Tersentak. Bagaikan tidak percaya, dan tidak pernah sama sekali saya terfikir ada yang tergamak mengketepikan martabat diri untuk mencapai sesuatu dengan cara menjatuhkan orang lain. Senario ini biasa berlaku, cuma tak terlintas yang benda ini akan berlaku pada saya. Bukan mendabik dada yang diri ini sempurna. Hidup saya simple. Saya hidup dalam dunia saya sendiri. Apa orang lain nak buat, itu mereka punya pasal. Saya tak suka masuk campur.
Tak sangka. Rupanya diri ini sering diperhatikan. Tutur kata yang manis hanyalah lakonan. Obses terhadap sesuatu membuatkan si empunya diri lupa. Lupa yang dia telah melangkaui batas kemanusiaan. Dia lupa, kebenaran pasti menang walau seberapa banyak mana penipuan yang dia cipta.
Saya bersyukur kerana Allah masih sayang diri saya (walaupun saya tahu saya bukan hambaNya yang baik). Insya Allah saya akan lebih berhati-hati. Ingatkan rambut jer hitam, tak sangka hati lagi hitam. Wallahua'lam.

Comments
bykkan bersabar je akak.
yg penting kite senyum je..:D