30 Sept 2008
Tepat pukul 1, sepantas kilat I grabbed my handbag, locked my room, wished selamat hari raya to my colleagues who were still there and cabut la balik umah. Tido sekejap sampai la pukul 2 pm. Around 3.30 pm I already ‘tapau’ McD hehe, buat bekalan utk berbuka puasa dalam kereta nanti. Then, fetched my sis and started our journey back to Penang. Memang agak cuak juga lah, because we never knew how the traffic was going to be. Petang raya beb! Tapi alhamdulillah, walaupun kereta agak byk, perjalanan masih lancar dan tak jem langsung except dkt tol Ipoh Selatan. Kat sini lah we could see people who ‘claimed’ they were fasting, acting like ..urghhh...no need to mention here..huhu. Kat lorong tunai, kereta semua tgh que tetiba ada la sebijik kereta yang tetiba nak menyelit masuk, kira mcm nk potong que la. Maybe dia dah tersalah lorong or whatever, so atas dasar kemanusiaan I gave some space sebab dah dekat sangat dgn divider, kalau tak bagi nanti sah2 calar kereta dia. Saga baru pulak tu, mau nangis!
1 Oct 2008
Hari raya pertama, rutin biasa. Selepas solat raya bersalam-salaman dan sesi photography bersama family tersayang. Kemudian barulah ke kubur tok dan tok wan and ke rumah my mama’s eldest brother. Lepas tu, ke Hospital Kulim melawat one of my auntie yang dimasukkan ke wad beberapa hari lalu. After that visited my grandma, who happened to stay at my auntie’s house at Kulim this raya. Malam pula ada sedara-sedara datang beraya kat umah.
2 Oct 2008
Wah, nampaknya tahun ni my house became a strategic port for gathering hehe. Tak sangka! Ramai betul kawan- kawan datang. One group from my secondary school and another group from my primary school. Just imagine all came at one time! Mintak maaf sangat-sangat lah ye, kalau tak sempat nak sembang lama-lama sebab tak menang tangan. Tahun ni, Fara Zalia..one of my best fren masa sekolah rendah dulu came with her cute son - Ryan. Dia memang tak berubah, sama macam dulu! Terima kasih sangat Fara and Roz, patutnya datang as guests tapi tolong menghidang2 pulak..isk isk…terharu! Menu aritu nasik ayam,bihun and kek carrot. Tapi nampaknya nasik ayam mendapat sambutang hangat..buleh bukak restoren nih! Ala-ala My Mom’s Chicken Rice gitu…muahaha….sampai ke malam tetamu masih berkunjung termasuk la my mom’s twin sis dan anak menantu nya.. fuhh….gamat! hehe…
3 Oct 2008
Raya ke tiga tak kemana-mana. Hanya melayan sanak sedara di rumah sambil menonton filem I'm not single..layan aje sambil bergelak ketawa dgn Along Syimah dgn husbennya yg suka membuat statement2 yg buat org pecah perut! haha..
4 Oct 2008
Hari ni, kami sekeluarga pulak nak berjalan-jalan hehe. Pergi open house kawan mama dan langsung ke Penang. Maaf la ye kawan-kawan yang nak datang rumah or jemput to ur house, sebab arini memang tak ada kat umah. Mintak maaf sangat-sangat. Takpe, tahun depan ada rezeki kita jumpa lagi ye! Anyway, talking about makan-makan, kalau pergi belah pulau, my fav port mestilah Padang Brown @ Padang Broom. Kat sini mesti nak makan sup daging mamak dgn roti benggali. Tak cukup dengan tu, wajib juga makan “Campur-Campur”. Campur-campur ni bahan-bahan dia mcm yong tau fu la, tapi digoreng garing-garing instead of makan dgn sup. So, sosnya cili merah dgn kuah yg ada kacang. Sedap I tell you, mesti cuba!
5 Oct 2008
Raya ke 5 dah kena pulang ke Cyber. Sekejapnya raya tahun ni. Tak macam tahun2 lepas, koman2 10 hari mesti ada di hometown. Tapi apakan daya, byk yang dah berubah sekarang. Perjalanan pulang ke Cyber juga lancar. Mungkin ramai yang dah balik awal. Alhamdulillah…
Sampai di sini dulu coretan raya. Meriah juga..namun, saat-saat bulan Ramadhan yang lepas mmg sangat dirindui..harap-harap dapat bertemu lagi.
P/S: Pics kengkawan disponsored by Mr. Ismail Rafique :)
Comments