Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

MJ...Childhood memories

Hampir terlupa mencoretkan sedikit kesayuan di atas pemergian mengejut raja pop - Michael Jackson pada 25 June 2009 yang lepas. Moga roh beliau tenang di sana. Lagenda yang tak mungkin saya lupakan, terima kasih kerana pernah mewarnai zaman kanak-kanak dan remaja saya dengan muzik-muzik yang hebat.

Berbolinggg..

Dah memang menjadi tradisi department saya utk menganjurkan pertandingan boling setiap tahun. Tak kiralah reti ke tak reti main, selalunya semua akan turun ke gelanggang untuk cuba merebut tahkta kejuaraan. Tahun lepas kami buat di Alamanda Putrajaya. Tapi tahun ni kami buat di The Mines, Seri Kembangan. Diorang ckp lane kat alamanda tak best. Saya tak tahu lah. Bagi saya sama saja. Siapalah saya utk berbicara tentang boling ni..ecewah. Acara yg sepatutnya berlangsung kol 8 lebih, akhirnya start pukul 9 mlm. Hah..pukul 12 ler jawabnye abih. Janji melayu :P Tu tak masuk sesi bagi hadiah, amik gambo dan makan. Kul 2 lebih pagi baru sampai rumah. Nasib baik esoknye sabtu. Tapi pertandingan boling kali ni mmg mencatat sejarah pada saya. Saya tak penah menang pertandingan boling selama ni. Betui! Tapi semalam group saya dapat 2nd runner up. Saya memang bernasib baik betui la kali. Actually grouping utk team boling ni base on undian. So kira nasib la. Team member saya - Abg Lan, berkelulusan

Sakit gigiiiiii!

Pagi Ahad lepas, tekak perit semacam time bangun tido. Argh..nak demam agaknya saya ni. Tapi org kata perasaan nak demam ni usah dilayan sangat. Saya pun buat tak tau jer lah. Siap sempat pegi KL pulak tu. Tapi lama kelamaan rasa sakit dalam telinga, gigi pulak terasa ngilu. Gusi membengkak. Jadi saya pun pegi la klinik biasa, just nak check la demam ke atau ape. Maklumlah dgn keadaan virus HINI yang sedang menular ni, risau juga. Lepas doktor check, katanya sakit gigi tu yang menyebabkan kerongkong saya sakit, bakteria dah pegi ke situ. Suara pun dah jadi garau. Dia pun suruh saya ke klinik gigi utk pemeriksaan lanjut. Saya mintak MC dia tak nak kasi la pulak. Dia kata minta dgn dr gigi..adess! Kunjungan ke klinik gigi di Bangi ternyata lebih buruk dari apa yang saya sangkakan. Ingatkan sakit biasa jer, rupanya dh teruk! Semuanya berpunca apabila tampalan pada gigi tu dah tanggal saya tak cepat2 pegi klinik. Kiranya bakteria dah menyerang. Ada dua option saja kata doktor, sama ada cab

Tronoh for the first time...

Pertama kali menjejak kaki ke UTP di Tronoh, jauh sekali dari sangkaan saya. Selama ini saya bayangkan kawasannya yang jauh ke dalam dipenuhi kawasan belantara yang hijau. Barangkali cuaca terik sepanjang perjalanan menyebabkan pemandangan di sekeliling kelihatan seperti sebuah pekan yang tandus dan gersang. Tapi, memang tidak dinafikan bangunan-bangunan di kawasan kampus kelihatan begitu gah, segah nama Petronas di mata dunia. Heh, lupa nak cerita tujuan asal ke UTP. Sebenarnya saya mengiringi pasukan MMU untuk kejohanan sukan - Government Linked University (GLU) dari 13-14 June 2009. Selain MMU dan UTP, Uniten juga turut menghantar pasukan. Sememangnya 3 university ni je la pun. Kalau menang dapat no 1, kalau kalah dapat no 3..ihiks. Perjalanan dari MMU memakan masa lebih kurang 4 jam. Dua buah bas dari MMU, saya rasakan kontigen MMU antara yang teramai. Semangat pasukan jelas terpancar bila mana kami semua memakai baju yang sama warna sepanjang berada di UTP. Tu yg best tu. Pihak la