Skip to main content

Test Bed

Sudah tiga hari 10 zulhijjah meninggalkan kita. Alhamdulillah syukur, mak long sempat menyambutnya bersama keluarga tersayang di kampung halaman. Sehari selepas raya mak long bertolak semula ke cyber bersama hakim, adik mak long yang sorang ni. Dialah peneman yang setia setiap kali mak long memandu pulang ke kampung atau pulang ke cyber.

Nak dijadikan cerita, sewaktu memandu di lorong paling kanan masa nak balik cyber tu, entah macam mana seketul batu terpelanting dari arah sebelah (menghala ke utara). Ketenggggg! Terkena la kat windscreen keter mak long. Bayangkan lah tengah memotong masa tu, sah-sah la tengah laju. 'Allahuakbar', itu yang mampu terkeluar dari mulut mak long. Mujur lah tangan masih steady memegang stereng. Tidak lah besar mana batu tu agaknye sbb lubangnye pun tak besar. Betul2 depan mata mak long. Sedikit cacat tapi tak mengapalah, mak long pujuk hati ini. Innalillah...semua ini kehendakNya.

Keesokan harinya, sewaktu membelek update2 terkini di wall FB, ternyata mak long sangat bernasib baik. Kereta mak long baru sikit lubangnye, tp ada kereta kawan hampir remuk di depan akibat perlanggaran kerana kereta depan brek mengejut. Tempat yang dia lalu tu lah mak long lalu juga sewaktu perjalanan pulang ketika hujan renyai. Syukur ya Allah, rupanya ada orang yang lebih teruk ujiannya daripadaku.

Petang ini pula, mak long dikejutkan dengan berita pemergian sepupu kepada seorang sahabat mak long akibat kemalangan. Innalillah...Mak long doakan sahabat mak long dan ahli keluarga arwah redha dengan pemergiannya itu. Ini semua ujian Allah. Sedangkan ujian yang kecil pun kita akan dapat pahala kalau kita bersabar, inikan pula ujian sebesar ini. Mak long tahu perkara ini sangat sukar. Namun di sinilah letaknya kehebatan orang-orang beriman. Apabila mereka diuji, mereka redha dan yakin Allah pasti akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Mak long akhiri post ini dengan sepotong hadis:

"Tidaklah seorang muslim menderita kerana kesedihan, kedudukan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampuni dosa-dosanya" (Hadis Riwayat Bukhari)

Comments

Popular posts from this blog

Breaking Fast @ The Coast, Alamanda Putrajaya

I was so excited that Sunday evening. Maklum la, lama tak jumpa member2 MBA. Really miss all those good old days with you guys. Most of us already completed the course and struggling with our thesis project right now. Ada jugak yg dah siap .. huhu caya la! Actually gathering ni dah beberapa kali ditunda sebab ramai yg tak dapat dtg before. Finally, everyone agreed to meet on Sept, 30. Reached Alamanda earlier than anyone else, I guessed. Nobody was at the restaurant yet. Sementara nak tunggu semua org datang , pegi la check our reservation dgn waiter kat situ Hmm .. menarik jugak . Nice and strategic location. 15 minutes passed. Started to sms those who'd confirmed to come. Mane sumer org nih? At the end, there were only 5 of us. Me, Kak June, Kak Gee, Maz and wife - Madiha and their little cute baby boy. Huhu kinda of upset but it's ok . We enjoyed the little gathering. Thank you Maz for treating us all :)

Istimewanya Camellya Gold Beauty Care di mataku

Assalamualaikum w.b.t. Hari tu mak long dah share kan apakan intipati kandungan yang terdapat dalam Camellya Gold Beauty Care ni dan apa pula fungsi setiap bahan yang digunakan itu. Hari ni mak long nak cerita kebaikan dan kelebihan jika kita  menggunakan set ini secara konsisten dan berterusan. DEEP ACTION CLEANSER 6OMLS Keistimewaan: Melembutkan Menghaluskan dan melicinkan kulit muka Membantu menghilangkan jerawat dan kedutan kulit Kulit lebih berseri dan bermaya Wangian yang sangat segar dari extract rose oil Khasiat yang sangat berkualiti dari extract sireh  WHITENING & MOISTURIZING TONER Keistimewaan: Menutup liang-liang roma muka yg terbuka Menapis kotoran. Menjadikan tekstur kulit Licin Menghilangkan bekas jerawat dan sel-sel kulit muka yang telah mati Menyegarkan kulit muka Wangian lembut dari extract tea tree dan double apple stem cell DAY PERFECTION CREAM SPF 30 Keistimewaan : Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB. Me...

Women are stupid?

Woo woo..hold on girls. Don't get so emotional. It a question mark, not a statement. This topic actually came out of my head when I was watching Bulletin Utama while having my dinner this evening (Bad habit for those on diet: Eating while watching tv ). A girl, at K. Terengganu wanted to jump from a hotel roof after an argument with her boyfriend. This fellow scolded her for not telling him that she went back to her hometown ( Kes merajuk ler ni lepas kena marah ). Why arr...some women like to do stupid things like this. A 'self- destruction ' I would say. Why did she choose to kill herself instead of killing the guy that broke her heart? Kill him first la, then only kill your self (Ada berani ?). Huhuh ...I'm just kidding guys! Actually my point here is, why do you want to hurt your self. He won't lost anything. He could find another new girl friends. And you? Buried underground. I remember during my school time, my ustaz said, those who committed suicide ...