Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Weekend @ hometown

Sebelum saya teruskan dengan coretan pada kali ini, ingin saya ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yg ke-52 tahun untuk negara kita. Syukur, kita masih lagi ada negara berbanding dengan saudara2 kita di Palestine atau negara-negara bergolak yang lain. Bergaduh macam mana pun atau tak sebulu macam mana pun kita masih boleh jalankan kehidupan dgn aman tanpa ada rasa ketakutan. Itulah Malaysia, bumi bertuah. Harapnya janganlah ada pihak2 yang cuba nak memporak-peranda atau nak buat kacau bilau di tanah tempat tumpah darah kita ni. Kalau dah tak selamat, kat mana lagi kita nak tinggal? Oleh itu, bersyukurlah... Cuti merdeka tahun ni saya mengambil kesempatan untuk balik kampung untuk berbuka puasa dengan family. Macam biasalah, tahun ni saya akan pulang sehari dua sebelum raya. Jadi, di kesempatan yg ada ni eloklah balik. Kali ni kami pulang bertiga - saya, ngah dan faiz. Hakim tak balik sebab dia nak exam. Kami bertolak tgh hari Jumaat lepas, 28 Aug 2009. Esoknya program pertama gi la facia...

Yang ke-4

Dah masuk hari keempat pun kita berpuasa. Uhuk, baru sempat nak posting. Selamat berpuasa ye kepada semua. Haa..saya hari pertama puasa dh tak melekat kat umah. Pepagi dah kuar ke Shah Alam (tak la pagi sangat, tp disebabkan hujan nampak mcm awal pagi hihi) untuk menziarahi Puan Nini yang baru 20 ++ hari bergelar ibu kepada Muhamad Alif Rizqi (hope I've spelled it right yea Nini). Lebih kurang 15 minit kemudian, Famila pun sampai. Alif yang mula-mulanya tido, terjaga dek keriuhan suara auntie2 yang dh lama tak jumpa. Hampir 2 jam kami di sana, (latest strory update plus house tour) kami pun mintak la diri dulu dgn tuan rumah. Yang berkeluarga for sure lah sibuk nak pk nk masak apa kat hubby. Yang bujang ni pasar ramadhan jer hihi. Alang-alang rumah nini memang dekat dgn umah tok, saya pun singgah la sekejap menziarah tok. Tak tau apa nak beli, last-last teringat iklan kurma Sun Sweet kt tv. Apa lagi, singgah ler jap mini market dekat2 situ hehe. Kalau dalam subjek marketing ni, kir...

Another working weekend

Goosshh...the title has clearly explained what I'm going to write here. Ya, semalam still had to work. Attended a debate competition at International Medical College (IMU), organized by the Sekretariat HEP-IPTS. But it's worth. MMU had beat another 12 universities/colleges. Out of 14 participants, MMU Melaka became the champion and MMU Cyber was the first runner up in the competition. Tak sia sia la datang hihi. And the best debater went to MMU Cyber's debater. Couldn't clearly identified his name, but he had caught my attention from the beginning of the the event :D Entah la kenapa, he's just like MJ, young MJ back in 70's/80's. It's not that I missed MJ or what, but I'm not alone. The moment I told Kak Su, my colleague about this boy, she said she was about to tell me the same thing. Isk isk..Dengan gaya bersahaja ketika berdebat, he deserved the reward.

Convo Seasons

Fuh minggu ni bekerja straight 7 hari tanpa henti. Al-maklumlah bulan 8 ni, byk lah univ yang tgh convo, tak terkecuali lah MMU. Convo start dari 8-10th Aug 2009 + 11 Aug 2009 untuk our new little brother - Multimedia College yg akan berconvo di MMU juga. Tapi hanya yang terlibat jer kena kerja. Semalam sesi pertama dah setel. So, tudung Ariani telah pun digayakan hehe. Oh ya, tak lupa ucapan tahniah buat beberapa sahabat MBA yang naik pentas semalam - Alwyn, Najwa dan Kak Suraya. Tak sempat lah nak jumpa lepas tu sebab kena stayback di dewan. Also for Kak Miza, congratulations on your MIT. Tadi, hari kedua berlangsung dgn pantas. Kul 11.30 dah setel. Esok sehari lagi. Tak sabar nak habis...

Heating up!

Aduih, rasa buleh jadi cepat tua la kalau macam ni hari-hari. Temperature asyik naik jer. Ade ke patut pak iran sorang ni ditengking-tengkingnya saya hanya kerana tak dapat nak tolong dia booking room online. Silap orang la nak tengking2. Entah dari mana datang, nak lepas geram kat kita pulak. Dah memang procedure kalau nak booking online mesti 3 hari sebelum, dok buat tak faham jugak. Ingat ni kat negara dia ke main paksa-paksa orang. Saya yang tak tahu hujung pangkal plak jadi mangsa. Saya apa lagi, basuh la dia balik. Walaupun bab2 booking room ni mmg totally out of my job scope, dh cukup baik la saya tlg tepon unit yang berkaitan utk wat semakan. Si pak iran ni dok pong pang pong cakap saya tak nak tolong. Siap ungkit gaji yg saya dapat ni pun dari duit dia dan dia ni PHD student. Hey, come on la. Ingat dia sorang jer PHD, saya pun PHD gak (Professional Highly Demanded..ecewah:P) Rasanya jiwa saya mmg tak leh terima aaa feel2 macam nih. Bikin panassss jer.Tak sesuai agaknya saya ni...

Ariani..feel the difference

Dulu saya memang takut-takut nak cuba tudung trend sekarang ni, yang jenis terus sarung jer tu (ala-ala tudung Ekin). Rasa macam makcik pulak, kekadang rasa macam indon pun ada. Last time saya pernah beli satu, tapi memang jarang sekali pakai. Rasa tak best. Sehinggalah saya balik Penang bebaru ni, saya terjumpa satu tudung jenis ni. Dengan harga hanya RM15 saya memang puas hati. Cari kat area2 KL ni tak pernah jumpa. Last-last saya pun pergilah ke Ariani di Bandar Baru Bangi dgn Kak Ngah last few weeks. Kedainya baru lah juga bukak thn ni kat area tu. Survey2 harga dulu. Hmm..boleh tahanlah jugak. Macam tak masuk akal pun ada. Ada sesetengah tu lebih mahal dari sepasang baju kurung! So kiranya pegi cuci mata je lah masa tu. Al- maklumlah hujung2 bulan. Tapi try la jugak. Memang betul, terasa perbezaannya. Memang best. Sesuai dgn bentuk muka, malah ada saiz pulak tu. So tadi pegi la lagi. Tapi kali ni mesti beli walau camner pun :) Nak matchkan dengan beberapa baju yang belum ada tudun...