Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

On the mic..

Hello all! It's been a while, rasanya mcm dh lama tak update blog. Hari ini, walaupun hari sabtu saya kena bangun awal. Berdebar-debar. Dah lama saya tinggalkan bidang pengacaraan majlis ni. Dulu masa zaman2 study selalulah juga dapat jemputan. Biasanya untuk acara rasmi. Minggu lepas En. Taqis minta saya jadi emcee untuk acara badminton dgn KLRC gantikan Abg Is. Tapi tak nak buat formal sgt. Hmm...saya setuju jer walaupun saya sendiri tak pasti mcm mane ye nk jadi emcee yg tak formal hihi.

Hari yang dinantikan pun tiba. Agak lega juga bila sehari sebelum acara tu kami diberitahu Tun Chancellor tak dapat datang. 8.30 pagi saya dah terpacak kat dlm dewan. Nak berlatih rasa macam poyo pulak hihi. Tawakkal saja lah. Bila Presiden datang saya pun mule menjalankan tugas. Alhamdulillah, nothing went wrong, flew smoothly throught the event.

P/S: Suka time senam robik! Hehe..Photos by 4ku.

Safely arrived...

Alhamdulillah, saya selamat pulang dari kampung halaman hari Ahad lepas. Awal-awal dah cakap kat boss nak cuti pd 15 May 2009. Lega, nasib baik dia bagi. Seronok balik kg, macam biasa lah bila dah berkumpul ramai2. Semua balik. Paling best, dapat hadiah birthday pulak tu. Hehe. Tima kasih ye Ngah & Faiz. Tak lupa jugak utk Hakim. Utk mama dan ayah, thanks for the card. Memang tak pernah miss hantar kad kat saya setiap tahun. Alhamdulillah, I'm so blessed to have all of you around me. Memang tak terbalas rasanya...

Kenapekah..

Sungguh malas rasanya. Hari-hari saya balik rumah sambil membimbit file putih opis saya. Modus operandinya ialah balik umah nak abiskan kerja. Tapi bila balik umah bukak facebook, update blog, baca blog orang dan mcm2 ler. Last2 mengantuk. Tido. Setiap hari macam tu lah. Pendek kata esok tak payah la bawak balik lagi file tu. Dah lunyai dibuatnya. Adoii..
Hurm..hari ni saya sedih. Nak menangis pun ada. Pagi tadi parking kereta bawah pokok. Habis getah-getah pokok tu jatuh atas kereta. Balik rumah saya pun amik tisu, basahkan dan lap. Baik punya tenyeh..sedar2 dah bercalar! Calar2 kecil..huuuuuuuuuuu..kenapekah?

May...

Bila bulan May datang, saya sangat happy. Tapi saya takut juga. Saya happy sebab birthday saya bulan May :). Kebetulan jatuh pada Hari Ibu. Kiranya celebrate 2 + 1 la. Takut pula sebab umur dah meningkat seangka lagi. Hmm..tinggalkan dulu kerisauan itu. Citer pasal birthday ni, saya dan 3 orang lagi opismate yang lahir di bulan May pun ada la anjurkan sedikit jamuan kesyukuran pada hari rabu lepas. Kiranya saya sambut birthday in advance la. Patutnya Ahad ni 10 May, insya Allah kalau panjang umur.
Terima kasih pada yang doakan kami. Yang tak tahan tu, ada yg wish supaya mudah-mudahan dapat beli kereta lagi besar. Isk isk..tapi saya aminkan jer. Mana tau satu hari nanti jadi kenyataan. So, ni ler gambar kami berempat meniup lilin kat bilik meeting...hehe.

Dari kanan: Kak Ct (2 May), Faizal (5 May), Hamdan (7 May) dan yg last sekali you know who :P (10 May)