Saturday, November 20, 2010

Test Bed

Sudah tiga hari 10 zulhijjah meninggalkan kita. Alhamdulillah syukur, mak long sempat menyambutnya bersama keluarga tersayang di kampung halaman. Sehari selepas raya mak long bertolak semula ke cyber bersama hakim, adik mak long yang sorang ni. Dialah peneman yang setia setiap kali mak long memandu pulang ke kampung atau pulang ke cyber.

Nak dijadikan cerita, sewaktu memandu di lorong paling kanan masa nak balik cyber tu, entah macam mana seketul batu terpelanting dari arah sebelah (menghala ke utara). Ketenggggg! Terkena la kat windscreen keter mak long. Bayangkan lah tengah memotong masa tu, sah-sah la tengah laju. 'Allahuakbar', itu yang mampu terkeluar dari mulut mak long. Mujur lah tangan masih steady memegang stereng. Tidak lah besar mana batu tu agaknye sbb lubangnye pun tak besar. Betul2 depan mata mak long. Sedikit cacat tapi tak mengapalah, mak long pujuk hati ini. Innalillah...semua ini kehendakNya.

Keesokan harinya, sewaktu membelek update2 terkini di wall FB, ternyata mak long sangat bernasib baik. Kereta mak long baru sikit lubangnye, tp ada kereta kawan hampir remuk di depan akibat perlanggaran kerana kereta depan brek mengejut. Tempat yang dia lalu tu lah mak long lalu juga sewaktu perjalanan pulang ketika hujan renyai. Syukur ya Allah, rupanya ada orang yang lebih teruk ujiannya daripadaku.

Petang ini pula, mak long dikejutkan dengan berita pemergian sepupu kepada seorang sahabat mak long akibat kemalangan. Innalillah...Mak long doakan sahabat mak long dan ahli keluarga arwah redha dengan pemergiannya itu. Ini semua ujian Allah. Sedangkan ujian yang kecil pun kita akan dapat pahala kalau kita bersabar, inikan pula ujian sebesar ini. Mak long tahu perkara ini sangat sukar. Namun di sinilah letaknya kehebatan orang-orang beriman. Apabila mereka diuji, mereka redha dan yakin Allah pasti akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Mak long akhiri post ini dengan sepotong hadis:

"Tidaklah seorang muslim menderita kerana kesedihan, kedudukan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampuni dosa-dosanya" (Hadis Riwayat Bukhari)