Wohooo..still in raya mode but what to do..have to be here again. Started our journey around 6.45 am this morning and reached Cyber around 1 pm. Esok kelija :( Anyway, to sum up my 10-day raya celebration..here we go..
Thu - 11 Oct 2007
Rancangan untuk bertolak selepas subuh dipercepatkan ke pukul 4 pagi sebab takut jem. Sejukk!Kul 3 pagi dah bangun mandi. Gelap tu mmg gelap tapi boleh dikatakan byk jugak kereta on the road. Lebih kurang pukul 5, kami berenti sahur dlm kereta since cik Mila suggest beli roti dan air siap2 mlm sebelum tuh. Ok la sekadar nk mengalas perut. Again, 6.30 berenti semayang subuh kat Tapah. Ramainya ummat manusia! Nk gi toilet que, nk amik air semayang pun que, semayang lagila berhimpit2. Dkt 7 pagi camtu baru dpt teruskan pejalanan. Alhamdulillah, lepas hantar Mila kat stesen bas Butterworth, pukul 10 pagi kami dh sampai umah. Zzzz..heheh
Fri - 12 Oct 2007
Sehari sblm raya ni mmg sibuk la sgt. Haa..tahun ni mencabar sikit sbb first time masak beras pulut utk buat ketupat palas tu sendiri sbb mama kena gi kerja. Sebelum2 ni dia dh siap masak kami just buat je dgn daun palas. Tapi mlm sblm tu dia dah bgtau la nk budget2 beras and santan tu cemana...hihi. Sib baik menjadi. Tugas2 membuat rendang kali ni diamik alih oleh Mek Ngah @ my adik la..and bab2 cuci tingkap & sapu sampah bagi kat Hakim, my lil bro. Haa..ayah pulak mmg pakar bab2 mengemas rumah..bukan apa kami semua takut nk kemas takut nanti dia cari brg dia tak jumpa :P Fuh...Petang pulak buat la biskut2 yg sempoi2..samprit and cornflakes. Just nk tambah2 biskut yg mama dh buat.
Sat - 13 Oct 2007
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...Hari lebaran yang ditunggu2 akhirnya muncul jua. Lepas breakfast, kami sekeluarga pun bertolak la ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfiti. Selesai solat tetiba Zainab, kawan lama datang jumpa, salam. Air muka agak cemas. Innalillah..rupanya ada perkhabaran yg sedih. " Ayu..tau tak..kakak Adibah, Adilah meninggal pagi tadi. Nab nk pi tgk la lepas nih.." Adibah ni kawan sekolah rendah dulu dan memang kenal jugak dgn kakak dia tuh. So, kami pun terus pi menziarah jenazah. Al-Fatihah. Sayunya rasa, di saat semua org bergembira menyambut ketibaan syawal, bayangkanlah tetiba org yg disayangi pergi menyahut panggilan Illahi. Syukur yang tak terhingga kerana diri ini masih lagi diberi peluang bersama keluarga yg tercinta. Then balik ke rumah. Kebiasaannya macam tu lah, duduk kat rumah sekejap n layan budak2 yg dtg kutip duit raya. Arwah tok dan tok wan belah mama dh meninggal so mmg dah takdak sapa di kampung. Petang, lepas ziarah kubur diorang kami pun singgah rumah abang mama yg sulung. Malam pula ke umah Mak Ndak di Kulim sebab tok belah ayah yang duduk kat Shah Alam - Tok Bah tu ada kat sana.
Sun - 14 Oct 2007
Arini beraya kat Ipoh wif my mama's twin sista. We call her Mama Kecik...hehe. Dulu masa kecik2, arwah tok pernah cerita yang I couldn't recognize which one was my mum. Hujan renyai2 on the way nk ke sana tuh tapi takpa..mee rebus mama kecik mmg sodap! Berbaloi dtg jauh2.
Mon - 15 Oct 2007
Tue - 16 Oct 2007
Arini mama dan ayah kerja lagi. Dok umah je la kami tiga beradik. Tetiba dapat call dari Man CMEAD. Ehh..man nk datang? Biar benar..heheh.. Sorry la man, jamu kuih raya ja. Tak sempat nk prepare apa2 yg best kecuali Punch Cocktail tu ja..hehe
Wed - 17 Oct 2007
Arini pulak gi open house umah Men a.k.a Darkness Muzammil..heehhe :) Memang ramaiiii...tapi masa kami ( Mae, Farah, my self and my bodyguard..hehe my bro la) sampai2 tu alahai..mana plak geng2 lain nih. Masa nk masuk umah tu terserempak dgn Yatim and Amin. Malu2! Terpaksa la tebalkan muka..heheh. Lepas dh abis bihun sup semangkuk baru la nampak rupa yg lelain tuh. Makan2..sembang2..sesi photography..dlm pukul 11 balik la umah. Thanks men tlg amik satay :P..thanks mae sudi tumpangkan..n..Farah..thanks for joining..kalau tidak terkulat2 I kat situ! Sejurus kepala disembamkan ke bantal..titt titt..Caon msg..special request for tomorrow..Caon and the gang nk beraya kat umah..hehhe...
Thu - 18 Oct 207
Fuhhh..rugi sapa tak dtg! Melelpas la gulai ikan masin, sambal sotong, sambal belacan, ayam & bawal goreng, ulam-ulam kampung, puding peach..etc. Slurrpp slurppp...Dlm kol 2 lebih..Caon, Acai, Edi, Badul, Jibeng n Faiz pun sampai. Petang pulak mael, Farah dgn Amet sampai. Lama tak jumpa nasik..sekali sekala lunch dlm mode raya ni mmg best! Thanks kekawan for coming. Tahun depan datang la lagi..insya Allah..
Sabtu - 20 Oct 1997
Arini jenjalan kat pulau wif mama & ayah, mek ngah & faiz. Bawak org JB melawat Penang..hehe.Round2 kat Padang Kota, Batu Feringgi dan langsung ke Balik Pulau..by the time I already Zzzzz...bangun2 sakit leher..Adesss...
Sebenarnya banyak lagi aktiviti raya tahun ni, tapi tak larat pulak nk menaip...so cukup lah takat ni..sehingga bertemu lagi. Dh ngantukss..tata
Comments