Assalamualaikum w.b.t Hampir seminggu mak long batuk dan selesema. Masih lagi. Bermula dari Rayyan yang selesema kemudian jangkit kt papa dia. Last sekali baru mak long, dan yang pastinya yang paling lama la nak baik hehe. Kira dah sehabis bertahan la tu kan antibodi, akhirnya orang terakhir yang kena. Since dari Jumaat lepas, Rayyan demam on and off. Bulan ini Rayyan dah cukup 1 tahun 6 bulan. Mak long dan papa Rayyan dah plan nak bawak dia cucuk la dan sambung dengan cuti Thaipusam (wow 4 hari cuti straight). Keadaan Rayyan yang kejap demam, kejap okay memang sukar diramalkan samada plan tu akan berjalan lancar ke tidak. Masa kami gi klinik Marissa kat Dengkil, Doctor pun nasihatkan tangguhkan dulu kalau dia demam kerana dikhuatiri demam dia akan berlarutan. Mak long tanya gak la kt Doc if Klinik Marissa ada buat suntikan tu? Doc kata, suntikan tu hanya boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan dan yang sewaktu dengannya. Antara yang beliau cadangkan Hospital Az...