Skip to main content

Posts

Ladies Day Out

Semalam mak long gi servis keter kat Damansara. Biasanya servis kt penang je dah alang-alang tempat servis dekat dgn rumah. Tapi kereta mak long dah rasa berat semacam dah. Memang kene servis siap-siap sblm balik raya haji ni. Lepas keter siap, mak long pun gi la OU dgn dua orang Q hehe...Qamarina and Qaisara. Qaisara dah setahun, dah boleh jalan. Dan yang paling mak long notice sekali, dia memang peramah! Haha..tak tau ikut perangai sape nih. Mama dia tak?:P Kalau kat tempat servis tu abis sumer orang ditegurnya. Lepastu kalau tgh jalan-jalan tu, dia nampak orang duduk2 pun dia leh benti nk tegur orang tu. Tegur in her own way la sambil lambai2. Seronok tgk perangai dia..tak sabar nak tunggu dia boleh bercakap pulak.

Cuti Kecemasan!

Mak long bercuti kecemasan arini sebab kurang sihat. Seharian berkurung di rumah. Daripada sekadar baring-baring kosong di atas katil, mak long ringan-ringankan diri untuk membuka buku yang mak long baru beli kat MPH minggu lepas. Sampai dah naik tepu kepala mak long membaca. Tapi seronok juga. Makin banyak membaca makin terasa banyak karat dan daki di hati ini :(. Banyak lagi nk go thru ni. Nanti dah abis baca mak long buat rumusah..cewah kalau rajin ler. Apa-apa pun, mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang diberi petunjuk. Amin.

Mak Long Azarenka in Action!

Hihi..semalam mak long main tenis dgn G.S. As usual mak long memang tak la pandai main, banyak yang tersasar tapi mak long memang jenis suke belajar benda-benda baru ni. Bak kata Kak Maz, mujur mak long ni nak jugak mender2 camni. Mak long kata, alahai..orang ingat mak long ni macam mana lah yer? Banyak andaian yang orang buat terhadap mak long. Terlalu baik, terlalu lembut, terlalu muda dan cantik (Huh statement camni pun ada. Ini bukan kes perasan tau, mmg ada yg kata)....berapa byk 'ter' daa...mudahnya manusia membuat andaian sebelum mereka benar-benar mengenali mak long. Anyway, it's their choice. Mak long tak dapat nak puaskan hati semua orang. Mak long tak rugi apa-apa hihi...Selagi kata-kata dan andaian itu yg baik-baik, mak long aminkan jer... Anyway, memang lots of fun la that morning. After going thru all the hard times, G.S is happier and merrier again. Wish this moment will last, but it's just so impossible. Hidup ini pasti diuji, baik dgn kesusahan, mahupun...

Happy Birthday Ayah & Qaisara...

Ayah dan Qaisara share the same month of birthday. Happy birthday to both of two important people in mak long's life. Qaisara's birthday falls on 17th of October and ayah on 23rd October. Mak long sentiasa doakan yang terbaik untuk ayah dan qaisara. Mak long loves both of you and everyone else in the family. Rasa nak balik kampung lah..tapi lambat lagi..kena tunggu raya haji hukhuk. Mak long dgn qaisara masa beraya kat Shah Alam, Syawal 1431

I'm sorry :(

Masya Allah..the longest ever..mak long has left this blog alone :( It's been four month! So sorry! Something happened in mak long's life which mak long could not say anything about it. There's a time where mak long felt so blessed and there's a time where mak long felt so confused and down. Afterall, it's a meaningful lesson which mak long learnt. But mak long will never give up the hope to Allah. He knows the best.

Musim kenduri kendara

Assalamualaikum...hello semua! Mak long ngantuk ni, tapi saja la tetiba rasa nk update plak. Sekarang musim cuti sekolah, so byk la ye org naik pelamin. Tahniah kepada semua pengantin baru. Tatau bile plak giliran mak long nak sampai hehe. Arini mak long gi kenduri one of my best buddies masa kat FIT dulu iaitu Kak Ain kat Menara TM. Syukur Alhamdulillah akhirnya Kak Ain ketemu dengan jodohnya. Memang sama padan, cocok sekali. Kak Ain yang berbusana serba putih begitu anggun bagaikan seorang puteri. Tema hari tu pun macam ala-ala garden wedding juga dengan roses bouquets yang segar jadi hiasannya. Simple but nice. I like!

We are the champion!

Setelah tiga hari berhempas pulas, akhirnya GLU sampai ke penutupnya. Sungguh tak disangka MMU sekali lagi menjadi juara keseluruhan, setelah kejayaan pertama pada tahun 2008. Tahniah kepada semua! Alhamdulillah, waktu opening ceremony dan closing ceremony, tugas mak long berjalan lancar. Mak long lega la kt situ. Tentang game pulak, khususnya badminton, sememangnya tak sangka juga jadi juara sebab hari pertama perlawanan kami dikalahkan oleh Uniten. Mak long ngan cik Jah mmg bungkus je la mlm tu hehe, dikerjakan oleh akak2 Uniten. Hari kedua, setelah UTP secara mengejut mengalahkan Uniten, MMU mula mengatur strategi yang besar kemungkinan boleh merubah nasib kami pada hari itu. Ternyata percaturan yang dibuat tidak sia-sia. Mak long yang tak pernah2 main mix, tetiba digandingkan dgn Mr. Beh yang akhirnya menyumbang kpd kemenangan pasukan. Actually mak long tak ler menyumbang sgt pon, Mr. Beh tu yang byk men-smash. Keje mak long, dok depan net and cuba matikan bola. Tapi ntah la, tak p...