Seronoknya dapat berbuka with mama & ayah last weekend. Memang balik semata-mata untuk berbuka puasa with them because tahun ni, tidak seperti tahun2 lepas. Tahun ni we will go back a day before raya, petang baru dapat bertolak karena mek ngah masih lagi bertugas. Tak dapat dibayangkan jem yang bakal ditempuh. Harap-harap semuanya smooth la. Insya Allah...
Bertolak balik aritu Jumaat malam dgn mek ngah, sampai di Jeti pagi Sabtu. Isk laju bas ni, 3 jam 44 minit udah sampai. Sedar-sedar dh sampai kat tol Juru. So, sempat la bersahur dekat kedai mamak Subaidah on the way pulang ke rumah. Tapi, tak selera la plak pekena mamak di pagi2 hari hehe...
Sabtu, sedap-sedap membuta, mek ngah dh kejutkan..mama panggil suruh kemaskan barang-barang..mengantuk tu memang la mengantuk tapi sian, nanti siapa lagi nak tolong. Anak dia yang rajin ni jugak lah..haha poyo. Just kidding! Biasalah, nak raya la katakan...Sambil mengemas, terjumpa sepucuk surat. Nampak macam kad raya. Tulisan bulat-bulat..ada yang small letter, ada yang capital letter. Setemnya pulak, dilukis sendiri. Limited edition agaknya. Hmm..nak tahu siapa pengirimnya..tungggu! Jeng jeng...
Selepas zohor, we all went to a few places kat Perai, menyelesaikan urusan2 rasmi dan tidak rasmi. Kemudian, langsung ke Juru (name of a place). Pelik juga, kat mana la mama nak ajak ni, rupanya nak beli gulai ikan sembilang made in Juru for juadah berbuka puasa. Mak aih..worth to try. Sedap sungguh! Kat situ ada banyak jugak la lauk pauk, mostly seafood la kan coz Juru ni dekat2 dgn laut. Huhu kan best kalau hari2 ada various of choices like this.
Ahad, pukul 11.30 am bertolak pulang ke KL. Bye mama & ayah.....
Comments