Agar-agar Laici |
Assalamualaikum.
Salam Maulidur Rasul.
Salam 2015.
Hehe..sejak akhir-akhir ni mak long asyik google tentang puding dan agar-agar. Rasanya dah lama betul tak buat all these type of pencuci mulut. Actually percubaan pertama mak long nak buat Agar-agar Oreo dan Coklat gagal sebab rasanya bahan tak tepat. So buat la dulu agar-agar laici yang simple. Jadi, tak sah kalau tak tulis resepi (penting untuk rujukan semula kekeke).
Bahan:
1 peket agar-agar tali
1 tin susu cair
1 tin laici (buah dan air laici diasingkan)
5-6 sudu besar gula
5 cawan air
Cara:
1. Masak agar-agar dengan air serta gula sehingga mendidih
2. Setelah agar-agar hancur dan nampak sedikit keping-kepingan, tapis dan masukkan semula dalam periuk tadi (kalau pakai agar-agar serbuk tak payah la tapis dh)
3. Perlahankan api dan masukkan susu cair
4. Setelah dikacau sebati, masukkan pula air laici
5. Akhir sekali masukkan buah laici, kacau dan tutup api. Buah laici tadi mak long potong sikit bagi kecik-kecik. Buah laici ni sekejap je masak dia sbb nak elakkan lebam. Nanti dah tak rasa pulak.
6. Tuangkan ke dalam bekas - mak long takde bekas yg lelawa :( Pakai apa yg ada jer la kan
7. Biarkan sehingga wap dan kepanasan berkurang, kemudian masukkan dalam peti ais untuk disejukkan sehingga keras.
Rasanya dalam masa 1 jam lebih dah keras pun agar-agar ni. Sangat cepat dan mudah. Hidangkan time tengah tengok tv ke..minum petang ke..memang marveless. Kat dalam peti ais sekarang ada puding cocktail pulak. Nanti dah amik gambo, mak long share resepi lagi ya.
Selamat mencuba.
Comments