Pertama kali bergelar 'player badminton' untuk tournament. Banyak lagi kelemahan dan pengalaman yang perlu ditimba :)