Skip to main content

Warded at Putrajaya Hospital!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni hari terakhir mak long MC. Genap 7 hari. Masih segar diingatan, seminggu yang lalu di keheningan subuh, mak long dan hubby bergegas ke bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Pagi itu mak long terasa sakit belakang yang teramat seperti mencucuk-cucuk. Perut juga mengeras dan ngilu. Ditambah juga dengan rasa nak meneran, macam orang nk buang air besar. Apakah? Sudah sampai masa kah? Selesai mandi dan solat subuh kesakitan masih tak reda walaupun cuba berbaring, berjalan dan macam-macam la. Hubby mak long terus call mama mak long dan mama lantas menyuruh kami terus ke hospital. 

Sesampai di bahagian kecemasan, mak long pun cakap la mak long sakit sangat dan sekarang (pada masa tu) dah week 34. Panik pulak tetiba receptionist di kaunter tu (takut mak long terbersalin situ gamaknya) dia terus panggil nurse. Nurse tu pun nampak panik dan minta kami terus ke wad bersalin. Ya Allah..yang mak long ni lagi le panik. Takkan dah sampai masa kot? Dalam sakit-sakit tu mak long dan hubby meredah kegelapan subuh itu dengan memanjat tangga yang agak tinggi untuk ke wad bersalin di bangunan sebelah sebabnya kalau nak ke kereta lagi ler jauh plak kena pusing.

Sampai kat situ, mak long dah tak boleh bercakap dek kerana menahan kesakitan, tapi kena jugak la hadap proses registration sumer tu. Mujur la mak long je yang datang pepagi buta gitu. Lepas semua maklumat diambil terus mak long di bawa ke dalam bilik pemeriksaan. Sempat lagi pulak kena timbang berat dan tekanan darah. Kemudian mak long pun mula dipasang dengan alat untuk mengesan degupan jantung baby dan juga contraction. Dalam pada itu macam-macam pemeriksaan la dilakukan..huhu ibu-ibu yang diambang bersalin pasti tahu. So tahan jer lah kan! Kemudian mak long di bawa pulak ke bilik sebelah utk pengambilan darah, then dimasukkan jarum kat tangan serta di scan. Ingatkan dah abis, rupanya ada lagi iaitu mak long diberi pula suntikan bagi mematangkan paru-paru bayi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya mak long ditakdirkan akan bersalin gak. Antara semua-semua tu, inilah kesakitan akibat dicucuk yang paling sakit sekali..uwaaa. Kemudian mak long pun di masukkan ke wad pemerhatian sambil ubat menahan contraction di masukkan melalui drip. Dan mak long mula lali...sekali sekali dikejutkan nurse yang datang untuk monitor. Sepanjang hari tu juga mak long muntah dek penangan ubat itu. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah, hubby mak long setia di sisi. Tu pun sekejap-sekejap la dia boleh masuk sebab hanya suami je dibenarkan masuk. 

Hampir jam 8.15 malam, sekali lagi mak long diberikan suntikan yang menyakitkan itu dan mak long dipindahkan ke wad biasa sebab contraction dah berenti. Syukur Alhamdulillah. Bukan masanya lagi baby...sabar ya sayang. Dan malam itu mak long bermalam di hospital, buat pertama kalinya dalam hidup mak long. Keesokan harinya, Alhamdulillah...sakit dah hilang cuma kadang-kadang je la datang. Family dari Ipoh datang melawat tapi mak long masih tak boleh keluar lagi sebab pihak hospital masih nak monitor lagi dalam masa 24 jam. Akhirnya pada 24 June 2013, setelah pemeriksaan akhir oleh pakar, mak long dah boleh keluar dan dapat berehat di rumah sehingga hari ini.

Terima kasih hubby...mak long memang nampak dia keletihan ke sana sini. Pengalaman pertama melalui detik-detik cemas untuk menjadi seorang ibu dan bapa :) Terima kasih juga kepada rakan-rakan ofis dan boss yang prihatin. Semoga selepas ini semuanya dipermudahkan. Untuk baby sayang...insya Allah, bila dah sampai masanya nanti kita jumpa ya. Sekarang dah week 36. Lebih kurang 3++ weeks je lagi sayang..Mama and papa love you so much!

Comments

Zai Zamree said…
Alhamdulillah....ayu xde pape...

kami pon hr tu dlm sejarah hidup masuk wad...tu pon sbb suspek kencing manis....adessss
Rahayu Niza said…
Alhamdulillah. Mmg ayu tak ready langsung kalau terbersalin masa tu hehe. Haa..time ngandung ni la mcm2 penyakit leh dpt. Nab jaga diri n baby kay..

Popular posts from this blog

Breaking Fast @ The Coast, Alamanda Putrajaya

I was so excited that Sunday evening. Maklum la, lama tak jumpa member2 MBA. Really miss all those good old days with you guys. Most of us already completed the course and struggling with our thesis project right now. Ada jugak yg dah siap .. huhu caya la! Actually gathering ni dah beberapa kali ditunda sebab ramai yg tak dapat dtg before. Finally, everyone agreed to meet on Sept, 30. Reached Alamanda earlier than anyone else, I guessed. Nobody was at the restaurant yet. Sementara nak tunggu semua org datang , pegi la check our reservation dgn waiter kat situ Hmm .. menarik jugak . Nice and strategic location. 15 minutes passed. Started to sms those who'd confirmed to come. Mane sumer org nih? At the end, there were only 5 of us. Me, Kak June, Kak Gee, Maz and wife - Madiha and their little cute baby boy. Huhu kinda of upset but it's ok . We enjoyed the little gathering. Thank you Maz for treating us all :)

The Mysterious Card's Sender...

Remember I did mention about ‘a card’ which I found at my hometown last 2 weekends? Heheh..taraaaa…..let’s look a little bit closer….It’s me! I sent the Raya Card to my mom and dad…probably I was in standard 1 at that time. I read the card with my mom and both of us couldn’t stop laughing…so cute..hehe. The 'ucapan' seemed so small. So I write it here..:) "Assalamualaikum mama dan ayah. Bila Hari Raya nanti buatlah kuih banyak-banyak. Boleh lah kita makan sama-sama. Mama cuti nanti Ayu nak tidur rumah tok OK! Ku himpun sepuluh jari meminta maaf kepada ayah dan ibu" Kat sampul surat siap ada pantun, aduih... "Isnin dahulu baru Selasa Senyum Dulu baru buka" P/S: Buat kuih banyak2 tu tak tahan! kah kah..happy nya jadi kanak-kanak...

Women are stupid?

Woo woo..hold on girls. Don't get so emotional. It a question mark, not a statement. This topic actually came out of my head when I was watching Bulletin Utama while having my dinner this evening (Bad habit for those on diet: Eating while watching tv ). A girl, at K. Terengganu wanted to jump from a hotel roof after an argument with her boyfriend. This fellow scolded her for not telling him that she went back to her hometown ( Kes merajuk ler ni lepas kena marah ). Why arr...some women like to do stupid things like this. A 'self- destruction ' I would say. Why did she choose to kill herself instead of killing the guy that broke her heart? Kill him first la, then only kill your self (Ada berani ?). Huhuh ...I'm just kidding guys! Actually my point here is, why do you want to hurt your self. He won't lost anything. He could find another new girl friends. And you? Buried underground. I remember during my school time, my ustaz said, those who committed suicide ...