Bismillahirrahmanirrahim. Sambungan long weekend pada minggu lepas. Sehari selepas cuti krismas, mak long masih bercuti. Tapi papa Rayyan still kena kerja. Jadi kami balik ke Ipoh pada keesokkan harinya, yakni pada hari Sabtu bersamaan 27 December 2014. Selain melawat bonda dan ayahanda mertua serta berkumpul adik beradik di Ipoh, kami juga turut memenuhi undangan walimah saudara sebelah hubby di Sungai Siput pada hari Ahadnya. Cuaca agak mendung sewaktu ketibaan kami ke rumah kenduri. Dari dalam kereta mak mertua dan pak mertua ada menyebut nama seseorang. Mak long pun pandang seimbas lalu, mungkin kenalan mereka. Masa dah keluar kereta, cuba diamati betul-betul siapakah hamba Allah ini waktu semua sedang bersalam-salaman. Macam kenal tapi tak mungkinlah. Sempat juga beliau bertanya samada mak long faham ke idak dialek yang mereka semua sedang perbualkan. Memang idok le faham, teman anak jati Penang heheh. Sewaktu di meja makan, mak long bertanya kat hubby, yan...