Friday, December 30, 2011

The Learning Curve - Bye 2011!

Liku-liku kisah 2011 sudah hampir ke penghujungnya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua insan istimewa yang berada di sisi mak long selama ini. Seperti tahun-tahun yang lalu, mak long akan baca balik semua posting yang mak long tulis dan tahun 2011 adalah tahun yang paling sikit mak long update blog hihihi.

Walaupun begitu, 2011 sebenarnya sarat dengan perjalanan yang mak long tidak pernah sangka :) Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. PerancanganNya adalah yang terbaik. Tahun 2011 memberi ruang kepada mak long melalui 'fasa pertama' dalam detik hidup seorang wanita...cewah..Errr...nanti la mak long story mory..belum sampai masanye lagi hihihi....

Tahun 2011 juga mengajar mak long supaya lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk terutamanya dalam soal kepercayaan. Watak manusia berbeza-beza dan adakalanya sangat sukar difahami. Ada sedikit kesal dalam soal ini tapi sabar dan redha menjadi penawar hati.

Apa-apa pun, 2012 akan menyusul tiba dalam masa beberapa jam lagi. Mak long doakan semoga kita semua diberi kebaikan oleh Allah pada tahun-tahun yang mendatang ini. Maafkan segala salah silap mak long. Moga ketemu lagi..selamat tinggal 2011!