Wednesday, April 23, 2014

Homemade Recipe for 8 Month's Rayyan

Assalamualaikum w.b.t,

Huii lama nyer tak update blog. Hari ini mak long nak share resepi homemade untuk litle Rayyan yang dah 8 bulan 24 hari hehe. Hari tu update dia ada sebatang gigi, now dah ada 2 gigi di bawah dan 1 di atas, tengah nak tumbuh. Okay resepi ni sesuai untuk baby berusia 7 bulan ke atas. This is where mak long start to introduce Rayyan to cheese and butter. 

Bubur Nasi with Cheese


Bahan-bahan:
 1/4 cawan beras
5-6 ketul stok ayam yang telah difrozen/isi ayam yang segar
1 slices cheese
2 batang celery
1 biji tomato

Semua bahan direbus, akhir sekali bila beras dah kembang and jadi bubur, baru masukkan cheese dan sayur-sayuran. Kemudian, blend halus. Boleh tahan sedap jugak la menu nih sebab dia ada mix of flavors of masam from tomato, masin from cheese. 

Yang dalam kiub-kiub tu sayur-sayuran optional la kalau takde celery. Tapi celery memang menaikkan aroma yang sedap untuk hidangan nih. Boleh makan untuk lunch dan dinner.

Resepi kedua pulak mak long introduce daging untuk Rayyan. Tapi takde la dalam gambar nih hehe. Ahaks..dah ada gambar..

Bubur daging with butter  



Bahan-bahan:
3 sudu makan cawan beras
5-6 ekor ikan bilis
5-6  slices daging
Unsalted butter untuk menumis (maacam dalam gambar tuh)
2-3 ulas bawang putih
2 batang celery
4-5 biji baby carrot
Seketul kentang 

Tumis bawang putih dan ikan bilis dengan unsalted butter. Agak2 dah wangi baru masukkan air dan beras. Mak long suka letak batang celery yang besar-besar sekali siap2 masa merebus daging ni. Bila ada kentang, mak long akan kurangkan beras kerana kentang dan beras dua-dua adalah sumber kabohidrat. So baru la balance kan. Bila nak dekat masak baru masukkan sayur-sayuran. Akhir sekali blend. Rasanya, sangatlah sodap..memang licin Rayyan makan...hehehe..

Okay, selamat mencuba..tapi bila baby dah 7 bulan ke atas lah yer...:)