Saturday, June 19, 2010

Musim kenduri kendara

Assalamualaikum...hello semua!

Mak long ngantuk ni, tapi saja la tetiba rasa nk update plak. Sekarang musim cuti sekolah, so byk la ye org naik pelamin. Tahniah kepada semua pengantin baru. Tatau bile plak giliran mak long nak sampai hehe. Arini mak long gi kenduri one of my best buddies masa kat FIT dulu iaitu Kak Ain kat Menara TM. Syukur Alhamdulillah akhirnya Kak Ain ketemu dengan jodohnya. Memang sama padan, cocok sekali. Kak Ain yang berbusana serba putih begitu anggun bagaikan seorang puteri. Tema hari tu pun macam ala-ala garden wedding juga dengan roses bouquets yang segar jadi hiasannya. Simple but nice. I like!

Sunday, June 6, 2010

We are the champion!

Setelah tiga hari berhempas pulas, akhirnya GLU sampai ke penutupnya. Sungguh tak disangka MMU sekali lagi menjadi juara keseluruhan, setelah kejayaan pertama pada tahun 2008. Tahniah kepada semua! Alhamdulillah, waktu opening ceremony dan closing ceremony, tugas mak long berjalan lancar. Mak long lega la kt situ.

Tentang game pulak, khususnya badminton, sememangnya tak sangka juga jadi juara sebab hari pertama perlawanan kami dikalahkan oleh Uniten. Mak long ngan cik Jah mmg bungkus je la mlm tu hehe, dikerjakan oleh akak2 Uniten. Hari kedua, setelah UTP secara mengejut mengalahkan Uniten, MMU mula mengatur strategi yang besar kemungkinan boleh merubah nasib kami pada hari itu. Ternyata percaturan yang dibuat tidak sia-sia. Mak long yang tak pernah2 main mix, tetiba digandingkan dgn Mr. Beh yang akhirnya menyumbang kpd kemenangan pasukan.

Actually mak long tak ler menyumbang sgt pon, Mr. Beh tu yang byk men-smash. Keje mak long, dok depan net and cuba matikan bola. Tapi ntah la, tak puas ati la sgt dgn performance mak long hehe. Cuma kekadang, bila bola yg tak disangka2 tu dpt mak long matikan, nk tergelak pun ade. Nak-nak pulak sokongan padu penonton yg mmg menaikkan semangat. Syukur Alhamdulillah. Dan akhirnya, tahun ni pasti meninggalkan seribu satu kenangan manis utk MMU. Dan yang paling penting misi president yang mahukan team badminton merebut kejuaraan akhirnya menjadi kenyataan. Congrats!



The Champion! Kontigen MMU



Sweet victory to G.S

Thursday, June 3, 2010

Pantasnya!

Assalamualaikum & hello semua!

Hampir sebulan, sekali lagi mak long membiarkan blog ni sunyi tanpa penghuni. Tapi sebenarnya hari-hari mak long melawat blog ni tau. Cuma tak tahu macam mana nak mulakan je. Terlalu banyak cerita cuma tak tertulis jer.Insya Allah, lepas ni mak long try update selalu ye. Lagi pun mak long dah ada new best fren skang. Kecil dan comel berwarna merah. Boleh la mak long update blog memalam. Tu pun kalau tak letih la kan hihi.

Minggu ni memang jadual pack betui. Tahun ni MMU akan menjadi tuan rumah utk acara Government Link Universities Games (GLU 2010). Mak long dan G.S memang awal-awal dah kena book jadi AJK. Mak long kena jaga bahagian protokol iaitu waktu opening dan closing ceremony. Hopefully semuanya berjalan lancar. Nampak mudah tapi kalau silap sket org akan ingat selamanya. Selain daripada tu, ada tugasan besar yang perlu digalas. Apa lagi kalau bukan badminton. Seram juga ni. Apa-apa pun, berjuang dulu sebelum menyerah. Esok malam MMU vs Uniten. Doakan kami ya!

Mak long & Ct Jah sewaktu Kejohanan TM Selangor 22 Mei lepas. Dapat no 3 hehe.