Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Al-kisahnya Raya

Salam! Apa kabar semua? Dah abis raya ke belum ni? Hmm..raya saya di kampung dah abis. Tunggu nak sambung raya di KL pulak. Any open house invitation? Hehe...Boleh dikatakan raya tahun ni paling byk kami sekeluarga menziarah sedara-mara dan rakan taulan. Ok, sebelum sambung cerita raya, kita citer dulu pasal sebelum raya.
18 September 2009
Saya balik kampung ditemani ayah. Alhamdulillah jalan tak jem kecuali selepas keluar dari tol Juru. Lebih kurang satu jam jugak. Rupa-rupanya ada accident di area depan masjid Sbrg. Jaya. Hampir pukul 3 petang baru sampai di rumah. Petang tu saya cuma sempat buat biskut choclate chip. Lepas balik dari terawikh saya bertugas di bahagian membalut ketupat palas. Mama sibuk di dapur bakar kek gula hangus dan kek pelangi. Wow! Hehe..
19 September 2009

Sehari sebelum raya, lagi la sibuk di dapur membuat persiapan rendang dan serunding. Menu tetap, rendang daging dan serunding ikan bilis. Dulu masa arwah tok belah mama masih ada, dialah yang selalu buat serun…

Raya & Holiday Mood Symptoms

Telah kucuba, namun sungguh tidak berdaya membendung kemalasan tahap melampau nih. Mesti ramai dah balik kg. Kan best kalau buleh balik raya awal. Boleh tolong buat kuih raya. Boleh buat macam-macam lah kat rumah tu. Esok tinggal sehari je lagi. Tu pun tak tahu la macam mana nk tunggu dari pukul 8 pagi sampai 12.45 tgh hari. Saya amik half day esok. Tak nak la balik petang2. Entah pukul berapa nak sampai. Esok pun tak tahu la macam mana. Tawakkal aje lah. Harap dipermudahkan perjalanan.

Semalam ngah dgn faiz datang bukak puasa sama2 kat sini. Kali ni ubah mood sket. Lepas gi pasar Ramadhan Putrajaya kitorang pun balik ke opis saya dan bukak puasa di sini. Ni kira post-birthday celebration jugak la ye..hehe. Hadiah kena tunggu bulan depan. Insya Allah...

Happy Birthday Sis

Happy birthday sis! You'll always be my greatest sis forever :)

Yang tinggal...

Lebih kurang seminggu lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Namun, tolak tambah bahagi darab, entah tinggal byk mana la agaknya pahala yg kita ada (esp saya). Uhuk :( Entah la ye, mungkin perubahan usia membuatkan perasaan nak beraya tu takde la membuak-buak sangat. Jangan ditanya tentang persiapan, memang tak dok. Sejak 2 thn kebelakangan ni, balik raya mesti lambat. Kesian mama dan ayah. Pastinya mama sibuk di dapur keseorangan. Ayah pulak sure tgh sibuk kemas2 umah.Tambahan pula tahun ni kami beraya 4 orang jer. Ya..semuanya berlalu begitu pantas. Masa yang lalu itu hanyalah kenangan...Waa..panjang mukadimah hehe (P/S: Ngah, jgn sedih plak baca posting ni :P)
Minggu ni dua hari saya takde kat opis. Selasa di Melaka. Rabu di Bangi, ada workshop. Khamis pulak ke Putrajaya, meeting sampai separuh hari. Namun, sempat juga menghadirkan diri ke beberapa majlis berbuka puasa anjuran opis dgn anjuran surau. Meriah juga. Tapi rasa macam penat lah. Maybe tak cukup rest. Leganya esok cuti.…

15 Ramadhan wif surprise

Tak sangka dah 15 Ramadhan dah. Cepatnya! Lepas sahur pagi tadi tido balik. Bestnya, cuti-cuti macam ni la nak qada' tido :P. Tapi......haih, sedang nyeyak dibuai mimpi berdering-dering telefon menjerit. Sapa la pulak. Nombor pejabat. Bukan dari opis saya. Ntahlah sapa. Antara sedar dan tak sedar saya tertido balik. Tak lama lepas tu, ayah pula telefon. Ada berita kurang menyenangkan yang memerlukan penjelasan. Dugaan...

Terjumpa si dia...

Ingat tak saya ada citer yang saya gi tgk debate competition kat IMU last month? Ala..yang saya cakap salah seorang debater tu muka mcm MJ masa muda2 tu. Ish tak ingat takpa la. Gi check balik :P. Sejak2 tu, saya dah tak pernah nampak dah dia kat kampus. Tetiba semalam ternampak dia kat kedai photostat. Tapi saya nampak dari jauh, tak sempat nak panggil "MJ!" Agak-agak kalau panggil dia sahut tak ekk. Hmm..tgh hari tadi, tetiba...tetiba..jeng jeng mcm tahu2 la pulak, dia muncul kat depan opis saya. Dup dap dup dap...jantung saya seakan berdegup. Sy dengar dia tanya dkt kaunter, bilik kaunseling kat mana. Rupanya dia nk jumpa kaunselor. "Isk, kenapa MJ?", ujar saya dalam hati. Sebaik dia melintasi saya, saya pun terus menyapa dia "Hey, you're the debater right?" Dia macam tergamam. Sure dia pelik, apehal makcik ni tetiba tegur dia. Saya pun sambung la lagi "I met you at the IMU last time". Riak muka dia pun macam sedang me-recall balik event …