Skip to main content

Selesai sudah...

Maharaja dan maharani sudah berangkat pulang ke istana. Maka, dayang pula mengambil cuti separuh hari pada keesokan harinya hehe. Begitulah sinopsis nyer majlis yang berlangsung isnin lepas.

Namun, patik pacal yang hina ini bersyukur karena semuanya berjalan lancar. Cuma pengalaman patik dipijak kaki oleh wartawan akan patik ingat sampai bila-bila. Tatkala Tuanku Zara melangkah keluar dari kereta, para wartawan berpusu-pusu mengacukan lensa kamera ke arahnya sehingga patik terpaksa berundur ke belakang. Namun, mujurlah patik sempat mengangkat sembah dan bersalam dgn Tuanku Zara. Dalam keadaan kesakitan patik berjalan ke dalam dewan, menunggu untuk memberi buku program. Nasib baik patik tak lupa step2nya. Mejar Hasnan pun tak komen apa2, kira ok la tu. (Photo: The lovely Tuanku Zara)

Tapi...tapi..sebelum tu, yang paling patik tak lupa apabila sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti di hadapan dewan. Seluruh hadirin yang berada di ruang menyambut tetamu tersenyum lebar. Tak sangka sungguh yang keluar dari kereta itu adalah angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muzaffar. Terkedu. Sangat lah kacak dan tinggi lampai. Patik tak dapat berkata apa-apa lagi. (Photo: Dr. Sheikh, number five from right)

P/S: Photos taken from MMU Photo Gallery

Comments

buzzy said…
dayang istana bole speaking la..hehe.

nape time angkasawan dtg,trus hilang tatabahasa istana?...ehem3..hehehe
Rahayu Niza said…
hehe ..time angkasawan datang tu, terasa seperti dah tak berpijak kat bumi dah..rasa mcm terawang2 di angkasa kekeke :P

Popular posts from this blog

Breaking Fast @ The Coast, Alamanda Putrajaya

I was so excited that Sunday evening. Maklum la, lama tak jumpa member2 MBA. Really miss all those good old days with you guys. Most of us already completed the course and struggling with our thesis project right now. Ada jugak yg dah siap .. huhu caya la! Actually gathering ni dah beberapa kali ditunda sebab ramai yg tak dapat dtg before. Finally, everyone agreed to meet on Sept, 30. Reached Alamanda earlier than anyone else, I guessed. Nobody was at the restaurant yet. Sementara nak tunggu semua org datang , pegi la check our reservation dgn waiter kat situ Hmm .. menarik jugak . Nice and strategic location. 15 minutes passed. Started to sms those who'd confirmed to come. Mane sumer org nih? At the end, there were only 5 of us. Me, Kak June, Kak Gee, Maz and wife - Madiha and their little cute baby boy. Huhu kinda of upset but it's ok . We enjoyed the little gathering. Thank you Maz for treating us all :)

Manjalara: The End

Finally, abis jugak citer Manjalara @ TV3 tu . Sapa yang layan tu tau la... hehe . At first, I thought it was like a typical Malay drama yang biasanya stereotype jer jalan citernya . But this one, I have to admit it's quite different walaupun some of the scenes ada gak la yg tak berapa logik . For those yang tak tengok , cerita ni mengisahkan seorang gadis yang plain, sgt chubby and adorable by all people around her known as Manja , suddenly transformed into a beautiful lady, Lara but full of hatred because she believed she was betrayed by her boyfriend. At the same time she was planning a revenge, to defeat her evil aunt, Sahara. Sahara, who was happened to be her boyfriend's mom too, had killed her parents, aunty and all people who tried to protect Manja. At the end, things did not turn as what she had expected. Selain watak Manja , really love to see watak Auntie Zaza . Comel sangat .. notty but sweet! Moral of the story, free yourself from hatred

Agaknyalah...

Pagi tadi sewaktu pulang dari menge'pow' mesin ATM mak long nampaklah seorang mamat ni sedang bersembang dengan seorang staff. Mamat ni, x pernah mak long lihat di kampus. Beliau bercakap english sambil dicampur-campur dengan perkataan melayu. So, pendek kata mamat ni bukan org malaysia hehe. Bebaru ni kan negara kita digempar dgn kisah 'pak hitam' yang menjadi 'rebutan' anak gadis tempatan akibat kepingin wang ringgit and etc lah kan. Entahlah, automatic benda tu terlintas kat fikiran mak long bila nampak dia. Dalam dia rancak dok bersembang dgn staff tu, tetiba dia boleh berhenti bersembang dan berjalan seiring mak long. Memang sebelum tu mak long ada senyum kat staff tu, ye lah dh kenai, takkan nk buat derk ja. Alih2 si mamat ni pulak yg mengikut kita. Dia pun mulalah kenalkan diri dia. Mr. I: Hi, are you a staff here? Mak long: Yes. Mr. I: Where are you working? Mak long: At SOSC Mr. I: I used to go there but I didn't see you before. Mak long: I just tra