Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan long weekend pada minggu lepas.
Sehari selepas cuti krismas, mak long masih bercuti. Tapi papa Rayyan still kena kerja. Jadi kami balik ke Ipoh pada keesokkan harinya, yakni pada hari Sabtu bersamaan 27 December 2014. Selain melawat bonda dan ayahanda mertua serta berkumpul adik beradik di Ipoh, kami juga turut memenuhi undangan walimah saudara sebelah hubby di Sungai Siput pada hari Ahadnya.
Cuaca agak mendung sewaktu ketibaan kami ke rumah kenduri. Dari dalam kereta mak mertua dan pak mertua ada menyebut nama seseorang. Mak long pun pandang seimbas lalu, mungkin kenalan mereka. Masa dah keluar kereta, cuba diamati betul-betul siapakah hamba Allah ini waktu semua sedang bersalam-salaman. Macam kenal tapi tak mungkinlah. Sempat juga beliau bertanya samada mak long faham ke idak dialek yang mereka semua sedang perbualkan. Memang idok le faham, teman anak jati Penang heheh. Sewaktu di meja makan, mak long bertanya kat hubby, yang tadi tu Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, penulis blog Genta Rasa yang terkenal tuh? Hubby mak long pun kata memang dia la. Oh sangat kecik dunia ini. Bertahun-tahun mak long mengikuti blog beliau, mengutip mutiara-mutiara kata dari blog itu, siap letak pulak tagline "Cinta itu bererti memberi" di header blog ini. Pernah juga membeli beberapa buku karya beliau untuk pedoman diri. Hari itu baru dapat tahu beliau ada kaitan persaudaraan dengan tuan rumah kenduri. Patutlah mak mertua dan pak mertua pun kenal, ada la bau-bau bacang kot hihi. Alhamdulillah, semoga tulisan-tulisan beliau dirahmati dan diberi ganjaran yang tinggi dari Allah s.w.t.
Seronok juga pergi kenduri tu, ramai saudara mara yang balik, kebetulan mungkin cuti sekolah. Sempat juga lah wife kepada sepupu hubby mak long bertanya tentang shawl. Ahh...memang mak long tak bawak balik sebab tak sangka ada prospect buyer time-time kenduri cenggitu. Mungkin juga lepas beliau nampak sendiri mak long pakai warna creamy hari tu, lawo agaknyer..(kahkah!). Lepas balik dari kampung mak long follow-up dengan beliau. Bukan saja shawl malah jubah lace pun turut ditempahnya. Alhamdulillah. Mak long percaya, tahap kualiti yang mak long pentingkan pasti akan memberi kepuasan kepada ramai pelanggan. Doakan perniagaan kecil-kecilan mak long ini berjaya. Semoga mak long berjaya berkempen kepada diri sendiri (terutamanya) dan semua wanita muslimah untuk melabuhkan hijab. Amin~
Hai Sam's Family |
Comments