Assalamualaikum warahmatullah. Apabila bertukar kepada sesuatu produk penjagaan kulit, pernah tak kulit anda tiba-tiba naik jerawat yang teruk malah lebih dahsat daripada sebelum ini? Oh ya, tapi kita check dulu, jika produk penjagaan kulit yang anda cuba itu hanya berasaskan dari bahan organik tanpa bahan kimia, itu adalah satu petanda yang sangat baik! Ini menandakan kulit anda sedang berfungsi dengan baik untuk menyingkirkan toksin dan kekotoran yang tersimpan di dalam kulit. Sebenarnya, setiap hari tubuh kita akan bekerja keras dalam menyingkirkan toksin (atau dengan nama lain kita panggil detox) samada melalui salur pernafasan, buah-pinggang, darah malah termasuk jugalah melalui kulit. Produk yang berasaskan bahan organik akan membantu mempercepatkan lagi proses pembuangan toksin dari kulit berlaku. Sekiranya, kandungan toksin dalam badan seseorang itu terlalu tinggi, lebih lama la proses "menyahtoksin" ini akan mengambil masa. 1. Bagaimana membezakan ini adalah...