Tuesday, February 11, 2014

Good bye holidays

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum.

Belek-belek kalendar, ahh..dah takde any public holiday starting from February to April. Bulan March ada cuti sekolah, tapi tak berkaitan hehe. Rupanya sudah 2 minggu kami pulang ke Cyber setelah bercuti di Sungai Siput selama 5 hari. Puas la opah dan atok melayan karenah Rayyan kat sana. Sebelum balik ke Sungai Siput, bawak Rayyan ke klinik untuk suntikan 6 bulan. Curious jugak nak tahu dah berapa berat dia since dia dh start makan. Lepas timbang, baru tau berat dia dh jadi 7.9 kg, naik 0.5 dari bulan lepas. Okay la tu, Alhamdulillah.

Haa..actually Rayyan dah start makan masa umur dia 5 months pluss. Ngeee...mana taknya, bila tengok orang makan, dia pun macam terliur nak makan. Kesian betul. Lepas consult dengan mak tok dan ibu yang jaga Rayyan, kami semua pun sepakat la bagi Rayyan start makan eventhough tak cukup 6 bulan lagi. Since then, mak long pun rajin la menggoogle info-info tetang baby first solid foods, jadual pemakanan, resepi kat blog-blog mummy-mummy yang gigih preparing homemade food untuk anak-anak diorang. Actually benda ni terpulang la pada masing-masing. Bagi mak long ikut la kemampuan diri dan kondisi kita, jika mampu sediakan sendiri why not? Jika tak mampu dan tak berkelapangan, tak semestinya give-up and feeling like a hopeless mother. We can still give our baby to taste our 'air tangan' during weekend or holiday. Betul tak? Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Ibu mana yang tak nak the best untuk anak mereka kan? Penyediaan makanan adalah salah satu cara kita memberikan kasih sayang kepada anak kita. Selain pada tu, doa, selawat, perhatian, didikan ilmu agama pun tak kurang pentingnya.

Rayyan so far dah makan bubur nasik with carrot and brokoli plus ikan bilis. Tapi dia allergic kepada ikan bilis sebab the next day dia menggaru-garu dan kawasan sekitar mata pun merah. Masa kat penang mak tok dia buat bubur nasik with carrot and potatoes. Yang ni dia okay. Cerelac dan juga biskut Heinz pun mak long bagi. Just pelbagaikan hidangan untuk dia (mesti ramai ibu kata TAK BAGUS!). Cerelac tu kadang-kadang mak long ada campur dengan breast milk selain daripada dengan air suam. Apa-apa pun terpulanglah kan kepada mummy-mummy di luar sana :)

Haa..apa progress Rayyan bulan nih? Dia dh berdiri! Merangkak dan duduk dah pass dah. Jadi, makin mencabar la tugas mak long dan papa Rayyan nak mengawal anak teruna sorang nih. Port kegemaran dia nak berdiri ialah badan kita time kita baring. Second, apa lagi kalau bukan sofa. Yang ni paling saspen sebab dia rasa macam dia dah boleh handle diri dia, lepas dia berdiri pastu dia pusing belakang atau pun cuba nak ambil barang yang terjatuh dari sofa. Owh my dear darling, bagi la boleh berjalan dulu, baru la buat aksi-aksi itu ya heheh...

Mak long dan papa Rayyan pernah plan nak beli walker, tapi nampak gayanya memang dah tak payah. Jadi kami beli la kereta mainan 3 in 1 yang boleh berfungsi as stroller, walker dan juga kereta dia la bila dia boleh berjalan nanti. Warna merah ferrari you! Ponn...ponnn....papaku pulang dari kota, papa ku belikan kereta..(macam tak relevan jer sebab Rayyan ikut mama dan papa gi beli kat kedai aritu hihihi..) Tak plan nak beli lagi pun. Tapi bila kami letakkan dia kat atas kereta (display) kat kedai, dia bukan main suka lagi. Kebetulan offer, terus angkat sebijik. Tak perlu downpayment :P