Assalamualaikum warahmatullah.
Apabila bertukar kepada sesuatu produk penjagaan kulit, pernah tak kulit anda tiba-tiba naik jerawat yang teruk malah lebih dahsat daripada sebelum ini?
Oh ya, tapi kita check dulu, jika produk penjagaan kulit yang anda cuba itu hanya berasaskan dari bahan organik tanpa bahan kimia, itu adalah satu petanda yang sangat baik! Ini menandakan kulit anda sedang berfungsi dengan baik untuk menyingkirkan toksin dan kekotoran yang tersimpan di dalam kulit.
Sebenarnya, setiap hari tubuh kita akan bekerja keras dalam menyingkirkan toksin (atau dengan nama lain kita panggil detox) samada melalui salur pernafasan, buah-pinggang, darah malah termasuk jugalah melalui kulit. Produk yang berasaskan bahan organik akan membantu mempercepatkan lagi proses pembuangan toksin dari kulit berlaku. Sekiranya, kandungan toksin dalam badan seseorang itu terlalu tinggi, lebih lama la proses "menyahtoksin" ini akan mengambil masa.
1. Bagaimana membezakan ini adalah proses "detox" atau sesuatu yang memudaratkan?
Proses detox tidak akan mengambil masa yang lama untuk berakhir, selalunya bergantung kepada individu. Ada yang memakan masa hanya seminggu, ada yang 2-3 bulan barulah jerawat-jerawat yang tumbuh tadi benar-benar surut. Bermula dari saat itu, kulit akan jadi semakin cantik, bersih dan sihat. Bagi sesetengah orang pula, mereka hanya mengalami kegatalan sedikit pada kulit sewaktu proses ini berlaku namun ia hanya untuk tempoh sementara sahaja. Kuncinya adalah kesabaran dan konsisten mengamalkan penjagaan kulit anda.
2. Benarkah proses 'detox' boleh berlaku apabila kita bertukar ke skin care yang baru?
Ya, memang benar. Kulit kita akan bertindak balas apabila kita menggunakan skin cara yang lain daripada ia biasa terima. Jadi, besar kemungkinan ia akan menghasilkan jerawat dan selalunya akan berakhir dalam masa beberapa hari. Skin care yang berkonsep organik ini selalunya akan mengeluarkan semua kekotoran yang tertinggal setelah sekian lama di bawah lapisan kulit anda melalui pertumbuhan jerawat. Selalunya jerawat yang tumbuh itu agak "luar biasa" dari jerawat yang biasa tumbuh, dan itu adalah satu tanda yang baik untuk anda kerana kulit anda akan bertambah bersih setelah jerawat itu reda.
3. Berapa lama kulit akan serasi dengan produk skin care yang baru
Tempoh satu bulan pertama adalah tempoh tubuh menyingkirkan toksin yang kotor dari kulit kita. Bulan ke dua, kulit akan mula "menyerasikan diri" dengan skin care baru yang kita gunakan itu. Pada bulan ketiga, barulah anda akan nampak hasil yang "wow" dan anda akan berasa sangat-sangat selesa dengan skin care tersebut.
Paling penting, jangan cepat sangat rasa nak tukar produk apabila anda belum melalui lagi tempoh detoxification atau pun "healing crisis" ini. Jika anda kerap bertukar produk, memang susah untuk anda merasai manfaatnya terutama sekali produk yang berkonsep organik. Biasanya produk skin care organik akan mengambil sedikit masa untuk berkesan berbanding dengan produk yang tinggi bahan kimia. Kadangkala ia bergantung juga kepada tahap PH yang terkandung pada kulit seseorang. Jika anda berada di tahap PH yang natural, semakin mudah produk organik ini berkesan.
Memang benar, jika anda pakai produk yang tinggi kandungan bahan kimia anda tidak langsung akan mengalami kenaikan jerawat tapi anda perlu risau kerana....mungkin kulit anda sudah tidak dapat berfungsi dengan baik lagi kerana sel-sel kulit telak rosak dan menipis akibat dihakis oleh bahan kimia itu. Jerawat dan jeragat pun tak boleh nak naik sebab kulit anda memang dah rosak! Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dalam memilih produk kecantikan atau penjagaan kulit.
Sekian perkongsian dari saya. Semoga bermanfaat.

Comments
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)