Ha, baru hari ni mak long dapat updatekan citer weekend lepas kat blog. Semalam nak update, tapi takde feel lah! Hari jumaat lepas kan Qaisara datang ke KL. Tok kata Qaisara tak nangis langsung dlm kereta. Dok bersembang ada la. Suka travelling nampaknya. Sama juga masa bertolak ke Johor. Cuma masa berenti kat Pagoh je la Qaisara nangis, perut tak selesa agaknya lepas 'uk uk'. Tima kasih kat Auntie Jie sekeluarga melayan kami semua. Makan memang bestlah. Dari soto sampai la ke murtabak singapore, kacang pol (betui ke tidak eja nih), gear box dan lain2 mmg marveles. Tadi mak long timbang berat mak long dah jadi 54 kg hehe :P Biar lah kan, mak long tak suka diet. Selagi boleh makan, mak long makan. Tak takut gemuk sebab mak long tiap2 minggu mesti bersukan :)
Hari ahad, selepas breakfast mak long, tok, tok wan dan paksu pun bertolak la pulang ke Cyber. Qaisara tertido la pulak. Tapi sebelum tido tu Qaisara rancak sembang dan senyum dgn kami semua. On the way balik, kami singgah kat Nilai 3. Lepas rehat jap kat Cyber, hantar pak su pulang ke kampus. Tapi sebelum tu, masa on the way dari Johor, tok wan dapat berita yang bapak sedara mak long accident, kena langgar lari. Teruk, patah kaki dan retak leher. Mak long doakan cik olan sabar dan cepat sembuh. Huhu..sedihnya.
Comments