Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Warded at Putrajaya Hospital!

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni hari terakhir mak long MC. Genap 7 hari. Masih segar diingatan, seminggu yang lalu di keheningan subuh, mak long dan hubby bergegas ke bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Pagi itu mak long terasa sakit belakang yang teramat seperti mencucuk-cucuk. Perut juga mengeras dan ngilu. Ditambah juga dengan rasa nak meneran, macam orang nk buang air besar. Apakah? Sudah sampai masa kah? Selesai mandi dan solat subuh kesakitan masih tak reda walaupun cuba berbaring, berjalan dan macam-macam la. Hubby mak long terus call mama mak long dan mama lantas menyuruh kami terus ke hospital. 
Sesampai di bahagian kecemasan, mak long pun cakap la mak long sakit sangat dan sekarang (pada masa tu) dah week 34. Panik pulak tetiba receptionist di kaunter tu (takut mak long terbersalin situ gamaknya) dia terus panggil nurse. Nurse tu pun nampak panik dan minta kami terus ke wad bersalin. Ya Allah..yang mak long ni lagi le panik. Takkan dah sampai masa kot? Dalam sakit-saki…