Salam! Apa kabar semua? Dah abis raya ke belum ni? Hmm..raya saya di kampung dah abis. Tunggu nak sambung raya di KL pulak. Any open house invitation? Hehe...Boleh dikatakan raya tahun ni paling byk kami sekeluarga menziarah sedara-mara dan rakan taulan. Ok, sebelum sambung cerita raya, kita citer dulu pasal sebelum raya.
18 September 2009
19 September 2009
Sehari sebelum raya, lagi la sibuk di dapur membuat persiapan rendang dan serunding. Menu tetap, rendang daging dan serunding ikan bilis. Dulu masa arwah tok belah mama masih ada, dialah yang selalu buat serunding ikan bilis ni. Tapi, sekarang kenalah wat sendiri. Bila dah malam, isi kuih raya dalam balang dan final kemas2 rumah.
20 September 2009

21 September 2009
Hari raya kedua selalunya mama akan masak special sebab ramai sedara dan sahabat yang akan datang ke rumah. Tahun ni kami buat Nasik Daging. Nasik daging memang femes di utara sebab kelazatannya makan bersama 'Air Asam' dan Daging Masak Merah. Ada juga yang masak daging sekali dalam nasik. Ikut ler kreativiti memasing, yg penting sedap.
Antara tetamu kami pada tahun ni ialah seorang sahabat yg kempunan tak dapat datang last year, Encik Iskandar. Kak Fid berserta putra putri mereka - Imran dan Fatin pun ada (Jgn mare gurau ja :P) Last sekali diorang datang thn 2003/2004 , masa tu baru la sgt kawen. Sekarang dah bertambah anggota, alhamdulillah. Malam, kami ke Sg. Petani, melawat keluarga mak ngah.
22 September 2009
Raya ketiga, saya dah book siap2. Apalagi kalau bukan aktiviti berkonvoi ke umah kawan2 la pulak. Mana aci asyik layan tetamu ja :P Ada 2 open house, umah D di Tasek Gelugor dgn umah Boss di Kepala Bataih. Malam pulak ada kenduri anak sepupu ayah di Dewan Pak Lah kat Bagan. Murah rezeki betul arini.
23 September 2009
Arini buat apa ya? Tak ingat.
24 September 2009
25 September 2009
Bertolak ke KL lebih kurang pukul 11 lebih. Sekali lagi jem di tol Juru. Tolonglah ye, pihak berwajib. Sila buat sesuatu. Petang, kami semua berkumpul di umah Ngah. Bagaikan menyambut hari raya pertama sekali lagi hehe. Tido sana mlmnye.
26 September 2009
Hari ni pulak family Faiz datang beraya di sini. So kami lunch dengan laksa johor mak faiz yang marvelles. Huhuh..sedap! Ngah, lepas bersalin nanti ajor kami.
27 September 2009
Mama ayah balik Penang semula. Uhuk sedih :(
Begitulah kisah raya saya tahun ini. Agak berlainan, tapi masih meriah. Sorry la kalau posting kali ni byk gambo makanan. Tapi raya ni memang saya makan banyak pon hihi. Ok, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Comments
tp duit raye tetap mau calim yer :D
meh nak add akak kat fesbuk.