Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

2010 : New Episode

Bismillahirrahmanirrahim. Terlebih dahulu mak long nak ucapkan 'epi new year' kat semua, especially those yg selalu mengikuti blog mak long ni. Mak long tak nak tanyalah apa azam baru anda semua, dah common sangat dah soalan tu. Sendiri buat azam, sendiri mau ingatlah ye...hehe. Dah jadi kebiasaan, bila masuk tahun baru kita pun pasang azam baru. Paling tidak pun, mengimbas apa yang kita dah capai dalam tahun ni. Hampir 20 minit mak long baca posting2 mak long kat dlm blog ni di sepanjang tahun 2009. Seronok juga baca balik. Baru sedar mak long ni rajin juga yer membebel kat blog hihi. Kepada yang sudi membaca, it's my pleasure to share some of my stories here. And here are some 'hot picks' of the year Mak long akui perjalanan career mak long dalam tahun ni memang banyak likunya. Ada saat2 tertentu mak long hampir hanyut dalam tekanan. Bukan tak tahan pressure, tapi setiap manusia ada limit dan potensinya. Dalam liku-liku yang penuh rintangan tu, alhamdulil...

Balik kampung lagi!

Salam and hello all! Minggu lepas cuti krismas mak long balik kampung. Minggu sebelum tu, cuti awal muharam pun mak long balik kampung. Unbelievable, back to hometown twice a month, never did this before. Actually minggu lepas tu tak plan pun, tp ngah dok pujuk mak long sambil jadikan Qaisara sebagai umpan, mak long pun balik ler jugak hehe. Nothing much to tell, it's just that i'm so happy to be with them.

My First New Day

Haa..mak long dah start kerja department baru pagi ni. Terkial-kial gak la awal2 tu. Asyik bertanya jer. Sorry la ye hehe. Saya budak baru belajar. Hari pertama bekerja, dapat ujian pertama. Ade lah sorang mamat ni, not very sure la dari negara mana maybe belah2 Sudan ke Nigeria gitu lah. Dia ni memang dah 'target' dgn mak long sebelum mak long report duty kat department ni lagi dah. Dia penah nampak mak long sebelum ni kat situ. Kali pertama dia nampak tu dia cakap kat staff kat situ dia suka mak long. Adui poyo la pulak. So tadi bila dah start duty, haa apa lagi dia pun asyik datang la dok tanya single ke ntah apa2 lah. Since mak long dah tahu motif dia, mak long cakap mak long dah kawen. Dia tak percaya dan dia tanya umur berapa. Mak long cakap la dh 30. Dia terkejut. Ingat hati nak jer tunjuk gambar Qaisara, konon2 dah ada anak tapi tak terbuat plak hihi. Pastu mak long buat2 la sibuk. Entah bila dia blah mak long tak tau. Haih...tu baru first day :P

Akibat gelakkan orang

Pagi tadi ada kawan mak long bagitau dia nak ke pos opis utk renew lesen keter. Dia kata baru dia sedar lesen dia dah mati. Dgn gaya dia yang cuak2 tu mak long tgk kelakar pulak. Mmg tergelakkan lah kat dia. Tetiba mak long sendiri pulak rasa cuak. Rupanya lesen mak long lagi la lama tak renew - dari 11 September lepas! Lagi teruk! Dalam tempoh tu merata2 mak long pegi. Bukan dekat2. Siap balik kampung semua cukup. Lepas dia balik, mak long citer kat dia. Padan muka, kena ketawakan balik. Haih...

Monthly Sickness

Boleh dikatakan tiap2 bulan sakit kepala mesti menyerang. Kalau tak menyerang tu kira very lucky lah. Ni dah masuk dua hari. Paling lama pernah kena sebulan. Hari ni mak long tak tahan sangat, terus mak long ambil half day. Mana tak nya sampai meleleh air mata dibuatnya. Sekutu rapat sakit kepala ialah muntah dgn loya. Sabar je lah kan :( Mudah-mudahan segala sakit2 ni dapat menjadikan mak long orang yang lebih bersabar dan bersyukur. Sebelum balik tadi, mak long dapat berita minggu depan mak long akan mula tugasan di department baru. Alhamdulillah. Mak long sangkakan tahun depan, rupanya dh dicepatkan. Mak long nak ucapkan terima kasih banyak kepada department yang mak long bekerja sekarang kerana memberi peluang untuk mak long menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mak long, walaupun tak banyak. Suka duka...selamat tinggal opis mak long! Oh ya, sebelum tu. Tanggal 8 Dis 2009 mak long berkesempatan menghadiri majlis penganugerahan untuk staff yang cemerlang. Tahniah kepada yang dapat a...

Weekend's Story

Ha, baru hari ni mak long dapat updatekan citer weekend lepas kat blog. Semalam nak update, tapi takde feel lah! Hari jumaat lepas kan Qaisara datang ke KL. Tok kata Qaisara tak nangis langsung dlm kereta. Dok bersembang ada la. Suka travelling nampaknya. Sama juga masa bertolak ke Johor. Cuma masa berenti kat Pagoh je la Qaisara nangis, perut tak selesa agaknya lepas 'uk uk'. Tima kasih kat Auntie Jie sekeluarga melayan kami semua. Makan memang bestlah. Dari soto sampai la ke murtabak singapore, kacang pol (betui ke tidak eja nih), gear box dan lain2 mmg marveles. Tadi mak long timbang berat mak long dah jadi 54 kg hehe :P Biar lah kan, mak long tak suka diet. Selagi boleh makan, mak long makan. Tak takut gemuk sebab mak long tiap2 minggu mesti bersukan :) Hari ahad, selepas breakfast mak long, tok, tok wan dan paksu pun bertolak la pulang ke Cyber. Qaisara tertido la pulak. Tapi sebelum tido tu Qaisara rancak sembang dan senyum dgn kami semua. On the way balik, kami singgah k...

Big-Bigger

Start minggu depan mak long akan pindah master bedroom. Itupun setelah menunggu begitu lama, haii...manusia...manusia. Dari selasa lepas mak long mop bilik tu, lap semua perabot dan semalam mak long cuci bilik air. Kemudian pindahkan baju-baju mak long dlm almari. Eh, jap. Macam best je plak bahasakan diri dgn 'mak long' ni hehe. Lepas ni posting2 guna mak long jer lah :) Ok, skang tinggal nk pindahkan komputer dan tv serta rak je la. Itu kena mintak tlg ayah dgn hakim la nampaknya. Takat komputer buleh lagi nak angkat tapi tv ni berat gilos! Nak beli flat screen tak mampu hehe. Hari ni Qaisara, ngah, mama, ayah akan datang ke KL. Waa..jauh perjalanannya tu. Harap-harap Qaisara ok la ye. Nangis sikit2 je ok? :) Hari ni kami sekeluarga akan ke Johor. Qaisara nk bercuti kat umah nenek Jie pulak. Mudah-mudahan Allah pelihara kami semua dan selamat sampai ke destinasi.