Tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita.... :( Sedih rasanya. Entah dapat bertemu lagi atau tidak tahun depan Wallahu'alam..Insya Allah hari Khamis ni bersamaan dgn 11 October i'll be driving back to my hometown. Alhamdulillah keter dah selamat diservis. Tayar depan pun dah tukar baru kedua-duanya. Moga 'Cik PFQ' akan turut sama2 mendoakan keselamatan pemandu dan para penumpangnya. This year, there will only three of us. Me, of course la the driver, my lil sis and cik Mila. Dijangkakan akan memulakan perjalanan selepas solat subuh. Kalau awal dari tu tak berani la pulak, mesti gelap gelita tambah2 pula kami bertiga ni perempuan semuanya. Ok la, since raya dah tak lama dah ni..would like to wish you all Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga syawal ini diserikan dengan kebahagiaan dan keberkatan. Selamat pulang ke kampung halaman dan pandulah sbg 'seorang muslim yg sedang berpuasa'. Lastly..terima lah lagu raya ni..antara yang paling disukai tiap kali raya dendangan Raihan & NowSeeHeart..hehe...Suatu Pagi Di Hari Raya...
Satu pagi di hari raya
Aku sujud memuji Mu
Satu pagi di hari raya
Aku sujud membesarkan Mu
Ku melafazkan takbir
Penuh rasa kehambaan
Ku melafazkan tahmid
Penuh rasa kesyukuran
Gema takbir di pagi raya
Ku teringat kampung halaman
Aku di perantauan
Tak berdaya menahan sebak
Gema takbir di pagi raya
Ku rindukan ibu di sana
Keluarga sanak saudara
Hanya doa kukirim
Marilah di hari raya
Kita semua bermaafan
Lupakan persengketaan
Eratkan persaudaraan
Harmoni di hari raya
Comments