Kesian mama dan ayah. Bukan saja mereka, malah seluruh isi keluarga kami. Manakan tidak, di Penang, ngah belum lagi ada tanda-tanda nak bersalin walaupun dah overdue 10 hari. Di cyber pula, risaukan saya. Err..risaukan saya? Hmm..tak ada apa sangat, cuma saya sedang dalam sedikit proses penghijrahan. Alhamdulillah, ada tangan-tangan yang sudi menghulur pertolongan. Tidak kurang juga yang prihatin dan yang mengambil berat. Saya rasa sungguh bertuah!
Hari ini ngah dah dimasukkan ke wad. Tergenang air mata sejenak ketika dia menghantar mesej pesanan ringkas kepada saya pagi tadi. Ahh..ingin sahaja rasanya saya terbang pulang menemui dia. Ingin saja rasanya saya memeluk dan menggenggam erat tangannya. Menenangkan dia di saat-saat paling gentar dalam hidup seorang wanita, untuk kali yang pertamanya. Namun ada kekangan yang memang tidak dapat saya elakkan. Saya hanya mampu berdoa dari jauh. Ini ujian buat kami...
Comments