Saturday, October 31, 2009

The Tale of Two 'Sitis'

Malam semalam saya sekali lagi diberi peluang bertemu dengan seorang bintang yang tersohor di persada seni negara. Siapa lagi kalau bukan Dato' Siti Nurhaliza yang menjadi tetamu VVIP untuk majlis makan malam amal di MMU. Tima kasih kak miza kerana selalu memberi kepercayaan kepada saya menjadi pengiring kepada tokoh-tokoh penting yang datang ke MMU dan saya rasa sangat bertuah. Ketibaan Dato' Siti yang anggun bergaun biru dan berselendang hitam diiringi oleh Dato K. Antara kenamaan lain sudah pastinya Tun Dr. Siti Hasmah dan Tun Dr. Mahathir.

Majlis ni sebenarnya adalah untuk mengutip dana bagi Yayasan Universiti Multimedia yang akan menjadi nadi bagi membantu para pejar MMU yang memerlukan bantuan. Selain persembahan daripada pelajar dan staff MMU, Dato' Siti tidak ketinggalan mendendangkan dua buah lagu. Kemuncak majlis ialah apabila kedua-dua pemilik nama 'Siti' itu berduet lagu kegemaran Tun Siti. Tajuknya 'Gubahanku'. Tapi memang terpancar kemesraan antara keduanya. Itulah rupanya yang dikatakan the tale of two sitis...hehe.
P/S: Photo from Haslizan Long

Sunday, October 25, 2009

Rindunya!

Kami berkenalan tak sampai pun seminggu. Tapi hati ini dah pun terpaut erat. Sob, sob, rindunya! Baru 8 jam berpisah, sedihnya tak terkata. Itulah dia, anak sedara mak long yang pertama - Nur Qaisara Farlisya Mohd Faiz. Mak long panggil Qaisara je, kadang-kadang nk cepat sikit panggil Sara. Tok Wan pulak kadang-kadang panggil 'Qarisya'. Isk, terus di'combine'nya. Tok lagi best, dipanggilnya Nur Kasih Qaisara. Adoi! Ini semua byk tgk TV3 la kot, hehe. Apa-apa pun mak long memang la sedih sangat terpaksa balik Cyber arini..huhu. Tak puas nak main2 dgn Qaisara lagi. Ni pun asyik dok tgk gambo Qaisara kat HP. Ada gambo tido, gambo tgh menguap, gambo buat mulut "OOooooo..."

Hari khamis lepas, Qaisara dah masuk usia 6 hari. Tali pusat dah tanggal dek terkena suar jean ayahnye. Kalau mengikut jangkaan mak bidan yang dtg mengurut ngah, maybe dalam hari ke 8 atau 9. Tapi mak long tau, Qaisara memang nak kami semua tgk imej baru Qaisara yang takde rambut kan? Sebab tu la tanggal awal hihi. Jadinya, hari Jumaat mak bidan datang cukur rambut Qaisara, sampai licin. So kami pun buat la pulut kuning dan lauk pauk lain. Kebetulan kawan-kawan Tok datang melawat, diorang pun lunch la kat sini. Kebetulan lagi, hari jumaat tu 23 Oct 2009, birthday Tok Wan yg ke-55. Alhamdulillah syukur.

Hari ni mak long kena balik Cyber dah sebab esok kerja. Mula-mula Qaisara tido jer. Tapi macam tahu2 je mak long dgn Pak Su Hakim nak tinggalkan Qiasara, Qaisara pun bangun. Good girl, tak nangis pun. Huhuh..Lebih kurang nak dkt kul 11, kami pun gerak. Bye Qaisara. Nanti raya aji kita jumpa lagi ok.

Saturday, October 17, 2009

Welcome new family member :)

Alhamdulillah segala puji-pujian hanyalah untukNYA. Penantian penuh tanda tanya kami sekeluarga berakhir apabilah kak ngah dah selamat bersalin. Saya dikejutkan oleh SMS dari Faiz pada pukul 1.50 pagi tadi. Masa tu barulah saya perasan Hakim dah call saya lebih kurang kul 1 am nak bagitahu yang kak ngah dah bersalin. Syukur ya Allah. Tak sabar sungguh rasanya nak berjumpa dengan budak kecik yang tak nak keluar dari perut mama dia tu hihi. It's girl. Cuma sempat menatap gambar kecil yang di MMS faiz tadi. Nama belum tahu lagi.

P/S: Terima kasih riena. Naluri keibuan dia cukup kuat. Kerisauan dia sama naik dgn saya. Thanks again. Terharu!

Thursday, October 15, 2009

Ujian adalah maghfirah

Kesian mama dan ayah. Bukan saja mereka, malah seluruh isi keluarga kami. Manakan tidak, di Penang, ngah belum lagi ada tanda-tanda nak bersalin walaupun dah overdue 10 hari. Di cyber pula, risaukan saya. Err..risaukan saya? Hmm..tak ada apa sangat, cuma saya sedang dalam sedikit proses penghijrahan. Alhamdulillah, ada tangan-tangan yang sudi menghulur pertolongan. Tidak kurang juga yang prihatin dan yang mengambil berat. Saya rasa sungguh bertuah!

Hari ini ngah dah dimasukkan ke wad. Tergenang air mata sejenak ketika dia menghantar mesej pesanan ringkas kepada saya pagi tadi. Ahh..ingin sahaja rasanya saya terbang pulang menemui dia. Ingin saja rasanya saya memeluk dan menggenggam erat tangannya. Menenangkan dia di saat-saat paling gentar dalam hidup seorang wanita, untuk kali yang pertamanya. Namun ada kekangan yang memang tidak dapat saya elakkan. Saya hanya mampu berdoa dari jauh. Ini ujian buat kami...

Saturday, October 10, 2009

..and

And the news spread like a bomb. Mixed of reactions received. Some just can't accept it. Some seems to understand as they've gone thru the 'dark side' too. I pray to Him so that he will grant my wish soonest!

P/S: Dear reader, sorry for leaving you clueless and blurr. I have to. Just pray anything good for me. Thank you!

Tuesday, October 6, 2009

A step taken

I've done something which I always want to do long time ago. Very long time ago. I leave my fate to the hand of God. I do not see anything that goes my way rite now. I'm ready to face all the consequences. Maybe good or maybe bad. Nothing can stop me anymore.