Dek kerana tak tahan dengan kondisi diri yang asyik pening, mual-mual, meloya dan terasa ingin pitam, saya telah mengambil keputusan untuk ke klinik Marissa di Dengkil pada hari Sabtu lepas (13 Dec 2008). Saya nekad untuk pulang awal dari Perdana Leadership Foundation, tak kisah ler, boss nak marah pun marah la, saya dah tak tahan! Doktor mengesahkan yang saya mengalami tekanan darah rendah dan gastrik. Aii, dah lama tak kena gastrik, hampir 10 tahun tetiba kena pulak. Paras darah pun lebih-lebih kurang jer. Doktor syorkan saya mengambil makanan spt hati untuk tambah darah. Saya akui sejak balik dari raya haji lepas, makan dan rehat saya memang tidak teratur. Agak sibuk dengan tugasan dan event yang bertimpa-timpa. Sebab tu lah sejak 5 hari lepas, saya makan apa pun semuanya keluar balik. Perut rasa bergelora jer, lantas kepala terasa sakit teramat. Hingga hari ini tahap kesihatan saya masih belum pulih, 50-50 la org kata. Kejap ok, kejap2 tak ok. Pernah satu malam tu, saya patutnya me...
Comments