Sebelum saya teruskan dengan coretan pada kali ini, ingin saya ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yg ke-52 tahun untuk negara kita. Syukur, kita masih lagi ada negara berbanding dengan saudara2 kita di Palestine atau negara-negara bergolak yang lain. Bergaduh macam mana pun atau tak sebulu macam mana pun kita masih boleh jalankan kehidupan dgn aman tanpa ada rasa ketakutan. Itulah Malaysia, bumi bertuah. Harapnya janganlah ada pihak2 yang cuba nak memporak-peranda atau nak buat kacau bilau di tanah tempat tumpah darah kita ni. Kalau dah tak selamat, kat mana lagi kita nak tinggal? Oleh itu, bersyukurlah...
Cuti merdeka tahun ni saya mengambil kesempatan untuk balik kampung untuk berbuka puasa dengan family. Macam biasalah, tahun ni saya akan pulang sehari dua sebelum raya. Jadi, di kesempatan yg ada ni eloklah balik. Kali ni kami pulang bertiga - saya, ngah dan faiz. Hakim tak balik sebab dia nak exam. Kami bertolak tgh hari Jumaat lepas, 28 Aug 2009.
Esoknya program pertama gi la facial dengan mama. Ayah ikut sekali. Tapi ayah tetiba demam panas sangat. Apalagi, kami pun bergegas la ke hospital. Sampai di hospital memang ramai lah orang. Tapi Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Kat hospital ayah dimasukkan ke wad pemerhatian. Masuk air dalam badan. Hampir 5 jam menunggu di sana. Lepastu dah boleh balik, syukur tak ada apa2. Menurut nurse kat sana, ni kira dah kurang la orang. Masa awal-awal H1N1 menyerang dulu, sampai ada yg bukak tikar kat kaki-kaki lima hospital tu. Sebenarnya, sejak2 H1N1 menyerang, ni la kali pertama saya pakai mask (teruk kan?). Tu pun sebab gi hospital, isk isk.
Hari Ahad, rehat dirumah jer. Cuma petang tu, gi la Juru utk beli gulai ikan sembilang (mana boleh miss!). On the way pulang, ayah rekemen beli sotong bokor kat Masjid Batu area2 Permatang Pauh. Yang bestnya kalau gi kedai makan kat kampung2 ni, tak payah pi pasar ramadhan pun takpa dah. Semua jenih lauk ada. Daripada ulam2 kampung sampai la ke nasik ulam termasuk ler kuih muih..memang pecah selera la bak kata orang...marvelles. Tapi, nampaknya setakat ini saja. Ahad malam dh pulang ke KL. Pecah rekod, pemanduan 3 jam 30 minit tanpa henti (Jgn tiru kalau ada bukan pemandu professional :P).
Note:
Photo taken from
Comments